Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Thursday, September 18, 2008

Lekas!!

Salam....

Ramadhan...
kami gembira akan kehadiranmu
kami sedih akan permergianmu
kaulah bulan yang termulia
bulan untuk kami tarbiyah diri
bulan untuk kami sedar diri
melipatkaliganda pahala kami
Ya Allah...
Terimalah amal ibadah kami
Terimalah taubat dari kesalahan kami
Terangilah hati kami dengan cahaya-Mu
berkahilah, rahmatilah kami di bulan ini
agar kami lebih beriman
agar kami lebih bertaqwa
agar kami, tidak hanya bergelar seorang muslim
Ameen....

Sedar tak sedar. Ramadhan dah tinggal lagi 11 hari. Kita sedang menghampiri 1/3 akhir ramadhan. Dimana Rasulullah s.a.w. selama 10 hari ini meninggalkan segala urusan baginda, termasuk keluarga baginda untuk beri'tikaf di masjid. Dan apabila baginda hampir dengan kewafatan, baginda menggandakan bilangan hari kepada 20 hari terakhir ramadhan.

MasyaAllah.....
Seorang yang telah dijanjikan Allah ampunan dosanya sebelum dan selepas.
Seorang yang telah dijanjikan Allah syurga termulia.
Tapi masih lagi beribadah, beramal, dan takut kepada balasan Allah s.w.t.
apabila ditanyakan, Baginda menjawab " Salahkah seseorang hamba Allah itu bersyukur?"


Mari kita menambahkan lagi amal ibadah kita,
mengejar malam lailatul qadar,
dan menjauhikan diri dari hal2 dunia yang tidak bermanfaat kepada kita.
Jangan beri alasan kepada diri sendiri.
Kita tahu bahawa membaca Quran itu menenangkan, Solat itu merehatkan,
zikir itu menginsafkan.

Mari, letakkan letakkan akhirat di hati dan dunia di tangan.

segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala yang buruk itu datangnya dari kita sendiri. Allahulam...

No comments: