Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Thursday, June 19, 2008

Tenggelam di lautan dunia...

salam,
terlalu banyak rasanya masa yang terbuang, sehinggakan masa tidur pun tidak mencukupi.
terlalu lalai dengan hal-hal duniawi. merasakan diri ini berhenti melangkah dan menoleh kebelakang dari jalan kebenaran. Hilang tumpuan dalam melakukan ibadah, perasaan tenang selepas solat sukar dicapai. Semua ini kerana nafsu. Nafsu untuk berhibur. Mengapa ada yang sanggup memaksa diri mencelikkan mata di pagi buta hanya untuk melihat perlawan bola? Sedangkan adalah jauh lebih baik jika waktu itu digunakan untuk berjumpa dengan tuhan?
Manusia memang cepat lalai dengan dunia hiburan...

Tapi beberapa hari lepas, aku merasakan diri ini telah ditegur. Ditegur semasa ingin memenuhi nafsu tidur. waktu itu, kelas tamat pada awal pagi, dan aku dengan sahabat serumah terus balik kerana ada yang mengantuk. sampai dirumah, terus baring diatas tilam. Terasa bosan berbaring kosong, teringat ada sahabat yang menyimpan banyak movie-movie yang katanya 'sedap' untuk ditonton. Jadi, aku terus bangun, dan transfer salah satu daripada berbelas-belas movie yang ada. Jam telah melepasi pukul satu setelah habis movie tersebut aku tonton. Terasa ngantuk, langsung melupakan waktu zohor sangat hampir. Aku berhasrat untuk tidur. Baru saja melelapkan mata, software athan melaungkan azan ke telinga melalui headphone yang masih dipakai. Tangan aku cepat saja mencapai touchpad dan menutup application window athan tersebut. Perkara yang selalu dibuat, padahal software athan itu diinstall untuk tujuan mengingatkan diri. Astargfirullah....
Walaupun window application ditutup, athan tetap berterusan. Muncul perasaan negatif dari hati kerana tidur diganggu. Tiba-tiba, perasaan bersalah menguasai diri. Aku berfikir sejenak, apakah perasaan ini?, mengapa setiap kali software ini melaungkan athan aku tutup? kemudian, baru aku sedar, nafsu dan syaitan telah menguasai diri. Air mata terus berlinang apabila sedar kesalahan diri, dan terus bangun menunaikan kewajipan.

Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah pernah bersabda;

diantara (tanda) kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tak berguna baginya."

Itulah perangai manusia, sering meminta pertolongan dari Allah, memohon hidayah, berdoa agar tergolong dalam golongan beriman, tetapi apabila Allah memberi pertolongan-Nya, manusia mengabaikkannya secara sengaja atau tidak. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha pengampun. Buatlah ibadah dan segala kebaikan ikhlas kepada-Nya, dan bukan atas dasar ingin menunjuk-nunjuk. Solatlah sebaik-baiknya bukan kerana orang sekeliling sedang melihat, tetapi kerana Allah yang maha melihat sedang memerhatikan.

Ali bin Abi Talib r.a. berkata:
Tanda orang yang riyaa’ itu ada empat iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas jika di hadapan orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan menguranginya jika dicela


Tetapkanlah pendirian kita, jangan berlaku riyaa'. Bersamalah kita beriman kepada-Nya. Bertaubatlah sementara masih ada kesempatan hidup di dunia, Sesungguhnya Allah maha pengampun. Sebaik-baik taubat adalah pemuda yang bertaubat.

Anas ra. berkata , Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman ;

"Wahai anak Adam selama engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, nescaya Akku ampuni segala dosamu yang telah lalu dan Aku tidak pedulikan lagi.

Wahai anak Adam jikalau dosamu membumbung setinggi langit lalu engkau minta ampunan-Ku, pasti engkau Ku-ampuni.

Wahai anak Adam andai engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku sedikit pun, pasti Aku mendatangimu dengan ampunan sepenuh bumi pula."
-hadith riwayat Tirmidzi-


Sama-samalah kita renung-renungkan kesalahan yang sering kita lakukan sama ada sengaja atau tidak. dan moga Allah mengampunkannya, ameen....

Thursday, June 5, 2008

I'm wasting my time!!

Salam,

huh, this sem had been my worst sem in terms of academic. I don even do revision on my own for the 1st 2 weeks. i've been to relax, as this sem i only need to concentrate on one subject, that is math. every day class start at 8 am, sometimes at 10, and class end at 12:30, after class went lunch with friends, and when i got back home, either i'm gone to sleep or play computer game for hours.

Then i continue playing games at night. I always stayed up till 4am doin nothing. nothing means no study, revision,or anything that benefits me. Stayed up so late just to play games, or watching movie.

After some times then i realize, i'm wasting my time, and i starts to improve my daily routine, less game, less movie, less surfing internet. More reading, more study and try to understand my own religion more.

mmg banyak sangat masa terbuang, mmg ak tak hargai nikmat masa yang diberi. ak slalu sedar dan nak elakkan dari perangai buang masa ni, tapi sampai masa, ak lalai lagi.
mmg slalu sangat ak lalai kebelakangan ni, semayang pun slalu lewat, tak dapat beri tumpuan penuh masa solat, banyak sangat bende yang difikir or kosong sangat sbb takde pape nak wat??

ak ajak kawan ak yang ak, ntuk dapat pointer cemerlang sem ni sbb sem ni ade math je yang perlu dirisaukan, (english ngan it leh handle kot?? hehe), sbb ak risau ngn diorang, ak risau nanti ade yang mungkin tak leps, dan perlu repeat, (ak doakan ni tak kan jadi, ameen..) , tapi ak tak fikir pasal diri sendiri.
mcm ak kate atas td, ak sedar yang ak banyak sangat buang masa, markah quiz ak mmg tidak langsung memuaskan hati. ak ade usaha tuk memperbaiki kelemahan ni, tapi slalunya gagal, mmg btul, istiqamah adalah mustahil. Tapi ak tetap akan cuba.
Jom. kali ni sesama kita memperbaiki kelemahan diri kita, dari pelbagai segi, jangan tumpukan pada luaran kita sahaja, tapi jugak dalaman. jgn biarkan kelemahan kita, sbb ia akan menghantui kita di masa depan. pastikan hari esok kita adalah lebih baik daripada hari ini dan hari yang sebelumnya. Sentiasalah ingat Tuhan, sbb dengan mengingati-Nya, semangat tuk berjuang kearah-Nya akan bertambah.

ps/ hehe ak tak biasa skema2 ni, tk tau la ape yang cube ak sampaikn, tp, inilah yang sedang berlaku dan bermain di fikiran ak

Monday, June 2, 2008

Peringatan...

Salam... ni ada skit bende yang nak ak nak kongsi, mv bawah ni ak 1st time tngk mase forum tak lame dlu. agak menarik. try tngk.



amacam? hehe

ni ade beberapa lagi yang ak jumpe kat intrnet. and ak rasa patut dikongsi bersama.

  • · “Barang siapa bersolat tepat pada waktunya dan melengkapkan rukuknya, sujudnya dan khusyuk, maka solat itupun naik ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang. Solat itu berkata: “Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (menyempurnakan rukun solat itu). Tetapi barang siapa yang bersolat tidak dalam waktunya yang ditentukan dan tidak pula menyempurnakan wuduknya serta tidak pula melengkapkan rukuk, sujudnya dan tanpa khusyuk sama sekali, maka solat itupun naiklah ke atas dalam keadaan hitam kelam sambil berkata: “Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku. Selanjutnya setelah solat itu berada di suatu tempat seperti dikehendaki Allah, iapun lalu dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak rabak kemudian dipukulkanlah kepada mukanya.” (Hadis riwayat Thabrani dan Baihaqi)

  • Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

    Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis.

    (Riwayat at-Tabrani)

  • Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

    Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.
    (Riwayat Al-Tabrani)

  • Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.

    -riwayat muslim-

  • Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: ”Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”Â
    (Riwayat at-Tirmidzi)

  • Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

    Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.
    (Riwayat al-Bazzar)