Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Monday, October 27, 2008

pengajaran dari dialog

Salam....

alkesah...., terkesahlah due orang remaja sedang membincangkan tentang cara pemakaian masing2. dan orang ketiga hanya setia mendengar perbualan tersebut.

Jejaka A : jejaka B, cmne cara kamu berpakaian?

Jejaka B : Aku?, hm... sebab aku percaya sesetengah orang akan menilai kita dari segi pemakaian
kita, jadi aku berpakaian mengikut pandangan orang lain. aku mementingkan pandangan
orang lain daripada diri sendiri, lagipun aku tak reti sangat nak pilih pakaian nih.

Jejaka A : Oh... kalau aku, aku pakai je ape yang aku nak, peduli ape orang lain fikir. Die bersangka
buruk aku dapat pahala, die sangka baik, die dapat pahala.

Pemerhati mendiamkan diri..... walaupun pendiriannya lebih dekat kepada Jejaka A.
Selepas mendengarkan perbualan tersebut, si pemerhati mendapat sebuah pengajaran.

Kalau kita membuat sesuatu pekerjaan,(tak kesah la, tulis blog ke, mengajar ke, even makan or jalan..) sama ada untuk diri kita ataupun untuk orang lain, fikirkanlah kesan perbuatan tersebut terhadap diri sendiri dan orang lain.

bersama kita amalkan...:)

sgala yang baik itu dari Allah dan selainnya dari diri kita sendiri, sedarlah

Friday, October 24, 2008

Peringatan bersama

salam....
Beberapa hari lepas, pulangnya ak dari game basketball, ak heran nape banyak bdak foundation dkat dpan cyberia, pastu ak nampak keta-keta remuk...

Tapi, Alhamdulillah, baru tadi ak dapat brita yang bdak foundi eksiden aritu dah sedar dari "koma"(ke ape tah, taktau...). Huh...nasib baik sumer selamat.

Itulah dia, ujian Allah, kepada dia, mereka dan kepada kita. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari kejadian ni. Tpi, adakah kita akan ingat atau aplikasikan pengajaran yang tlah kita perolehi?

Itulah yang sering ak kesalkan dan ak yakin korang pun ada merasakan.
Dimana, kita slalu terasa bahwa kita boleh melakukan sesuatu itu dngn lebih baik.

Mari bersama kita memperbaiki diri kita.
Biarpun kita slalu alpa, lupa, dan buta,
walaupun ianya kelihatan seperti sesuatu yang mustahil
kerna , tak berdaya tak berarti sia-sia.

Allah tidak memandang kepada hasil atau natijah kita, tetapi niat dan usaha kita

Segala yang baik itu dari Allah, dan selainnya dari diri kita sendiri. Sedarlah...

Skali lagi tentang masa...

Adeh....hehe, ak termiss kelas karate untuk minggu ni, abes lah~~ . baru minggu lepas kene sound sebab lambat minggu ni plak tak datang trus. Ish, nape la tdo lepas maghrib tadi.

Salam, rindu giler nak tulis kat blog ni, banyak giler nak tulis sebenanyer sampai tak tau ape nak tulis da. haha. tiap hari ade je terdetik kat hati ni nak berblogging, tapi waktu sentiasa menjelesi...atau ak yang x menghargai waktu yang ada..

musim demam dh melanda rumah ak kat cyber nih. dan ak antara juara bertahan sejak musim ni bermula. haha. mungkin sbb demam ni ak beberapa kali terlepas solat subuh atau skali lagi, mungkin sbb ak tak menghargai waktu yang ada... Astaghfirullah....

Sememangnya manusia, fitrahnya pelupa. hanya teringat, bila ujian melanda.

Mcm tadi, ak hanya mmpu tersenyum bile keputusan test3 klua. hehe,sememangnya markah tu mencerminkan usaha ak minggu ni. walaupun minggu ni mmg agak sibuk, tapi ade je waktu ak selitkan untuk dibuang, alangkah baiknya kalo ak gunekan waktu tu untuk sdikit pengisian.

Sememangnya masa berlalu dengan pantas, dan kita sentiasa dalam kerugian.
mungkin kita tidak dapat mencapai kehendak kita
tapi, ingatlah, Allah hanya memandang kepada usaha kita.....

Friday, October 10, 2008

Sabarlah kamu wahai sahabat...

Assalamualaikum .....
Semoga kite sumer diberkahi Allah...

Di sini, Saya ingin mengucapkan Salam takziah kepada Nik Rafha Nik Fauzi atas ujian Allah s.w.t yang sukar untuk dihadapi.

Sabarlah kamu wahai sahabat, kerna Allah tidak akan membebanimu dengan beban yang tidak dapat engkau dukungi....

Sabarlah kamu wahai sahabat, Allah mengujimu kerna Dia mencintaimu....

Sabarlah kamu wahai sahabat, bila dirimu diselubungi kesedihan, sedarlah, ketahuilah, bahawa ramai temanmu sedang menunggu untuk memberi pertolongan....

Sahabatku.. ingatlah, bahwa Rasulullah s.a.w pernah bersabda (mafhumnya) ;
"Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya."
-H.R Muslim; Abu Hurairah-

" Alloh Tabaraka Wa Ta’ala berfirman, ‘” Aku sesuai persangkaan hamba-Ku pada-Ku dan senantiasa mengawasinya. Jika ia menyebut-Ku ditengah keramaian, Aku akan menyebutnya ditempat yang lebih baik dari keramaian tersebut. Jika ia menyebutKu dalam dirinya, Aku akan menyebutnya dalam diri-Ku. Jika ia mendekati-Ku sejangkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika ia mendekati-Ku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa, Jika ia mendatangiku dengan berjalan, Aku akan mendatanginya sambil berlari."
-HR Abu Hurairah-

Jadi hargailah ibubapa kita sementara mereka masih ada, janganlah berlaku derhaka kepada mereka.
salam....
segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t, segala yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.

Thursday, October 9, 2008

My 4th tag

halo.... tagged the fourth time by the same person....Mr. N**** a.k.a K***s?? hehe.


1. Are you allowed to have a bf/gf?
answered this q in my previous post. read it, learn it, understand it. hehe

2. Describe yourself in one word?
Undescribeable..... hehe. Why don't we do it the other way round, u describe me in one word. hehe

3.Have you ever loved someone BEFORE but never had the courage to tell him/her?
Hm... before this? ya i think. :)

4. Who would you pick, someone who really loves you or the one you love?
Hm.... i'll pick both or none.

5. Does it feel good to love?
Of course. :), common sense what?? hehe

6. God is giving you just 5 minutes to live, IF you love someone special what will you say to that
person?
excuse me, I need to do something else.....

7. What will you say to someone who doesn't want to believe you?
hm... nothing.. its up to them to believe me.

8. Was there ever a time that you tried to learn to love someone?
never tried to love them...its automatically happen... haha :)

9. What's your opinion about someone who's jealous?
hm.... this people a.... usually dont feel greatful of what they have.

10. What can you say about playboys/playgirls?
they played to much till they forgot Who created them. they missused their ability on communicating with others.


[ACT 2]

1. Best place to cry?
in silence... hehehe, of course its a secret. :p

2. Who do you love the most?
The Creator, Prophet Muhammad, Mum, dad, siblings, cousins, and friends.

3. Ever hated someone so bad?
Yup. Pemerintah yang ZALIM.

4. The biggest & most hurtful lie you heard?
people who tell you that they are with you but they don't.


[LAST PERSON]...

1. Had a beer with?
dont do beer. except for root beer, and ginger beer. hehe.

2. Went to the movies with ?
My Sarawakian friends..(was a lame ghost movie...)

3. Talked on the cell phone with?
A friends of mine.

4. You hugged?
My Parent.

5. You yelled at?
can't recall..


[IN THE LAST WEEK HAVE YOU]...

1. Kissed someone?
Yup, my parent

2. Sing/Sang/Sung?
my daily routine.. :)

I tag:
U, and whoever read this tag. hahaha (gelak jahat), but, the power is in your hand. so its up to you. :)

Saturday, October 4, 2008

Shaafi/Haziq.. ko dah ade "gerfren" tak?

Salam

Huhu, alhamdulillah... Harini ak berkesempatan keluar beraya ngan sahabat2 yang dah lame tak jumpe. Dan menjadi kebiasaan kami tuk berkumpul di tmn Ivy (tmn antara library DBKU ngan TASKA).
Hehe, bayangkank 5 orang berbadan sederhana ke besar secara puratanya brhimpit masuk ke keta kancil. hehe, sempat la beraye 4-5 buah rumah sahabat lain, nak teruskan, tapi ade yang kene balik atas sbb2 tertentu..esok ade lagi, tapi ak plak busy...sampaikan salam jerla....sedih jap...

hehe, skali lagi ak terpesong dari tajuk.....

kembali pada tajuk...

Soalan diatas selalu saja ditujukan kepada ak. dari sahabat dan ahli keluarga..(adeh....)
kadang2 ak trasa cm dah agak jemu ngan soalan berulang2 ni. Dan bila ak menjawab " takde", mereka akan reply "tipu ah", "hek eleh... ade tu..", "eh, malu2 plak nak bagitau.." , nak jawpan2 yang sewaktu dngnnya, yang menafikan jawapan dari ak.

