Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu(umat islam) umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu.[2:143].
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.
Berkemungkinan 2-3 minggu mendatang blog ana ni tidak akan mengalami sebarang updates. Ini adalah kerana skema lak...hehe:) ana ingin membuat sedikit pembaharuan. Pembaharuan pada layout, tajuk, arrangement "add on", dan dari segi isi beserta labels. (mase yang lame kerna kurang pengetahuan dalam mengedit/menukar layout. Juga mencari bahan dan tajuk)
Firman Allah;
"Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri." [ar-Rad, 11]
Setelah "diketuk" beberapa kali, barulah ana sedar. Ana sebelumni (dan sekarang) terlalu bergantung dengan suasana disekeliling ana. Dimana ana merasakan diri ana mara dan mundur mengikut keadaan. (senang citer tak istiqamah dan pendirian yang lemah ler...:)). "ketukan" tu juga menyebabkan ana sedar bahwa sudah terlalu lama ana berada di takuk yang sama. Ana merasakan tahap spiritual ana tidak maju kehadapan kecuali sedikit.
Merasakan diri seperti seorang yang berjalan tanpa tujuan tetapi yakin bahwa Allah telah mentakdirkannya kesenangan hidup di dunia dan akhirat. Sungguh jauh fikiran ini dari kebenaran!. Adakah seseorang itu akan memperoleh keimanan hanya dengan bertawakal kepada Allah tanpa sebarang usaha dan doa? Allahualam...
Menyedari hakikat ini, ana sedar, ianya masa untuk berubah, berhijrah. Allah telah berulangkali memberi peringatan dengan berfirman dalam kitab-Nya bahwa Allah tidak akan mengubah seseorang itu sehingga dia merubah dirinya.
Ana sedar, ianya adalah suatu tugas yang sukar untuk dilaksanakan. jadi, ana mengharapkan ihsan dari yang membaca, doakan ana yek? :p
Assalamualaikum.... nampaknya cuti seminggu ni pun ana tak berkesempatan lagi nak update. Oleh kerana tak dapat nak balik S'wak, ak mengambil keputusan untuk terus stay di cyberia. Tapi...sumer housemate dan classmate takde yang boleh ak jadikan teman di cyberia. ana pun memenuhi pelawaan rakan ak dari Johor untuk stay kat rumah die.
Ana hanya ade ekses internet kat cc. tu pun ntuk buat keje. So, next update hujung minggu ni ler kot. hehe :).
Jangan jadikan cuti hanya untuk berehat. jadikan ianya sesuatu yang bermakna, perhebatkan diri, musahabah diri agar lebih bersedia di masa hadapan.
"Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri." [ar-Rad, 11]
Segala yang baik itu datangnya dari ALlah, dan segala keburukan itu datang dari diri kita sendiri. sedarlah.
Minggu lepas, mase tgh nak carik bahan untuk berblogging nih ana terjumpe dan trus terjatuh cinta dgn lagu nih, liriknyer sungguh menusuk kalbu. cubetry sendri. :)
لا تسألوني عن حياتي فهي أسرار الحياة هي منحة .. هي محنة هي عالم من أمنيات قد بعتها لله ثم مضيت في ركب الهداة
أما طريقي فهو قرآن .. وسيف .. وابتلاء الله باركه وسار عليه قبلي الأنبياء و مواكب الشهداء روته بأنهار الدماء فإذا به روض ذكي في إطار من ضياء
أما مصيري فهو مايرضي الإله وما يريد الفوز بالنصر المبين أو الشهادة والخلود فإذا وجدت على الثرى والعمر محدود الحدود فكن البطولة والهداية أو فيا بئس الوجود
terjemahan:
jangan tanyakan aku tentang hidupku ia adalah sebuah rahsia kehidupan ia adalah anugerah.. ia adalah ujian ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita aku telah menjualkannya kepada Allah kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk
dan jalan hidupku adalah al-Qur’an, pedang, dan ujian.. Allah telah memberkatinya dan para nabi terdahulu telah melaluinya para syuhada’ telah menyirami jalan ini dengan darah mereka maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya
sedangkan penghujung perjalananku adalah apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginkanNya keuntungan dengan kemenangan nyata atau kesyahidan dan keabadian jika engkau telah berada di muka bumi dan engkau tahu umurmu terbatas maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu
belajar vs dakwah. statement di atas selalu menjadi topik atau persoalan yang hangat diperbual dan dibincangkan jika diutarakan pada ummat islam terutamanya mereka yang bergelar pelajar.
Ada yang mengatakan sama ada kita sebagai pelajar atau tidak, dakwah adalah lebih diutamakan. Tidak kurang juga ada yang mengatakan belajar lebih penting. Segelintir pelajar juga mengatakan kedua-dua nya adalah sama penting.
Di sini, bukan ana nak mengeluarkan fatwa baru, kerna sedar ana terlalu jauh dari layak untuk mengeluarkannya. Tapi berdasarkan pengetahuan ana dan apa yang ana baca. Apa yang ana dapat simpulkan adalah kedua-dua stadi dan dakwah adalah penting bagi seorang muslim dan keutamaan bagi dua perkara ini adalah mengikut masa dan keadaan seseorang itu. Dan kebanyakan masanya, kita yang bergelar pelajar perlu mengutamakan pelajaran berbanding dengan dakwah.
Islam itu syumul(menyeluruh), ianya tidak hanya ada semasa dakwah atau hanya hadir semasa stadi. Ianya wujud dalam setiap keadaan yang kita hadapi seharian.
Islam juga adalah agama yang memberi pilihan kepada ummatnya. Jika ianya merasakan sesuatu perkara yang dilakukannya menyusahkan atau membebankannya, maka mereka boleh memilih jalan yang lebih mudah untuk melaksanakannya tetapi atas tujuan yang sama, yakni kerna Allah. Firman Allah
" Tidak ada paksaan untuk agama (Islam), sesungguhnya telaj jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu baranggsiapa yang engkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka ia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dari Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Pendapat ana turut berdasarkan hasil tulisan imam Hassan Al-Banna.
"Saya pernah melihat para remaja yang tekun belajar pada kuliah
kedokteran di perguruan tinggi, fakultas teknik, fakultas
pertanian, fakultas sastra, atau fakultas-fakultas ilmu-ilmu
umum yang lainnya. Mereka berjaya dan memiliki prestasi yang
gemilang, akan tetapi tidak lama kemudian mereka meninggalkan
bangku fakultas-fakultas tersebut, dan merasa tidak sayang
untuk meninggalkannya; dengan alasan untuk ikut serta
melakukan da'wah dan tabligh; padahal spesialisasi yang mereka
jalani termasuk ilmu-ilmu fardhu kifayah, di mana umat akan
menderita bila tidak ada seorangpun di antara mereka yang
memiliki keahlian pada bidang-bidang tersebut. Di samping itu,
mereka juga dapat menjadikan amal perbuatan dalam bidang
kehidupannya sebagai ibadah dan perjuangan apabila mereka
melakukannya sebaik mungkin dan disertai dengan niat yang
baik, serta mengikuti batas-batas yang telah ditetapkan oleh
Allah SWT."
[buku Fiqh keutamaan, tajuk "Kacaunya Timbangan Prioritas pada Umat"]
"“Setiap orang Islam yang belum mencapai tahap pakar dalam meneliti dalil-dalil hukum furuk, hendaklah dia mengikut mana-mana imam dari imam-imam dalam agama. Dikala dia mengikut seseorang imam, elok seboleh mungkin dia mengetahui dalil-dalil (yang digunakan oleh imam ikutannya). (Dalam pada itu) dia boleh menerima setiap bimbingan (imam lain) yang disertai dengan dalil sekiranya jelas padanya kebaikan dan kemampuan imam yang mengemukakan bimbingan tersebut. Sekiranya dia dari kalangan ahli (pengkhususan) ilmu (agama), hendaklah dia menyempurnakan mana-mana kekurangan ilmu dalam dirinya sehinggalah dia mencapai tahap pakar ”
[Asas ke-7 daripada usul 20]
keutamaan tanggungjawab kita sebagai pendakwah dan pelajar juga ada diterangkan dalam buku bertajuk "Jalan Dakwah" hasil tulisan Al-ustadz Mustafa Masyur dalam bab ke 17 dan 18 yang bertajuk "Perbaiki dirimu dan seluruh orang lain"
Akhir kata, keutamaan kita sebagai pelajar atau pendakwah bergantung kepada keadaan dan waktu. Tapi beringatlah, ketika kita sedang menjalankan tugas kita sebagai seorang pelajar, jangan sesekali kita menghentikan tanggungjawab kita dalam islah dan dakwah.
"(77) Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."
[al-Qasas, 77]
[39]Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; [40]Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak); [41]Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna; [42]Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara); [43]Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
[An-Najm, 53:39-43]
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolonganAllah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)." [Al-Baqarah, 2:214]
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yangterdayaolehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya,dan ia juga menanggung dosakejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami !Janganlah Engkau bebankankepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yangkami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, danberilah rahmat kepada kami.Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"." [Al-Baqarah, 2: 286]
mulanya aku sedih; sedih atas keputusan peperiksaanku
kemudian aku bingung; bingung kerna akulah yang akan menjadi punca kepada kehancuran sebuah harapan
maka aku risau; risau kerna merasakan masa depan yang makin malap
akhirnya aku sedar; aku sedar dan redha bahwa semua yang berlaku adalah ketentuan Ilahi
dan aku akui; aku akui hasil yang aku dapat setimpal dengan apa yang telah aku usahakan
aku semakin yakin; yakin bahwa Engkau tidak akan menzalimi hamba-Mu; kerna aku yakin bahwa Engkaulah yang maha Adil dan Engkaulah juga yang maha Mengadili