Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Thursday, June 19, 2008

Tenggelam di lautan dunia...

salam,
terlalu banyak rasanya masa yang terbuang, sehinggakan masa tidur pun tidak mencukupi.
terlalu lalai dengan hal-hal duniawi. merasakan diri ini berhenti melangkah dan menoleh kebelakang dari jalan kebenaran. Hilang tumpuan dalam melakukan ibadah, perasaan tenang selepas solat sukar dicapai. Semua ini kerana nafsu. Nafsu untuk berhibur. Mengapa ada yang sanggup memaksa diri mencelikkan mata di pagi buta hanya untuk melihat perlawan bola? Sedangkan adalah jauh lebih baik jika waktu itu digunakan untuk berjumpa dengan tuhan?
Manusia memang cepat lalai dengan dunia hiburan...

Tapi beberapa hari lepas, aku merasakan diri ini telah ditegur. Ditegur semasa ingin memenuhi nafsu tidur. waktu itu, kelas tamat pada awal pagi, dan aku dengan sahabat serumah terus balik kerana ada yang mengantuk. sampai dirumah, terus baring diatas tilam. Terasa bosan berbaring kosong, teringat ada sahabat yang menyimpan banyak movie-movie yang katanya 'sedap' untuk ditonton. Jadi, aku terus bangun, dan transfer salah satu daripada berbelas-belas movie yang ada. Jam telah melepasi pukul satu setelah habis movie tersebut aku tonton. Terasa ngantuk, langsung melupakan waktu zohor sangat hampir. Aku berhasrat untuk tidur. Baru saja melelapkan mata, software athan melaungkan azan ke telinga melalui headphone yang masih dipakai. Tangan aku cepat saja mencapai touchpad dan menutup application window athan tersebut. Perkara yang selalu dibuat, padahal software athan itu diinstall untuk tujuan mengingatkan diri. Astargfirullah....
Walaupun window application ditutup, athan tetap berterusan. Muncul perasaan negatif dari hati kerana tidur diganggu. Tiba-tiba, perasaan bersalah menguasai diri. Aku berfikir sejenak, apakah perasaan ini?, mengapa setiap kali software ini melaungkan athan aku tutup? kemudian, baru aku sedar, nafsu dan syaitan telah menguasai diri. Air mata terus berlinang apabila sedar kesalahan diri, dan terus bangun menunaikan kewajipan.

Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah pernah bersabda;

diantara (tanda) kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tak berguna baginya."

Itulah perangai manusia, sering meminta pertolongan dari Allah, memohon hidayah, berdoa agar tergolong dalam golongan beriman, tetapi apabila Allah memberi pertolongan-Nya, manusia mengabaikkannya secara sengaja atau tidak. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha pengampun. Buatlah ibadah dan segala kebaikan ikhlas kepada-Nya, dan bukan atas dasar ingin menunjuk-nunjuk. Solatlah sebaik-baiknya bukan kerana orang sekeliling sedang melihat, tetapi kerana Allah yang maha melihat sedang memerhatikan.

Ali bin Abi Talib r.a. berkata:
“Tanda orang yang riyaa’ itu ada empat iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas jika di hadapan orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan menguranginya jika dicela


Tetapkanlah pendirian kita, jangan berlaku riyaa'. Bersamalah kita beriman kepada-Nya. Bertaubatlah sementara masih ada kesempatan hidup di dunia, Sesungguhnya Allah maha pengampun. Sebaik-baik taubat adalah pemuda yang bertaubat.

Anas ra. berkata , Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman ;

"Wahai anak Adam selama engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, nescaya Akku ampuni segala dosamu yang telah lalu dan Aku tidak pedulikan lagi.

Wahai anak Adam jikalau dosamu membumbung setinggi langit lalu engkau minta ampunan-Ku, pasti engkau Ku-ampuni.

Wahai anak Adam andai engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku sedikit pun, pasti Aku mendatangimu dengan ampunan sepenuh bumi pula."
-hadith riwayat Tirmidzi-


Sama-samalah kita renung-renungkan kesalahan yang sering kita lakukan sama ada sengaja atau tidak. dan moga Allah mengampunkannya, ameen....

Thursday, June 5, 2008

I'm wasting my time!!

Salam,

huh, this sem had been my worst sem in terms of academic. I don even do revision on my own for the 1st 2 weeks. i've been to relax, as this sem i only need to concentrate on one subject, that is math. every day class start at 8 am, sometimes at 10, and class end at 12:30, after class went lunch with friends, and when i got back home, either i'm gone to sleep or play computer game for hours.

Then i continue playing games at night. I always stayed up till 4am doin nothing. nothing means no study, revision,or anything that benefits me. Stayed up so late just to play games, or watching movie.

After some times then i realize, i'm wasting my time, and i starts to improve my daily routine, less game, less movie, less surfing internet. More reading, more study and try to understand my own religion more.

mmg banyak sangat masa terbuang, mmg ak tak hargai nikmat masa yang diberi. ak slalu sedar dan nak elakkan dari perangai buang masa ni, tapi sampai masa, ak lalai lagi.
mmg slalu sangat ak lalai kebelakangan ni, semayang pun slalu lewat, tak dapat beri tumpuan penuh masa solat, banyak sangat bende yang difikir or kosong sangat sbb takde pape nak wat??

ak ajak kawan ak yang ak, ntuk dapat pointer cemerlang sem ni sbb sem ni ade math je yang perlu dirisaukan, (english ngan it leh handle kot?? hehe), sbb ak risau ngn diorang, ak risau nanti ade yang mungkin tak leps, dan perlu repeat, (ak doakan ni tak kan jadi, ameen..) , tapi ak tak fikir pasal diri sendiri.
mcm ak kate atas td, ak sedar yang ak banyak sangat buang masa, markah quiz ak mmg tidak langsung memuaskan hati. ak ade usaha tuk memperbaiki kelemahan ni, tapi slalunya gagal, mmg btul, istiqamah adalah mustahil. Tapi ak tetap akan cuba.
Jom. kali ni sesama kita memperbaiki kelemahan diri kita, dari pelbagai segi, jangan tumpukan pada luaran kita sahaja, tapi jugak dalaman. jgn biarkan kelemahan kita, sbb ia akan menghantui kita di masa depan. pastikan hari esok kita adalah lebih baik daripada hari ini dan hari yang sebelumnya. Sentiasalah ingat Tuhan, sbb dengan mengingati-Nya, semangat tuk berjuang kearah-Nya akan bertambah.

ps/ hehe ak tak biasa skema2 ni, tk tau la ape yang cube ak sampaikn, tp, inilah yang sedang berlaku dan bermain di fikiran ak

Monday, June 2, 2008

Peringatan...

Salam... ni ada skit bende yang nak ak nak kongsi, mv bawah ni ak 1st time tngk mase forum tak lame dlu. agak menarik. try tngk.



amacam? hehe

ni ade beberapa lagi yang ak jumpe kat intrnet. and ak rasa patut dikongsi bersama.

  • · “Barang siapa bersolat tepat pada waktunya dan melengkapkan rukuknya, sujudnya dan khusyuk, maka solat itupun naik ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang. Solat itu berkata: “Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (menyempurnakan rukun solat itu). Tetapi barang siapa yang bersolat tidak dalam waktunya yang ditentukan dan tidak pula menyempurnakan wuduknya serta tidak pula melengkapkan rukuk, sujudnya dan tanpa khusyuk sama sekali, maka solat itupun naiklah ke atas dalam keadaan hitam kelam sambil berkata: “Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku. Selanjutnya setelah solat itu berada di suatu tempat seperti dikehendaki Allah, iapun lalu dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak rabak kemudian dipukulkanlah kepada mukanya.” (Hadis riwayat Thabrani dan Baihaqi)

  • Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

    Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis.

    (Riwayat at-Tabrani)

  • Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

    Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.
    (Riwayat Al-Tabrani)

  • Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.

    -riwayat muslim-

  • Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: ”Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”Â
    (Riwayat at-Tirmidzi)

  • Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

    Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.
    (Riwayat al-Bazzar)

Monday, May 26, 2008

Sejarah yang tak ingin diulangi...

Salam... entah naper malam ni tak dapt nak melelapkan mata yang dah berat ni. patutnyer leh tido ngan nyenyak sbb petang semalam ak travel g kl jumpe kakak. lagi lame tunggu bas dari jumpe ngan kakak. huh....
Tak dapat tido nyer kes, ak pun singgah2 la kat blog sahabat cucms, niat nak visit 2 orang je ( ade add diorang) pastu leh tervisit lebih lak.hehe sbb dkat page diorang ade link. so bace la ape yang diorang sumr tulis. Fuh!!, ayat sumer pawer sih! trasa rendah diri tramat. dengan ayat2 masyuk, insaf ak jadinya. terbaik.
Trasa rendah hati tu mungkin sbb jurang antara ilmu diorang ngan ilmu yang ada di dada ak ni trlalu besar... dan ade la skit merasakan jurng antara iman pun camtu. Tapi baru mlm sbtu tu ade sahabat ak memberitau ak " ....bkan sbb ketinggian ilmu, tapi iman.." lega skit hati ak... mlm sabtu tu ade ceramah dari ustat luar dan ade la minoriti yang komplain pasal ceramah tu banyak sangat tu la... boring la... dan lain2 (sori eh, hehe, sape makan gule die trasa manis) hinggakan ade yang kluar awl. Tp ak rasa ceramah tu masyuk gile, ak lawan habis2 perasaan ngantuk ak (menguap punye la banyak kali), ak ingatkan diorang komplain sbb diorang dah tau ape yang diceritakan & disampaikan sbb ilmu diorang dah tinggi so, ak yang kebanyakan kisah zaman2 agung islam mmg hampir "gagal" trasa la menarik sbb 1st time dnga.

Lepas baca blog kwn2 cucms tadi, ntah nape ak tringat balik zaman ak sekolah menengah ngan mase ak blaja kat P.pinang ( sebelum ni ak ade blaja kat seberang perai, kat ACMS, tapi gagal)
huh, mase tu ak nyer fikiran, mentaliti dan banyak lagi, ak rasa jauh kalo dibandingkan dgn ak skarang. syukur alhamdulillah, sbb ak dihantar ke cni,ak merasakan diri ak mengalami perubahan dan mungkin inilah hikmahnya ak gagal sebelum ni. dan ak harap ini cuma lah sebahagian daripada hikmah tu. Sejarah ak sbelum datang cucms ni, fuh, mmg ak rasa ak tergolong dlam golongan yang fasik, dan bile ak fikir balik , ak hidup mcm orng ynag bkn islam.

mase skolah menengah tu ak dah cukup truk, ak semayang 2-3 kali sehari, dan jarang ak dapat sempurnakan kewajipan tersebut. dan masa ak kat p.pinang, lagi dasyat, mungkin sbb ak sorang je orang melayu dlm intake ak, dan kitorang hampir langsung tak bergaul ngan senior. ak ikut cara diorang hidup, cara diorang bergaul sehinggakan sampai satu tahap walaupun ak terdengar azan dan lalu didpan surau, mase jalan ngan kawn ak, walaupun ternmapak senior ak knal muke, ak rasa malu dgn kawan ak tu, tapi masyaallah, tak terdetik langsung dihati ak nak semayang. subahanallah...... skrang ak trasa sgt bersalah, dan perasaan tu tak henti2 menghantui ak, dan ak takut bila ak terfikir dosa2 ak. ak btul2 nyesal... tak sangka ak sanggup buat camtu kepda Dia yang mencipta ak, dan sekalial alam....dan ak tlah memberikan syaitan kemenangan terhadap ak.....
Syukur ak dah brubah ats dorongan dan pengaruh kawan di cni, ats doa ibubapa, dn Allah, yang memberi ak kesedaran ini... Ak sangt2 gembira, dan syukur dngan apa yang ak ada.
Tapi walaupun ak dah dibagi kesedaran, banyak lagi halangan yang perlu diharungi, ak masih lagi kdang2 lalai dgn hal dunia, melakukan perkara2 yang dilarang secara sengaja @ x sengaja. mmg jelas lah syaitan tidak pernah berputus asa dlm usaha mereka menyesatkan kita.
kwn ak berpesan dgn ak
" Iman itu bukanlah angan-angan ataupun cita-cita, tetapi apa yang tertanam didalam hati dan dibuktikan dengan amalan"

hm..... itu jer kot kali ni, akhir kata, apa2 yang baik tu datangnya dari Allah, dan ape2 yang selainnya datang dari ak.

"Allah pelindung orang2 yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang2 yang kafir, pelindung-pelindungya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan. mereka itulah penghuni neraka;mereka kekal didalamnya" -Al baqarah, 257-




ps/- ak takde niat nak kate yang ak ni tergolong dalam golongan yg beriman, ak cume berdoa ak tergolong dalm golongan ini, dan ak harap korang pun bgtu.

Saturday, May 24, 2008

Kau Sahabatku...

Salam... blog kali ni pun dalam bm, hehe per leh buat, yang kene ngene ngan agama ni ssh nak tulis dlm bi. yer la tak power cam korang(pembaca tupun kalo ade yang membaca).
Baru sekejap tadi ak mengahadiri majlis ilmu, ade ceramah skit dari ustat luar cucms. Huh, ak syukur la ak hadir kali ni, sbb cara ustat tu ceramah mmg tak ngantuk ngan menarik. bg ak la,mungkin sbb ak tak tau banyak kisah zaman2 rasulullah s.a.w dan yang sewaktu dgnnya. ni gak antara sebb ak ade perasaan cam "iri hati" ngan bekas2 pelajar skolah agama, sbb diorang(yg ak kenal) sumer tau memacam kisah, hafal banyak surah, hadith dan faham ape yang diorang hafal dan yang paling ak tak leh tahan kalo diorang tlg ak terjemah ape yang ak tanye dalam quran. Fuh! respect giler kat diorang. hehe.
mase ceramah tadi ade citer pasal pengorbanan umat2 islam mase dlu2, btpa kuatnya iman diorang sampai sanggup mati mengaku islam. ade gak kisah Bilal b Rabah, Khadijah, ngan banyak lagi ah, mmg kish2 tu memberikan kesedaran.
Ustat tu pun ade bagi ceramah pasal ukhwah antara kita. Huh, mmg ak rasa agak sebak la pikr balik ape yang ak dah buat kat kawan ak(korang la....) , sbb ak tringat balik mmg ak ade buat dosa kat kekawan, mcm tak tepati janji, cakap buruk kat blakang, hutang tak byr2, bersangka buruk ngan kadang2 mempergunakan kawan. Kire mcm tak ikhlas berkawan.

mlm tadi(ni dah pagi) , ak refleks diri balik. btulkan tujuan berkawan, kwan kerna tuhan, bukan kerna kawan tu bleh tolong ak, bukan kerna kawn tu ade banyak harta, kwn tu ade kenal orang yang "menarik", bukan kerna rupa paras fizikal die. Ak tringat, ak ade terbaca satu hadith yang berbunyi
'Tidak ada dosa yang paling wajar disegerakan oleh Allah akan seksanya kepada perlakunya didunia ini daripada pemutus silaturahim'

so, jgn la kita dgn sesenang hati putuskan silaturahim yang sdah ada. sbb "tidak akan susah orang yang ramai kawan"- Al-hakim



cube kita soalkan dri kita, sejauh mana kita mengenal sahabat kita? sejauh mana kita mempercayai mereka? sejauh mana tanggapan kita terhadap peribadinya ? dan apakah usaha kita memprkukuhkan lagi silaturahim yang sedia ada?

ni antara bende yang ak blaja malam tadi, ak nak kongsi ngan korang.

usaha menguatkan ikatan ukhwah mengikut sunnah

  • solat berjemaah
  • tadarus/halaqah/usrah
  • Makan berjemaah
  • Ikhlas berukhwah
  • ziarah/rehlah/riadah
  • Musyawarah
  • Beri salam
  • Senyum
  • beri hadiah/ sedekah
  • doa....
So dalam apa2 kes , "Berjemaah itu lebih berkat" (riwayat muslim) . hehehe. :)
And aku mintak maaf bebanyak kalo aku ade terbuat salah kat korang(sahabat ku) ...