Frekuensi soalan yang tinggi ni membuatkan ak berfikir, nape diorang nak tanye ak soalan cmni, and nape diorang nak nafikan jawapan dari ak? adakah jawapan ak bg soalan ini negatif bagi mereka yang bertanya? ak sendiri pun confuse bile fikir hal2 ni.
ade gak terfikir nak biarkan je bende ni, buang mase je fikir, tapi ade je yang mengingatkan ak.

Itulah... orang kite skarang, bagi mereka, tidak berkapel itu sesuatu yang aneh, tidak berdating itu sesuatu yang pelik, tak bercalling/msg sambil berguling2 tu sesuatu yang sukar untuk diterima.
Semua ini terjadi kerana kebiasaan kita, yakni budaya kita. kebiasaan individu mempengaruhi orang lain, dan terus mempengaruhi orang lain sehingga menjadi kebiasaan sebuah masyarakat, dan apabila seorang ahli daripada masyarakat itu tidak mengamalkan budaya yang mereka amalkan, die akan dianggap pelik, dan apabila si "pelik" merasa dirinya jauh dari masyarakatnya, dan jika pendirian dirinya tidak kuat, maka dia pun akan join sekaki.

dan ak rasa itulah jawapan bagi persoalan yang slalu bermain di fikiran ak. Mereka tidak menerima kenyataan yang ak bagi sbb ianya bertentangan dngan cara pemikiran mereka, budaya mereka.

Lagi sedih kalau antara mereka adalah yang mengaku islam. yang sering berkata tapi tidak berbuat dan membenarkannya di dlm hati. kadang2 ak hairan nape kita lebih memandang berat, dan risau ape pandangan orang terhadap kita dan menghiraukan ape pandangan Allah yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui? knape kita lebih takut akan si hamba daripada Sang Pencipta? Bagi ak, semua adalah kerana kebiasaan suasana sekeliling dlm kehidupan seharian kita. Ini berlaku kerana kebanyakan kita tidak tahu feqah dan dalil atas sesuatu hukum dan amal ibadah seharian kita. Dan ak rasa ini menyebabkan kita tidak serius dalam menjalankan arahan-Nya, dan mudah dipengaruhi.

Kepada mereka yang telah atau ingin bertanya soalan yang sama. Ak berikan jawapan ini dengan harapan berkurang lah frekuensi soalan ni.

Jawapan:
Sejujurnya, seikhlas hatinya, sebenar-benarnya, dan tanpa berselindung. Ak takde awek lagi, dan ak cube untuk tidak meng"ada""kan. Ak takde dan ak cube mengelakkan diri ak daripada ber"couple" ni sbb ak rasa ianya salah. Tak setuju dgn kate ak? cubela pergi carik tentang cinta antara manusia dalam islam, tak setuju gak ngan pandangan para ulama' ngan ustadz? hm.... tak tau la ape nak kate, sbb pandangan para ulama' ngan ustadz yang bertauliah adalah berdasarkan Al-Quran dan sunnah nabi. dustakan kate diorang, maka kamu tlah mendustakan sumber diorang. Paham2lah sendiri hadith ni

" barang siapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku".

Bukan maksudnya ak nak membujang sampai tua, dosa tu kalo niat taknak kawin. kawin pun sunnah gak. Bagi ak cukup sekadar kenal calon tu, dan die tau dan ak tau perasaan masing2. tunang then kawin. Alasan yang ak slalu dari ingin berkapel ialah nak lebih mengenal pasangan mereka. Mmg boleh, tapi kene jagalah batasan pergaulan. Sbb ak tau yang ak ni lemah, sbb itu ak tak nak ada terms "gf" dll, ni wujud. kang ade plak dosa yang terjadi. Ak pernah terbaca, malah berkongsi perasaan dgn bukan muhrim adalah sesuatu yang salah. kecuali kalau ade niat yang baik la, bukan yang saje2 tanye sbb nak layan nafsu.

Hm... harap terjawablah sudah persoalan ini. Ade pape lagi nak tanya? bagi kat komen or hantar msg kat fs.

sebenanyer, ade lagi soalan/statement yang ditujukan kpda ak, dan ak rasa ramai yang mengalaminya gak.

hoho, cuti je bnyk idea datang, ade 3-4 microsoft document on the way, tgh dlm usaha mencari ayat2 yang power,dari sumber2 yang diyakini sahih. hehe. leps tulis post ni terfikir lak nak tulis pasal perihal diri. hehe. ini antara sbb ak ske cuti di tmpat yang ade internet. (cyberia takde internetlagi.....) hehe.

segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t, dan sgala yang buruk itu datang nya dari diri ak sendiri. salam

Thursday, October 2, 2008

Salam Aidilfitri

Alhamdulillah.... Alhamdulillah....Alhamdulillah....
Syukur kepada Allah ya Rahman ya Rahim kerna menghadiahkan mereka yang "menang" dlam berpuasa di Ramadhan.

Hampa.... Sedih... Menyesal.... inilah kata-kata yang patut kita lemparkan kepada diri kita sendiri atas pemergian Ramadhan kecuali bagi mereka yang benar-benar pasti bahawa diri mereka telah beribadah secukup dan sebaik mungkin yakni tanpa lalai.

Sedangkan even Rasulullah dan para sahabat baginda tangisi pemergian Ramadhan, kerna merasakan diri mereka belum bersedia untuk meninggalkan Ramadhan. Kerna merasakan ibadah mereka pd bulan penuh kerberkatan, dan pengampunan ini blum mencukupi. Mereka merasa diri mereka sangat rugi.

Begitulah Rasul dan para sahabat, generasi kitab Quran pertama. Zaman dimana Islam yang digenggam erat mereka suci daripada bida'ah. Di mana tanpa keraguan Iman mereka jauh lebih hebat daripada kita.

Jadi adakah patut kita berasa gembira Ramadhan tlah berakhir? Jika jawapan diantara kita tetap "Ya" , ketahuilah balasannya apabila tiba waktunya masa kita yang berakhir.

Eh?? hehe. Ak terpesong jap dari tajuk... sory zahir and batin.. :)

Hm... raya taun ni tak semeriah taun lepas. sbb taun lepas dah balik kampung (nun di lawas..), so taun ni masing2 keluarga dan saudara-mara beraya di kampung masing2 (kampung belah suami@ isteri keluarga tu),
jap.... sensi skit ngan perkataan MARA ni....nape kau tolak pemohonanku.....? isk3.... hehe
taun ni tak banyak family raya kat Kuching ni, ade famili raya kat lawas(major), sibu, miri, tanah semenanjung(ade pakcik@makcik kawin orng semenanjung)... walau under famili yang agak besar (nenek bagi lahir kat 18 ke 20 org anak, x ingat plak, tp 2 tak survive....innalillah), jadi tak hairanlah ak tak ingat sumer name pakcikk/makcik ak. apetah lagi nak ingat dlam susunan.... rase mcm blaja sejarah plak....

Geli gak hati tngk suasana menjelang raya kat kawasan rumah/kampung ak ni.
  • ramai je tak kesah tue mude dok duduk kat tepi jalan sambil mengibarkan "bladder" basikan ngan motosikal (diorang buat service tuka bladder kat tpi jalan) dlm usaha diorang mengumpul duit raya. antara tmpt yang paling biasa jadi mangsa ialah stesen bas...
    Dasyat diorang ni, siap ade lampu kelip yang mcm polis buat roadblock tuk menarik perhatian orang...
  • sesi jual beli mercun di rumah kuning (sbb rumah tu dlu warna kuning, tp skarang dah tuka kaler...)
  • orang sumer cbuk cat rumah, masak lemang, baiki atap, potong rumput, pasang pelita. (biasa la orang kita, ske je buat keje last minute. "cpat! esok luse dah nak raye oi...." . Ni antara dialog kegemaran)
  • semangat bdak2 kampung, (dah praktis jalan ramai2. haha.tak bleh blah)
Tapi yang sedihnya.....
  • bilangan orang kat surau lepas isya' berkurang (harap diorang semayang kat rumah la..)
  • ade je imam yang percepatkan bacaan sbb nak cpat bagi abis (tp, yerla, janganla cpt sangat, sampai ade je makmum tak sempat amik mood..)
  • remaja2 ronda2/lepak2 dgn moto@keta dgn alasan kononnya menyambut raya.
  • Bunyi dentuman mercun yang hampir non-stop sampai jam 3-4 pagi. (main tu takpe la... tp tak leh ke tunggu malam lepas raye ke, sbb bunyi mercun tu menenggelamkan takbir raya dr surau2.
  • syarikat talian hanpon busy, sampai ade je umat manusia tak dpat nak anta msg. (tak pun bagi la skit diskaun, bleh msg banyak skit. hehe)
lebih kurang cmtu la suasana di kampung ak, korang cmne? citer skit. hehe nak gak tau suasana kampung lain.

Lastly, untuk peringatan sesama kita. Jangan terlalu gembira menyambut raya sampai tenggelam kembali iman yang dibina waktu Ramadhan. Jangan leka, dan jangan pulak kita tanamkan niat di hati kita ini pergi beraya ke rumah sedara untuk dptkan duit raya, tapi untk mengeratkan tali silaturahim...
sejujurnya, ak tlah lalai di hari pertama....astaghfirullah hal azeem....

segala yang baik itu datang nya dari Allah s.w.t, manakala yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri....