Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Monday, August 25, 2008

salam,
rasanya dah lame ak tak mendapat pengisian rohani. Mungkin sbb terlalu sibuk dgn assignment, ngan kerje2 kelas. Hei diri, jangan jadikan ini sebagai alasan. Kalau fikir balik, berapa banyak masa telah kita luangkan untuk termenung? bermain komputer? (trutama students, hehe, terasa sangat), tidur petang? dan hal2 dunia lain yang ternyata hanya melalaikan kita?
Astargfirullah..
Mmg kita sebagai manusia terlalu senang dipengaruhi oleh arus teknologi dunia. Bersama kita berdoa agar kita tidak dimasukkan dalam golongan yang lalai, dan yang dicelakakan oleh-Nya.

Hm... beberapa hari lepas, ak "menyelongkar" laptop kawan ak, maka terjumpalah ak satu artikel berbentuk gambar, dan ayat yang ada pada gambar tu sangat menarik minat ak, dan ak rasa patut ak kongsikan bersama. Ayatnya berbunyi

"Kami sulit menahan pandangan mata ketika melihat kalian, apalagi jika kalian diamanahkan Allah kecantikan dan posture yang ideal, kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian, kerana itu lebarkanlah pakaian kalian, dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.

Kami juga sulit menahan pendengaran kami ketika berbicara dengan kalian, apalagi jika kalian diamanahkan olkeh ALlah suara yang merdu dengan irama yang mendayu, kerana itu tegaskanlah suara kalian, dan berbicaralah seperlunya.

Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian, ketika kalian dapat menjadi tempat mencurahkan isi hati kami, waktu luang kami akan sering terisi oleh bayangan-bayangan kalian, kerana itu jaganlah kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalian.

Kami tahu kami paling lemah bila harus berhadapan dengan kalian. Kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh hanya dengan senyum kalian. Hati kami akan bergetar ketika mendengar kalian menangis. Sungguh Allah telah memberikan amanah terindah kepada kalian, maka jagalah jangan sampai Allah murka dan membrrikann keputusan

Maha Besar Allah yang tahu akan kelemahan hati kami, hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhaiNya kalian akan halal bagi kami"




Sememangnya ayat yang menginsafkan, menyedarkan kita bagaimana cinta antara manusia seharusnya dijalinkan.
Hm.. tidak terlalu lewat rasanya kalau ak mengingatkan kita yang bulan sya'aban dah nak tamat, dan bulan ramadhan semakin dekat. Ak pernah terbaca dan terdengar ada riwayat hadith yang menyatakan bahawa "barangsiapa berpuasa dengan penuh iman dan sabar dibulan sya'aban, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya". (kalau salah tolong bagitau).

lately, ak melalui banyak beban dan kesulitan, tapi ade je bantuan yang tak disangka2 datang. Sememangnya Allah maha pemurah lagi maha penyayang. Huhu, tak sabar nak masuk bulan ramadhan. Ku mengharapkan ramadhan, kali ini penuh makna~~.

segala kebaikan itu datangnya dari Allah , dan selainnya datang dari diri kita sendiri.
Salam

Tuesday, August 12, 2008

Alhamdulilah,

Salam,
huh, ade gak masa nak update. abis je orientation aritu trus ade assignment yang menyebabkan kami serumah tido lewat.

hm... cam tak caye je ak dh jadi student 1st yer mbbs. mcm baru je bulan lepas ak masuk program foundation in science. and beberapa hari sebelum tu ak baru balik dari P.Pinang (seberang perai) dengan tangan yang membawa sebuah kegagalan.

Syukur keatas Ilahi. tiada tuhan selain-Nya. ak berjaya melepasi program foundation in science.
heh.... tringat balik zaman masa ak baru lepas spm. mcm2 rancangan yang ak dah plan sebagai persediaan cuti panjang sambil menunggu keputusan spm tuk keluar. tapi semua plan tu hanyalah bagaikan rumput kering yang dikumpul kemudiannya ditiup angin. Ayah ak nak ak ambik program foundation in science dkat ACMS (allianze college of medical science), dengan menggunakan keputusan mock exam spm ak. ak tak nak, risiko terlalu tinggi, sbb ak takut kalo ak nyer keputusan spm keluar nanti tak mencapai minimum requirement ACMS tu, ak akan kene kick out.

dan itulah yang terjadi. tapi ak bukan kene kick out sbb tak mencapai apa yang diorang expect, keputusan sem 1 ak sangatlah truk, truk nya sampai kalo ak bagitau seseorang tu, dia takkan percaya itulah keputusan ak suatu masa dlu.

so dengan hati yang langsung tak tenteram, ak melangkah balik dengan penuh rasa malu, sbb mak ak dah siap inform hampir sumer saudara kerabat. then ak cuti lagi, tanam anggur....
masa cuti tu keputusan ipta dgn matriks klua, and mmg ak tau nyer name ak takkan tersenarai dalam list pelajar yang dipilih sbb ak langsung tak ada perhatian nak isi borang ipta & matriks masa form 5, dengan alasan ak, ak tak tau ape mende sumer tu. tp nape ak tak tanya orang masa tu? mmg singkat sangat fikiran ak masa tu...

ayah ak skali lagi hampa, ak takde harapan masuk ipta ngan matriks taun tu. then ayah ak pun apply mane2 kolej yang dapat die fikirkan sedang ak goyang kaki makan-makan tngk tv. last2 die bagi ak banyak pilihan, die tanya ak, nak jadi ape? mekanik? cikgu? doktor? and mcm2 lagi.
ak slambernya diam tak menjawap soalan yang diajukan tu. last2 ayah ak bagi ak satu buku yang agak tebal. buku tu ade list2 pekerjaan dengan describtion pasal pekerjaan tu skali. tapi ak biar je buku tu seminggu lebih bawah katil sbb malas. malas sbb tngk buku tu tebal sangat.

lepas seminggu tu, ak dah jemu buat bende same tiap hari, ak pun cube la belek2 buku tu. ak cume baca pekerjaan yang menarik minat ak, dah baca sumer tu, ak confuse. nak pilih amik jadi doktor ke nak jadi engineering? due bidang pekerjaan yang sangat jauh perbezaannya. ak bagitau ayah ak ttg keputusan ak, dan ayah ak list down surat2 apply dan yang tinggal antaranya ialah biochemistry( agriculture), foundation in science (cucms), engineering ngan beberapa lagi pilihan.

hampir sumer gagal sbb keputusan spm ak yang tak memberansangkan. tinggal due pilihan, cucms ngan biochem agriculture department kat mane ntah. biochem tu dah ade reply dan kolej tu trima ak. tapi ak tak nak, sbb ak tak ske subjek tu. ak tau ayah ak nak ak jadi doktor, sbb tu die nak ak pergi interview jgak walaupun ak dah kene trima oleh kolej lain tadi. Alhamdulillah, ak diterima masuk CUCMS ni untuk program foundation.

Sampailah skarang. ak mmg syukur sangat ak dapat masuk ke CUCMS. sbb kalo tak, ak dah masuk biochem nyer kolej tu. Mmg setiap kejadian ada hikmahnya. kat CUCMS ni, ak didedahkan dengan persekitaran yang baik, dan ak mmg trus terpengaruh dengan persekitaran ini.

Syukurlah pada Allah,
atas segala rezki, atas segala kejadian, atas segala kebaikan.

Jangan kita menganggap suatu masalah atau beban yang kita hadapi sebagai sesuatu yang menyusahkan. sedarlah, itu adalah ujian dari Allah s.w.t.. Ujian untuk menguji keimanan kita, untuk mempertingkatkan lagi keimanan kita. Dan apabila kita mengeluh,marah, ketika itulah kita gagal ujian dari Allah.
Allahualam...

segala kebaikan itu dari Allah , dan segala selainnya datang dari kita

Wednesday, August 6, 2008

Back To School~~

salam.

"Back To School", inilah slogan yang slalu di'banner'kan time2 hujung tahun dimana kanak2 kembali ke zaman persekolahan mereka selepas cuti yang panjang. Dan inilah yang dialami oleh kami (CUCMS-ians) pada hari khamis esok. hoho, tak sabar plak rasanya.

Sejak post aneh tu, tiap malam ak kepanasan... pelik2... harap ak slamat sampai cyberjaya, ameen... atau ianya terjadi sbb kebelakangan ni ak makan dengan kadar yang banyak? hehe.
yerla, kene tunggu lagi 3 bulan baru la bleh merasa masakan rumah yang free-of-charge. hehe
rindu plak makan kat kedai makcik kat terminal tu, hehe. makan ikan keli die.

Banyak yang ak lalui mase cutini, (tngk jer post bulan july tu, jauh beza bilangan post ngan bulan2 sebelumnya. hehe). tapi kalau ak nilai balik ape yang ak dah buat mase cuti ni, ak mcm banyak membuang masa. perasaan menyesal berasa sangat.

Tringat balik bende2 yang lawak, sedih, masam, manis mase kat S'wak ni trutamanya cara penerimaan saudara2 ngan sahabat2 ak tentang perubahan ngan penampilan ak.
Ak pun mcm ade rasa perubahan skit, dan Alhamdulillah ianya perubahan kearah yang baik.
Meh, ak citer skit ape yang jadi dari ak baru sampai airport sampai skarang ni.

Mase sampai airport tu, ak tngk jam. Hm... dah pukul 6 lebih. belum asar lagi ak nih. trus ak g surau. lepas amik wudhuk, ak carik la kiblat arah mane, ak tngk sejadah, banyak yang menegak(dari pandangan ak) and satu je yang melintang. Jadi, ak trus la buat spekulasi yang melintang tu sejadah yang orang pakai kalau jadi imam. ak gune la sejadah tu. tgh2 semayang. ak terdengar bunyi orang amik wudhuk, then die bersuara " salah kiblat", ak dengar, tapi ingatkan die main2 ke. lepas tu die ulang2 lagi. ak trus berhenti sembahyang then die tunjuk kiblat. rupenyer sejadah yang menegak tadi tu menuju ke kiblat, and ak sembahyang 90 darjah tersasar. Pastu ak trus tngk atas , sambil tu berkata pada diri, sengal tol, nape la ak tak tngk arah kiblat kat siling tu. ish3...
tapi ade pengajaran disebalik tu, dari situ kita dapat tahu yang orang sekarang suke sembahyang sorang2. dan dari situ ak dapat pengajaran. dan mmg benar, Allah akan memberi pertolongan atau hidayah kepada hamba-Nya yang berada dalam kesesatan. sbb lepas je ak baca ayat terakhhir dalam surah al-Fatihah, orang tu tegur.

Mase kene jemput oleh mak, ak kene tempias hujan lebat dari kl. hehe, hujan yang menimpa ak dalam bentuk hujah, sbb ak hampir kene tinggal kapal terbang mase kat kl tu. and sampai rumah masuk bilik. pastu ak senyum sambil berkata " mmg tak berubah, same je masa ak pergi taun lepas" hehe, bilik orang bujang la katakan.

Pastu tiap kali ak jumpe kawan ak , diorang sumer ckp, " nyoh... dah jadi ustat dah". and kalau jumpe kazen and auntie2 komen yang ak dapat, "dah bujang dah haziq eh...", " makin tinggi", "kenak kau berjanggut ziq? mcm orang tua", dan yang sewaktu dengannya.
mmg ak akui ak kadang2 terasa bangga plak dengan pujian2 tu. ak sedar, kalau kita sentiasa dipuji, kita akan merasakan diri cukup bagus, dan akan mudah sombong dan mula riya' dalam melakukan sesuatu. Rasulullah sendiri pernah risau apabila menerima pujian, dan sentiasa mengatakan bawaha Baginda hanyalah Rasul yang diutuskan oleh Allah sebagai peringatan dan pembawa berita gembira buat orang2 yang beriman. jadi, janganla kita terlalu mengharapkan pujian orang terhadap kita, dan apabila kita menerima pujian ingatlah Allah, dan berdoa kepada-Nya agar kita terhindar dari perangai2 yang hodoh. ameen....

Mase kat cyberia, ak dah terbiasa main ngan kucing yang kitorang namakan Ali. kucing tu ambik dari terminal, dan ak mmg seorang yang sangat suke kucing dan mcm rapat je ngan Ali tu, ak anggap kucing ni kawan, bukan haiwan (walaupun die mmg haiwan. hehe). Ak dah terbiasa kalo duduk bersila, so kucing tu bleh duduk atas "silaan"kaki ak. Ak terbiasa menyediakan ruang atas meja sbb kucing tu biasa tido atas meja ak, and ak pun dah terbiasa, belai2 kucing tu sebelum tido. kadang2 pagi tu, ak bangun ak tercari2. rasa cam sedih plak, and tercarik2 kucing kat kampung ni tuk main. hehe. tapi takjumpe...(Thanks to bdak foundi yang sedang menjaga kucing tu dgn sangat baik. kontrak ngan korang disambung sampai taun depan eh?? hehe. ak dapat rumah kat block A. susah nak jaga. hehe)

Petang2 and malam kadang2 teman ibu dalam kete. Baru ak tau betapa susahnya jadi PA kepada yb ni (hehe), hantar barang ctu la, cni la, jumpe orang tu ctu la cni la, jadualkan meetaing la. mmg tiap kali ak masuk kete tu paling cpat sampai rumah balik dlam mase 2 jam. and tiap 3-4 minit ade je orang kol ibu ak. Bebaru ni ade ikut ibu ak pegi ofis untuk bincang pasal nak buat pas masuk untuk persatuan SABATI, (persatuan isteri2 wakil BN, ntah, cm pelik je. hehe) complex rupenyer nak buat kad tu. design kene perfect la, font jangan besar sangat, kad jgan besar sangat. sumer kene perfect la. ish3... ak dnga dari perbualan ibu ak, banyak lagi yang kene arrange ni. lokasi dinner, bagasi, tmpt meeting sumer. beberapa malam ni asyik balik jam 10 mlm je. giler la. Smoga sumer berjalan lancar. Ameen....

Huh,banyak lagi nak tulis ni. tapi masa tak membenarkan plak. Dlm ramalan ak, ak takkan post dlm 3-4 hari ni. or mungkin gak tak bleh nak online.
esok dh stat orientation, tak sbar plak nak jumpe kwn lame dan baru. Ingat,
Allah mengasihi hamba-Nya yang menyambungkan silaturahim, dan tidak akan susah orang yang mempunyai ramai kawan. tidak ada dosa yang disegerakan oleh Allah kepada pelakunya selain pemutus silaturahim.
(sumer diatas diambil dari hadith2)

lihatlah. betapa Islam mementingkan persaudaraan, keuhkhwahan. antara golongan yang dinaungi Allah yakni dibawah perlindunganNya pada hari kiamat adalah golongan orang yang berkasih sayang, menjalinkan silaturahim atas nama-Nya dan untuk mendapat keredhaan-Nya.

ni ade lagi beberapa hadith yang berkenaan dengan persahabatan. Renung-renungkan lah, dan slamat beramah. :)

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.
(Riwayat Al-Tabrani)


Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
-Riwayat Muslim-


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
-Riwayat al-bukhari-



Tuesday, August 5, 2008

Aneh? + sesuatu yang pasti.

Salam..
due hari ak "puasa" dari menggunakan internet nih. hehe. sumer gara2 masalah internet kat rumah ni. adeh2.

Aneh... beberapa malam yang lepas. ak mengalami sesuatu yang sangat aneh... hehe
takde la aneh mane pun... tapi agak pening gak kpale kalo pike balik.
mlm tu ak cube nak tido awal , dlm lebih kurang kol 1 pg. hehe. bese ak tido kol 2, kire awal la tu...
tapi dah baring2 tu tak dapat plak tido. and badan rasa panas giler.
( ak ade pelik skit. badan ak slalu mengeluarkan haba berlebihan, tp mlm tu lain skit, sampai adek ak duduk sebelah ak dapat rasa haba dari badan ak. hehe. gualah 'Torchman". hehe)
malam tu badan ak rasa panas sangat. Then, dah panas tu berpeluh2. dh panas ngan peluh2 ak rase haus yang tramat. So ak pun minum la air, tapi haus tak hilang lagi, minum lagi, tak jgak hilang. Oleh sbb badan yang panas tu, air yang diminum trus klua jadi air peluh, so ak pun henti la minum, kononnya nak stop kan peluh. Ak pun heran la nape la panas sangat malam ni. then baru ak tringat, sbb ak pakai baju berlapis kot, (singlet + shirt), so kurangkan la satu lapisan then letak kipas speed 3. dah buat cmtu baru ade rasa sejuk skit. baru bleh masuk tido.

tapi "aneh" tak berenti stakat tu. mlm tu ak tak dapat tido lena. asyik terbangun je, kejap baring, kejap megiring. and tiap kali ak masuk tido balik ak mimpi bende yang same.
1st, ak mimpi ak dkat padang pasir. pastu ak mimpi ak mcm brdiri dikalangan orang ramai kat padang pasir tu, and nampak mcm diorang ni nak berperang. pastu sambung lagi ak masih lagi berdiri dlm himpunan orang ramai kat padang pasir tu, tapi kali ni ak nampak kaabah yang masih lagi takde banggunan dikelilingnya. lepastu ak dnga orang ramai menjerit "Rasulullah!!" ak pun carik2 la dlm mimpi tu , then ak nampak seorang yang menjadi tumpuan ramai, adakah die yang diorang maksudkan Rasulullah?
lepas je tu, ak trbangun dlm keadaan yang pening2, confuse.

lepas kejadian aneh ni, ak asyik terfikir2 and semua fikiran ak mengingatkan ak kepada sesuatu yang pasti, sesuatu yang akan berlaku kepada semua mahluk kecuali Maha Pencipta. iaitu maut...
dimana orang yang dlam keadaan nazak akan merasa dahaga yang tramat, walaupun dituangkan semua isi laut, tak akan hilang dahaganya.
dah tringatkan maut ni, suatu kejadian yang pasti akan berlaku pada kita pada bila2 masa. ak jadi takut, sbb ak terfikir, kalaulah nyawa ak ditarik dalam masa2 terdekat ni, ape akan jadi pada ak yang sangat lemah imannya, yang sangat sdikit ilmunya. ak jadi takut sbb tringat dosa yang ada dikeliling pinggang ak. benar, " beribadahlah kita seakan esok sudah tiada".
Ingatlah kita, maut akan datang pada kita pada bila2 masa. tapi, sudahkah kita menyiapkan diri untuk menerimanya jika ianya datang kepada kita?
Tringat pesan Ustazah ak mase skolah menengah dlu. Supaya sentiasa dalam keadaan mengingati Allah. mase kita berjalan, driving, bercakap. kata Ustazah ak " daripada kitakorang (korang), berlagu2 masa naik turun tanggak, bagus kitakorang berzikir, ne la tauk(mane la tau) masa kitakorang naik trun tanggak ya lalu tergugok(terjatuh) mati. at least kitakorang ingat tuhan, dpt masuk syurga"
lepas tu ustazah mengesyorkan kitorang nyanyi lagu raihan.hehe

hehe, sbb mase ktorang on the way ke kelas agama menyanyi ramai2. kene lecture la alamatnya.

ak pun pernah terbaca yang mati dalam keadaaan berwudhuk adalah shahid kecil. dan dipesankan kepada kita agar dlm keadaan berwudhuk sentiasa.

sememangnya aneh ini memberi ak bnyk pengajaran. sejak aneh ni, ak berdoa agar ak antara orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya. Dan ak tergolong dalam kalangan orang yang berjuang demi Allah dan berada di jalan yang benar. Dan ak tergolong dalam golongn yang beriman kepada-Nya.

Wahai diri,
Ingatlah!
maut adalah sesuatu yang pasti
yang akan datang bila-bila masa
beribadatlah seakan ianya hampir disisimu

Ingatlah!
hidup di dunia hanya sementara
hidup di akhirat adalah selamanya
hiduplah seperti seorang pengembara

Ingatlah!
jangan meletakkan dunia dihati mu, letakkan ditanganmu
jangan terlalu pentingkan dunia, atau akhirat
carilah jalan diantaranya, jadilah umat pertengahan.

semua yang baik itu datanya dari Allah s.w.t, yang selainya dari ak.