Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Showing posts with label Perjalanan Hidup. Show all posts
Showing posts with label Perjalanan Hidup. Show all posts

Friday, June 24, 2011

assalamualaikum akak


Selesai blok Public Health yang kami lalui selama dua bulan di Nilai. Masing-masing antara kami mengemas barang untuk menetap kembali di cyberjaya.

Semasa sahabat aku sedang memanaskan keretanya, dan aku sedang menghidupkan enjin motosikalku, terlihat seorang wanita yang berpakaian seperti hendak shopping berdiri di tepi jalan. Macam kenal... Oh, rupanya wanita tersebut adalah cleaner block kami! yang berdiri di sebelah kami sewaktu dalam lif sewaktu kami munggah barang. Jauh sekali beza panampilannya sehingga kami tidak kenal jika akak (cleaner) tidak menegur. 

Akak: adik nak pergi mana? nak balik dah?
Kami: ha ah, nak balik cyberjaya, dah habis dah kelas kat sini. akak nak keluar berjalan?
Akak: ya... tapi mcm nak hujan ni, mcm tak jadi jer... habis tu adik tak datang balik lagi?
Kami: tak, kelas 2 bulan je kat sini. 
Akak: ala...... (sambil menampakkan wajah sedih, termenung sekejap), memang tak datang balik la ni? la.....
Kami: ....
Akak: adik blaja bidang ape? 
Kami: kedokteran.
Akak: jadi doktor la ni?... ala.... (mengeluh lagi).
Kami: hm.. kak, kami nak gerak ni, dah nak hujan. assalamualaikum kak, doakan kami jadi doktor. 
Akak: ok, assalamualaikum.

demikianlah dialog antara kami dengan akak cleaner. sepanjang dua bulan kami bertandang di flat Desa Palma, selalu terserempak dengan akak tadi. kami selalu memberi salam dan dibalasnya dengan senyuman. 

Pernah sekali dia menampakkan muka yang cukup tertekan semasa didalam lif, ketika dia sedang mengelap hasil contengan permanent marker pada dinding lif. Ditanya mengapa, dia dengan suara menahan sebak menjawab "diorang suke conteng, susah nak bersihkan ni", kemudian memandang kami dan memaksa dirinya untuk senyum. 
kami membalas senyuman, dan salah seorang dari kami berkata "sabar ya kak".


Ketika dalam perjalanan balik dari nilai ke cyberjaya, aku terfikir, mengapa akak tu kelihatan sedih akan pemergian kami?,mungkin salam dan senyuman kami dapat menghilangkan sedikit tekanan dari kerjanya. Dan pada ketika itu, terlintas sebuah hadith yang menyebabkan aku berasa syukur dan menyesal. 

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Rasulullah saw bersada:
"Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu saling berkasih-sayang. hendakkah kamu aku tunjukkan sesuatu perkara apabila kamu melakukannya akan saling mengasihi? Sebarkanlah salam antara kalangan kamu" (h.r Muslim)

aku berasa syukur kerana peroleh pengajaran dari seorang akak cleaner, tapi sayangnya, kami tidak mengenali nama akak.

tidak kami sangka, dengan hanya salam dan senyuman, kami dan akak telah punya persahabatan. 

Sabda Rasulullah saw lagi
"Janganlah engkau memandang rendah bentuk apapun dari kebaikan, walaupun engkau hanya bertemu dengan saudaramu dengan muka manis" (h.r. Muslim)


Oh, tidak lupa juga kepada pengawal arab yang aku beri gelaran 'Pak Guard Assalamualaikum'. Tak kisah dimana aku bertemu dengannya, baik di pondok pengawal atau sedang membuat rondaan di blok kami, dialah orang yang pertama memberi salam. tidak pernah sekalipun selama 2 bulan aku yang memulakan salam bila bertemu dengannya. sungguh, pada pandanganku, dia antara insan terbaik. 

Abdullah bin Amr melaporkan,
"Sesungguhnya ada seorang bertanya kepada Rasulullah saw, Islam apakah yang paling baik? Beliau bersabda, "Engkau beri makan  orang yang memerlukan dan mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal ataupun tidak" (h.r. Bukhari dan Muslim)

InsyaAllah, dengan pengajaran yang telah kami lalui, kami akan lebih kerap memberi salam dan senyuman dengan atas dasar cinta pada Allah dan rasulnya.
Semoga juga dengan perkongsian ini,  kamu juga akan lebih kerap memberi salam dan memaniskan wajah bila bertemu dengan masyarakat dengan berpandukan sunnah. 

Seperti yang dikatakan oleh imam al-Ghazali
"Ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia"


Friday, November 5, 2010

NikmatMu 2

 setelah menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar medic tahun 3 selama hampir 3 bulan, aku merasa gembira + sedih + tercarbar + berani.

Aku gembira kerana aku telah berjaya melepasi halangan "Professional Exam 1" dan berjaya meneruskan ke tahun klinikal.

Rasa tercabar sentiasa ada kerana ilmu yang dipelajari sewaktu pra-klinikal sangat memainkan peranan bila berhadapan dengan pesakit dan guru. Tanpa ilmu, hati tidak dapat mengilhamkan otak agar mengarah mulut untuk bertanyakan soalan kepada pesakit. Tanpa ilmu, emosi dan telinga hendaklah bersedia untuk mendengar 'nasihat' dari guru yang sudah bergelar doktor dan professor.

:P

Tapi, aku  merasa kecewa dengan diri kerana perasaan yang paling sedikit aku lalui adalah kesedihan. Setiap hari aku melihat mereka yang sakit, dan kesakitkan mereka itu perlu dirawat agar mereka boleh meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna.

Setiap pesakit punya nikmat dunia yang telah ditarik oleh Allah, Tuan empunya alam, pemilik kepada segala yang ada diantara langitNya dan bumi dan yang mengawal setiap yang terjadi diantara siang dan malam.

Ada antara mereka yang ditarik nikmat untuk menggerakkan jari, ada yang tidak dapat membongkokkan badan, tidak dapat membuang air besar atau/dan kecil, tidak dapat berfikir dengan rasional, sukar untuk bernafas, bertutur. Juga ada yang ditarik rohnya dari jasadnya.

kebanyakan pesakit mengatakan mereka redha kepada Allah, mengatakan bahwa Allah sedang mengingatkan mereka, sedang memaafkan dosa mereka walau pada zahirnya mereka tidak menutup aurat, aktif merokok. Tapi aku sangat menghormati mereka kerana mereka punya kesedaran, mata mereka sudah basah mengenangkan kehidupan mereka.

Tapi aku... mengapa aku tidak mengambil pengajaran? mengapa aku tidak dapat melihat nikmat Allah yang masih padaku? Mengapa aku tidak insaf bila melihatn nikmat2 Allah yang sudah tiada pada mereka? mengapa hatiku tidak bergetar bila mendengarkan berita kematian mereka.

jika demikian keadaanku. nescaya aku sudah dicelakakan olehNya. Allah menerangkan didalam Al-Quran, bahawa setiap sesuatu punya pengajaran. Manusia yang punya akal fikiran dan yang berfikir, punya daya melihat dan menyaksikan, punya telinga dan mendengar, punya mulut dan menyampaikan. Hanya manusia seperti inilah yang boleh mengambil pengajaran.

‎"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal. " 
[8:2]

aku ingin merasakan getaran jiwa seperti orang-orang  yang beriman. 
aku tidak ingin hanya bergelar muslim, aku mahu menjadi seorang muslim.
aku ingin sehingga aku berani untuk melaungkan "saksikanlah! aku seorang muslim!"

semoga kamu peroleh pengajaran. belajar dari kesilapan orang lain, jangan tunggu sehingga diri melakukan kesilapan, khuatir ketika menyedarinya sudah terlambat.

Thursday, October 14, 2010

lepas rindu

rindu sangat nak tulis peringatan(tazkirah) pendek. bukan tiada masa, tapi selalu sangat dah lalai. Sungguh, menulis blog ni dah macam suatu ibadah.

kerna setiap kali aku menulis, aku meluangkan masa untuk mencari ilmu, untuk berfikir berdasarkan Quran dan Sunnah, terkadang kebenaran yang aku sampaikan membuatkan diri sendiri sebak, takut, syukur.

Bila aku menaip, aku ingat Allah dan bila aku membaca kembali hasilnya, aku ingat Allah, dan aku merasa puas jika ada yang meng"share"kan diblog2 mereka.

Doakan aku agar dapat menyelesaikan tajuk-tajuk pada "tab" mendatang. Ameen.


rase tak sedap hati nak tulis blog sbb banyak kerja bukan akademik tertangguh. maaf kepada yang memberi amanah. :(.

Friday, August 27, 2010

Kembara: ingin ke Kelantan.

sudah lama memendam niat untuk ke Kelantan. Ada beberapa kisah yang diceritakan oleh sahabat dan rakan membuatkan aku ingin sekali mengembara dibumi Kelantan. Tidak pernah melihat Kelantan dari media massa dan tidak pernah sekalipun bercuti di sana.

Setakat ni ada empat sebab sahaja dan ianya lebih dari memadai untuk menetapkan niat.

1. Dikatakan bila masuk waktu solat, pekedai meniggalkan kedai dan barang dagangan mereka untuk solat berjemaah di surau/masjid berdekatan! walau di tengah2 pasar ada surau terbina biar surau permanent atau sementara. 

sangat terharu! selama ini aku ingatkan keadaan ini hanya wujud di kota Mekah! ingin sekali melihat keadaannya!



2. Dikatakan hampir setiap jumaat beberapa jalan ditutup khas untuk pendengar yang ingin mendengarkan pesanan dari Tok Guru Nik Abdul Aziz.





3. Surau kompleks beli belah penuh bila waktu solat hampir masuk

dikatakan biarlah rupa seperti gangster, atau aurat terdedah. mereka tetap berebut mendirikan solat diawal waktu. semoga mereka diredhai Allah.


4. Melawat skolah pondok.

selalu dengar pasal skolah pondok. nak jugak jenguk2.


inilah checklist yang akan dipastikan selesai jika melawat Kelantan.

Monday, July 12, 2010

berpisah dengan mereka yang selalu berpesan

aku bimbang ketika cuti hampir tiba. kerana ini bermaksud aku akan meninggalkan mereka. meninggalakan sahabat dan rakan yang selalu berpesan-pesan kearah kesabaran dan kebenaran. biarpun niat mereka hanya untuk bergurau, tapi gurauan itu terkadang tepat menusuk hati ini dan cukup untuk membuatkan aku merasa bersalah.

aku rindu akan keadaan itu, aku rindu ditegur dan bersenda gurau. aku rindu membincangkan tentang fahaman hadith dan ayat Al-Quran.

termenung duduk didalam bilik selepas solat Zohor.

"Ape nak buat petang ni... " hatiku berfikir dan mengeluh.

aku ternampak buku yang baru aku beli di MPH. aku mencapainya secara separuh sedar, mindaku masih melayang memikirkan apa yang patut dibuat sehingga masuk waktu Asar.

aku buka lipatan kecil di sebelah atas muka surat 13 yang aku tanda 2 hari lepas. Dan terus mengambil keputusan untuk membacanya di sofa ruang tamu. keadaan di situ lebih tenang dan selesa untuk membaca.

Air mataku mengalir, aku merasa sebak. aku terbaca kisah perpisahan antara Muhammad Rasul Allah dengan seorang sahabat baginda. Aku merasakan keadaanku hampir sama dengan keadaan Sahabat Rasulullah itu.

Mu'adz namanya. Dia diutus oleh baginda Rasulullah untuk menjadi pendakwah bagi penduduk Yaman.

Mu'adz yang ketika akan berpisah dengan Rasulullah s.a.w tidak kuasa menahan tangis. sehingga Rasulullah bersabda
"Mengapa engkau menangis wahai Mu'adz?"

Mu'adz menjawab
"Wahai Rasulullah, aku menangis kerana akan berpisah denganmu"

Rasulullah bersabda
" Jangan gelisah, sebab kegelisahan itu datang dari syaitan.
Wahai Mu'adz, bertakwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada, iringilah kejahatan itu dengan kebaikan agar (dosa kejahatan itu) terhapus, dan perlakukan manusia itu dengan baik.

Wahai Mu'adz, ingatlah kepada Allah setiap kali melewati bebatuan, pepohonan, dan keramaian." 1

Aku berhenti membaca. aku termenung ke siling. hati kecilku berdoa
"Ya Allah, maafkan aku, aku tidak bersyukur atas ujian-Mu. kuatkan diriku untuk menghadapi ujian-Mu"

Semoga kita terus berada dalam Rahmat-Nya, dalam DakapanNya, dan sentiasa mengingatiNya.



Rujukan:
1. Hadith Riwayat Tirmizi dan Ahmad, m/s 14, Aid Abdullah Al-Qarni, "Pesanan untuk orang Berdosa"

Sunday, June 20, 2010

Kemanisan Professional Exam


Sejurus selepas Proffessor Hatta Shaharom, Presiden CUCMS selesai mengumumkan nama-nama mereka yang memperoleh distinction. Suasana beransur sepi. Pelajar perubatan tahun dua yang menghadiri majlis pengumuman keputusan Professional Examination 1 menunjukkan pelbagai karenah. Ada yang bermain dengan jari- jemari mereka seperti pesakit Parkinson. Ada yang mengangguk-angguk kepala, ada yang menutup mulutnya dengan kedua belah tangan, ada yang merapatkan diri dengan rakan disebelah. Suasana senyap itu dipenuhi dengan aura pengharapan. Harapan mereka semua sama. Iaitu mendengarkan nama mereka dizahirkan oleh pergerakan bibir dan hembusan angin melalui kotak suara Professor Hatta.

Seorang demi seorang bertempik keriangan, turut diiringi dengan tepukan dan takbir dari rakan. Mulutku terkumat-kamit berzikir dan berdoa agar apa yang aku rasa terbaik buat diriku adalah yang terbaik untukku. Aku teringat akan janjiku pada Allah ketika solat zohor tadi.

“ Ya Allah, yang maha Penyayang, yang maha Pengasih, yang maha Pemurah, yang maha Pembuka. Bukakanlah pintu hati kami agar kami redha dengan segala keputusanMu, berilah kami kemenangan jika ianya adalah yang terbaik buat kami. ”

Hampir semua nama ahli kumpulan diskusiku sudah mengukir senyuman dan mengalirkan air mata mereka. Aku menahan sebak atas kejayaan mereka, aku gembira melihat mereka gembira.

“NurFatin Atikah, Nur Nadia, Nur Sakinah, Nur Aqilah, Nur…” Professor Hatta terus membaca nama-nama mereka yang lulus.

Aku menjadi semakin gelisah. Hatiku berbisik.

“Ah! Kenapa ramai nama bermula dari Nur??, bilakah giliran aku? “

Aku tersedar, terasa hampir semua nama rakan sekelasku telah disebut namanya, kelihatan Professor Hatta sedang memegang bahagian tengah kertas keputusan sambil matanya tajam melihat bahagian bawah kertas bersaiz A4.

Aku membongkokkan badanku, menggenggam erat penumbuk kananku, memeluk “sling bag”ku dengan erat.

Aku merasa keadaan semakin sunyi.

Terdengan suara yang mendatar tadi menyebut

“Noor Shaafi Haziq Bin Musa”

Mata ku terbeliak, aku mengambil nafas pendek, aku menggengam kuat kedua tanganku dan aku hayunkan ke bawah dengan sepenuh tenaga serentak dengan jeritan kecil. “Allahhuakbar!, Alhamdulillah…”

Pandanganku terus kabur, aku membongkokkan lagi badanku, menahan nafasku seketika. Aku merasakan bahuku ditepuk berkali-kali.

Aku terimbas kembali perjalananku sepanjang bergelar pelajar perubatan (MBBS). Diari mingguanku selalu diisi dengan perkataan “gagal”, “terus mencuba”, “insyaAllah”. Aku begitu hampir untuk mengulangi tahun dua pengajian perubatan kerana gagal mendapatkan GPA 2.0 untuk dua semester berturut-turut. Dan masalah kewangan yang aku hadapi. Sehingga suatu ketika aku ingin berputus asa dan meminta ayahku untuk menukar pengajian.

Melihatkan keadaanku, sahabat diskusi yang duduk dibelakangku menghulurkan tisu dan mengurut bahuku sekejap. Aku merasa lengan kananku digenggam erat dan terasa sentuhan lembut pada lutut kiriku. Pipiku terus basah, dan hidungku mula tersumbat. Aku cuba mengawal diriku dengan beristighfar agar aku tidak teresak-esak, agar aku tidak berbangga-bangga.

Aku kembali menegakkan badanku, aku melihat raut wajah rakan-rakan dan sahabatku. Semua melahirkan senyuman kepuasan. Aku senyum kepuasan.

Selesai majlis, kami berpelukan. Hatiku bergetar lagi bila berpelukan dengan sahabat yang kisah hidupnya sebagai pelajar perubatan hampir sama dengan diriku. Aku mendakapnya dengan erat dan lama. Dan aku berbisik dengan nada suara yang lemah.

“kita berjaya, kita berjaya, kita berjaya”

Aku tahu dia juga sedang menahan dirinya dari teresak-esak.

Selesai memeluk setiap rakan dan sahabatku. Aku menguatkan langkahku untuk berjumpa dengan si Dia yang aku cintai. Yang sentiasa membantuku dan memberiku harapan. Yang sentiasa disampingku diwaktu susah dan senang. Yang memberiku rezki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan pertemuan kami membawaku kepada semangat yang baru. Kontrak perjanjian yang baru...


“…barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-taip sesuatu”

[At-Thalaaq, ayat 2-3]

Semoga ini menjadi pengajaran bagi diri ini dan kamu.

Semoga kita sentiasa dalam golongan yang diredhai olehNya.

Kepada yang berjaya jangan terleka, dan teruskan berdoa kepada mereka yang ditangguh kemenangannya.

Tuesday, April 27, 2010

dia adalah aku.

aku melihat dia, kelakuannya, amalnya, kerja sehariannya
semuanya seperti biasa. tiada yang menarik tentangnya

aku melihatnya bermain, berkawan, berehat
mana belajarnya?
adakah dia telah lupa akan tujuannya ke universiti?

aku terdengar pujian rakannya terhadapnya,
raut mukaku berubah, layakkah dia dengan pujian sebegitu?
sedangkan solatnya jarang sekali di awal waktu.

dapat aku rasakan, dia cuba untuk menjadi seorang muslim yang baik
pernah dia berkata, dia ingin melaungkan kata ini "saksikanlah aku seorang muslim!"
dia menceritakan dengan penuh semangat.
tapi semuanya hanya pada mulutnya, pada lidahnya.
aku tidak nampak usahanya ke arah cita-citanya.

melihatnya aku sedih, hampa, marah....
aku sedih.....
kerana aku sangat sayang kepadanya
tidak ingin aku berjauhan dengannya
kerana dia adalah aku.....

Friday, May 1, 2009

Ape kes?

Assalamualaikum....

"Heh" , keluhan keluar dari mulut ana bila membaca post ana yang lepas. Yang kononnya berhenti menulis blog utk 2-3 minggu utk mencari "bahan" utk dikongsikan bersama.

ana mengeluh, sedih, marah... ana biarkan target ana itu menjadi suatu angan-angan. Jika diimbas kembali, sepertinya ana tiada usaha langsung untuk mencapai apa yang ana sendiri harapkan.

"al imanu yazidu wa yankus"
iman itu kadang2 naik, kadang2 turun.

Rasanya, beberapa minggu ni, iman ana berada di tahap yang rendah. Cukup rendah sehingga ana merasakan diri ana "terhalang" daripada melakukan kebaikan dan cukup mudah untuk melakukan kemungkaran.

Syukur kepada Allah azza wa jalla. kerana Dia memberi ana sedikit ruang waktu untuk ana beruzlah, sedikit masa untuk ana bermuhasabah diri.

InsyaAllah, dengan izin-Nya, ana akan terus cuba untuk memperbaiki diri ana.

Bersama kita berdoa agar Allah menyentuh hati kita agar kita kembali ke jalan yang di redhai-Nya...Ameen...

"Maka Dia mengilhamkan jiwa itu kepada kejahatan dan ketakwaannya"
[Asy-Syams, ayat ke-8]

Monday, March 16, 2009

Bersawang lagi...


Assalamualaikum....
nampaknya cuti seminggu ni pun ana tak berkesempatan lagi nak update.
Oleh kerana tak dapat nak balik S'wak, ak mengambil keputusan untuk terus stay di cyberia.
Tapi...sumer housemate dan classmate takde yang boleh ak jadikan teman di cyberia. ana pun memenuhi pelawaan rakan ak dari Johor untuk stay kat rumah die.

Ana hanya ade ekses internet kat cc. tu pun ntuk buat keje.
So, next update hujung minggu ni ler kot. hehe
:).

Jangan jadikan cuti hanya untuk berehat.
jadikan ianya sesuatu yang bermakna,
perhebatkan diri, musahabah diri agar lebih bersedia di masa hadapan.

"Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri."
[ar-Rad, 11]

Segala yang baik itu datangnya dari ALlah, dan segala keburukan itu datang dari diri kita sendiri. sedarlah.

Wednesday, March 4, 2009

La tas'aluni..

Assalamualaikum...

Minggu lepas, mase tgh nak carik bahan untuk berblogging nih ana terjumpe dan trus terjatuh cinta dgn lagu nih, liriknyer sungguh menusuk kalbu. cubetry sendri. :)





لا تسألوني عن حياتي
فهي أسرار الحياة
هي منحة .. هي محنة
هي عالم من أمنيات
قد بعتها لله ثم
مضيت في ركب الهداة

أما طريقي فهو
قرآن .. وسيف .. وابتلاء
الله باركه وسار عليه قبلي الأنبياء
و مواكب الشهداء روته بأنهار الدماء
فإذا به روض ذكي في إطار من ضياء

أما مصيري فهو
مايرضي الإله وما يريد
الفوز بالنصر المبين
أو الشهادة والخلود
فإذا وجدت على الثرى
والعمر محدود الحدود
فكن البطولة والهداية
أو فيا بئس الوجود


terjemahan:

jangan tanyakan aku tentang hidupku
ia adalah sebuah rahsia kehidupan
ia adalah anugerah.. ia adalah ujian
ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
aku telah menjualkannya kepada Allah
kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk

dan jalan hidupku adalah
al-Qur’an, pedang, dan ujian..
Allah telah memberkatinya dan para nabi terdahulu telah melaluinya
para syuhada’ telah menyirami jalan ini dengan darah mereka
maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya

sedangkan penghujung perjalananku adalah
apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginkanNya
keuntungan dengan kemenangan nyata
atau kesyahidan dan keabadian
jika engkau telah berada di muka bumi
dan engkau tahu umurmu terbatas
maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu

Sunday, February 22, 2009

keputusan yang mem"beransang"kan

[39] Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;

[40] Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);

[41] Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;

[42] Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);

[43] Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;

[An-Najm, 53:39-43]


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolonganAllah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)."
[Al-Baqarah, 2:214]



"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"."
[Al-Baqarah, 2: 286
]


mulanya aku sedih;
sedih atas keputusan peperiksaanku

kemudian aku bingung;
bingung kerna akulah yang akan menjadi punca kepada kehancuran sebuah harapan

maka aku risau;
risau kerna merasakan masa depan yang makin malap

akhirnya aku sedar;
aku sedar dan redha bahwa semua yang berlaku adalah ketentuan Ilahi

dan aku akui;
aku akui hasil yang aku dapat setimpal dengan apa yang telah aku usahakan

aku semakin yakin;
yakin bahwa Engkau tidak akan menzalimi hamba-Mu;
kerna aku yakin bahwa Engkaulah yang maha Adil dan Engkaulah juga yang maha Mengadili


Terasa diri lemah..sangat lemah

Assalamualaikum...

Hehe, haritu kate nak updatekan blog ni dengan istiqamah...nampaknya ana tak terdaya...
terlalu bz dengan kehidupan budak medic. (rindu giler time foundation, balik rumah je, tido).
Final microbiol-logi mmg membuatkan ana berasa sangat lemah, sangat jahil...

untuk post kali ni, perasaan "lemah" yang ana ingin kongsikan bukanlah lemah time exam microb ari tu. Tapi, "lemah" bila bergaul dengan insan2 yang hebat.

Selama ana tak mengupdate blog ni, ana agak aktif keluar di hujung minggu menyertai program2 spt mukhayyam, raudhah, ISK dan baru semalam qiam kat serdang.

Sungguh, semasa menyertai program ini, ana berasa sangat lemah dan kerdil. Kerana mereka yang turut menyertai program2 tu kebanyakannya dari sekolah agama, kebanyakan mereka mempunyai tanda2 golongan yang selalu sujud kpd Allah, dan diantara mereka juga ada yang mengambil jurusan syariah, dan feqah. Setiap kali ana melihat mereka2 ini, hati kecil ana ini melahirkn rasa iri hati. Iri hati terhadap ilmu mereka, iman mereka dan kefahaman mereka terhadap islam.

Dan apabila ana bergaul dengan mereka, ana terasa seperti seorang budak kecil yang terkial-kial mendengar perbualan orang dewasa yang sedang membincangkan hal politik. Terutamanya apabila mereka membuka perbincangan tentang sirah, ana selayaknya diam seribu bahasa. :).

Qiam yang ana sertai semalam dikendalikan oleh due syeikh dari Jordan. Dan mereka menyampaikan ilmu mereka dalam bahasa arab dan hampir semua daripada ikhwat boleh berbahasa arab. Dan ana hanya dapat apa yang ditranslatekan oleh translator yang terkadang tak dapat nak kejar speed syeikh nyer lecture. Sian die, terkejar2 nak translate. hoho

Rugi....itulah yang ana rasakan pada diri ana. Kalaulah ana boleh berbahasa arab dan boleh memahami ayat2 quran. tentu masyuk sampai ke hati.

Ana bersyukur apa yang telah Allah tentukan buat ana. dan ana yakin inilah yang terbaik buat ana. Ana yakin Allah telh menyediakan banyak lagi ujian dan pengajaran untuk ana. tidak sabar rsanya kerna antara impian ana adalah menjadi seorang da'ie yang brjaya. Doakan ana. :)

p/s
kamu pun seharusnya yakin!. yakin akan ketentuannya, dan yakin bahwa di atas setiap kesusahan yang melanda akan datang suatu kesenangan. :)