Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Thursday, October 2, 2008

Salam Aidilfitri

Alhamdulillah.... Alhamdulillah....Alhamdulillah....
Syukur kepada Allah ya Rahman ya Rahim kerna menghadiahkan mereka yang "menang" dlam berpuasa di Ramadhan.

Hampa.... Sedih... Menyesal.... inilah kata-kata yang patut kita lemparkan kepada diri kita sendiri atas pemergian Ramadhan kecuali bagi mereka yang benar-benar pasti bahawa diri mereka telah beribadah secukup dan sebaik mungkin yakni tanpa lalai.

Sedangkan even Rasulullah dan para sahabat baginda tangisi pemergian Ramadhan, kerna merasakan diri mereka belum bersedia untuk meninggalkan Ramadhan. Kerna merasakan ibadah mereka pd bulan penuh kerberkatan, dan pengampunan ini blum mencukupi. Mereka merasa diri mereka sangat rugi.

Begitulah Rasul dan para sahabat, generasi kitab Quran pertama. Zaman dimana Islam yang digenggam erat mereka suci daripada bida'ah. Di mana tanpa keraguan Iman mereka jauh lebih hebat daripada kita.

Jadi adakah patut kita berasa gembira Ramadhan tlah berakhir? Jika jawapan diantara kita tetap "Ya" , ketahuilah balasannya apabila tiba waktunya masa kita yang berakhir.

Eh?? hehe. Ak terpesong jap dari tajuk... sory zahir and batin.. :)

Hm... raya taun ni tak semeriah taun lepas. sbb taun lepas dah balik kampung (nun di lawas..), so taun ni masing2 keluarga dan saudara-mara beraya di kampung masing2 (kampung belah suami@ isteri keluarga tu),
jap.... sensi skit ngan perkataan MARA ni....nape kau tolak pemohonanku.....? isk3.... hehe
taun ni tak banyak family raya kat Kuching ni, ade famili raya kat lawas(major), sibu, miri, tanah semenanjung(ade pakcik@makcik kawin orng semenanjung)... walau under famili yang agak besar (nenek bagi lahir kat 18 ke 20 org anak, x ingat plak, tp 2 tak survive....innalillah), jadi tak hairanlah ak tak ingat sumer name pakcikk/makcik ak. apetah lagi nak ingat dlam susunan.... rase mcm blaja sejarah plak....

Geli gak hati tngk suasana menjelang raya kat kawasan rumah/kampung ak ni.
  • ramai je tak kesah tue mude dok duduk kat tepi jalan sambil mengibarkan "bladder" basikan ngan motosikal (diorang buat service tuka bladder kat tpi jalan) dlm usaha diorang mengumpul duit raya. antara tmpt yang paling biasa jadi mangsa ialah stesen bas...
    Dasyat diorang ni, siap ade lampu kelip yang mcm polis buat roadblock tuk menarik perhatian orang...
  • sesi jual beli mercun di rumah kuning (sbb rumah tu dlu warna kuning, tp skarang dah tuka kaler...)
  • orang sumer cbuk cat rumah, masak lemang, baiki atap, potong rumput, pasang pelita. (biasa la orang kita, ske je buat keje last minute. "cpat! esok luse dah nak raye oi...." . Ni antara dialog kegemaran)
  • semangat bdak2 kampung, (dah praktis jalan ramai2. haha.tak bleh blah)
Tapi yang sedihnya.....
  • bilangan orang kat surau lepas isya' berkurang (harap diorang semayang kat rumah la..)
  • ade je imam yang percepatkan bacaan sbb nak cpat bagi abis (tp, yerla, janganla cpt sangat, sampai ade je makmum tak sempat amik mood..)
  • remaja2 ronda2/lepak2 dgn moto@keta dgn alasan kononnya menyambut raya.
  • Bunyi dentuman mercun yang hampir non-stop sampai jam 3-4 pagi. (main tu takpe la... tp tak leh ke tunggu malam lepas raye ke, sbb bunyi mercun tu menenggelamkan takbir raya dr surau2.
  • syarikat talian hanpon busy, sampai ade je umat manusia tak dpat nak anta msg. (tak pun bagi la skit diskaun, bleh msg banyak skit. hehe)
lebih kurang cmtu la suasana di kampung ak, korang cmne? citer skit. hehe nak gak tau suasana kampung lain.

Lastly, untuk peringatan sesama kita. Jangan terlalu gembira menyambut raya sampai tenggelam kembali iman yang dibina waktu Ramadhan. Jangan leka, dan jangan pulak kita tanamkan niat di hati kita ini pergi beraya ke rumah sedara untuk dptkan duit raya, tapi untk mengeratkan tali silaturahim...
sejujurnya, ak tlah lalai di hari pertama....astaghfirullah hal azeem....

segala yang baik itu datang nya dari Allah s.w.t, manakala yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri....

No comments: