Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Thursday, December 11, 2008

Pengajaran dari dialog: Inikah Kita?

Situasi 1 : Buang sampah

Remaja A: Eh, nape ko buang sampah keluar kenderaan?

Remaja B: Ala... rilek la, sampah kecik pun.. kurang2nyer ade gak kerje untuk tukang sapu sampah tu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Situasi 2: Parking kereta

Remaja A: Eh, takper ke kite parking cni? line kuning tu...

Remaja B: Ala... kejap je, bukan lame pun, kite pg minum petang je. takdernye polis nak saman2 kat cni. jom.

kembalinya dari minum petang...

Remaja B: Huih!! polis ***** mane yang saman keta aku ni!?, Saje je polis ni saman aku, tgh takde duit la tu. Slalu orang parking sini takde kene saman pun.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Situasi 3: Tepati waktu

Remaja A: tak bolehke korang ni datang ke kelas awal skit? menganggu kelas je.

Remaja B: ....(buat-buat tak dengar)

Selepas beredarnya remaja A...

Remaja B: eh, C. poyo jer si B tu kan? Ape je beza sangat datang awal dengan datang lewat skit. miss introduction je pun, bukan isi penting.

Remaja C: Ntah, bukan salah kita pun, nape perlu hentikan kelas nak tunggu kita masuk duduk? teruskanlah jer kelas. salah lecturer la. saje je nak hentikan kelas, nak bagi student lain tngk muke kite, nak malukan kite la tu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Situasi 4: meminta-minta

Remaja A: Eh, beg duit penuh nampak? dapat la belanja aku minum masa lunch nanti...

Remaja B: boleh... untuk ko, takder hal lah.

Di kaunter pembayaran...

Remaja A: eh, B, ke...ko nak belanja aku makan sekali? aku makan skit jer tadi, bukan slalu ko blanja aku....

Remaja B: hm...yerlah2.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang....

Pernah bukan antum sumer mengalami atau berdepan dengan situasi-situasi diatas? atau situasi2 yang hampir sama keadaanya? Sedih bukan? mungkin juga ada yang geram melihatnya. Sakitnya hati bagai ditusuk pisau2 yang tajam bila berhadapan dengan situasi sebegini, terutama bila melibatkan mereka yang seakidah dengan kita.

"rilek la..peraturan dunia je.. bukan peraturan Tuhan pun.."

panas sungguh telinga mendengarkan kata2 sebegitu keluar dari mulutnya yang pernah melafazkan kalimat syahadah.

Cuba bayangkan,perasaan si tukang sapu sampah melihat tiada sampah untuk di sapu di satu daripada 5 tingkat di sebuah banggunan yang selalu dikunjungi manusia. mungkin dalam hati kecilnya berkata "huh...kurang sikit kerja aku harini, kurang sikit pandangan yang memandang aku dengan penuh kehinaan yang perlu aku hadapi hari ni.. Alhamdulillah..."

Cuba bayangkan, seseorang sedang memandu, tiba2 perjalanannya yang lancar bertukar sesak, sakit telinganya mendengarkan bunyi hon. Walaupun hairan mengapa pemandu kereta yang berada di hadapan membunyikan hon. Si pemandu cuba bersikap optimis. hati kecilnya berkata " mungkin ada accident kot kat depan, innalillah...astaghfirullah...". Rupa2 nya, kesesakan lalu lintas tadi disebabkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang meletakkan kenderannya di tepi jalan...

Cuba bayangkan, apakah perasaan seorang guru jika kelas nya perlu dilewatkan atau tergendala kerana terdapat pelajar yang lewat masuk kelas sedang terhegeh2 mencari tempat duduk. Bukankah kita diperintahkan untuk menjaga hati para ilmuan?

Dan bukankah Allah dan rasulNya telah melarang kita daripada bersikap meminta2 dikala kita mampu?

Cetek sungguh fikiran mereka ini.
tidakkah mereka sedar, bahawa mereka sedang mengkotori maruah agama? apakah kesan2 perbuatan mereka kepada orang lain? bahkan mungkin ada juga yang tidak menyedari bahawa mereka sedang menzalimi diri sendiri.

Ya, sememangnya fitrah manusia itu pelupa, tapi bila datang kebenaran dihadapan mata, mereka menolaknya, dan mengatakan merekalah yang benar.

Dukacitanya, ada dikalangan kita yang tinggi ilmu pengetahuannya bersikap seperti remaja A. Dan mereka yang jahil bertanya seperti remaja B....

Adakah kita hanya Islam sewaktu kita berdakwah?

Bersama kita berdoa agar tidak tergolong dalam golongan masyarakat sebegini...

Allahualam...


ps/ sungguh, ana terasa seperti tidak layak untuk menulis post kali ini. Tapi inilah kebenarannya. JOM, KITA MAJU KEHADAPAN DALAM MENDAPATKAN REDHA ILAHI!.

sgala yang baik itu dari Allah dan selainnya dari diri kita sendiri, Akuilah.

5 comments:

Anonymous said...

betul2.seharusnya kita sedar siapa kita,dari mana asal kita dan ke mana kita akan kembali.fitrah manusia sukakan bnd yg baik,sedap mata memandang,dan segala yg +ve.tapi adakalanya sesetengah perkara/sikap jadi penghalang ke arah kebaikan tu.i.e ego dsb.

berusahalah dalam membaiki mana-mana perkara yang tak sedap mata memandang,telinga mendengar,dan hati utk menerima.

memang susah sebab ada yang memang keras kepala;semua benda aku yang betul.tapi jgn risau,manusia macam ni tak ke mana pun.doakan moga-moga semua beroleh berkat dan petunjuk.

Azlin Halim said...

iye..lebih menyakitkan hati jika yang melakukan kesalahan2 yg diberi nama 'undang-undang dunia' itu adalah org yang bukan sahaja beragama Islam..bahkan FAHAM tentang Islam..
bukankah menjaga hak saudara seagama itu juga adalah salah satu perkara yang dituntut dalam agama..

"Dari Annas r.a, dari Nabi s.a.w bernah bersabda,maksudnya: Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

semoga kita semua sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmatNya..dan diterangi hati dengan hidayah2Nya..

Noor Shaafi Haziq b Musa said...

Assalamualaikum...

Trimas atas komens

Anonymous..
I'Allah ana akan cube. Kamu pun kene jugak. :)

Hm... "manusia yang tak kemana" tu lah yang ana risaukan. JIka kita sedar bahwa mereka berlaku tidak adil, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkannya,

Rasulullah bersabda:
"B/siapa diantara kamu yg melihat kemungkaran, hendaklah merubahnya dengan tangannya, jika ia tidak sanggup, maka dgn lidahnya, dan jika tidak sanggup juga, maka dgn hatinya, demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (riwayat imam muslim).

believer...
setuju.. kerna itulah kita kene bersabar dalam menasihatkan mereka kearah kebaikan..

Tapi kita kene ingat, tugas kita hanya menyampaikan pesanan, bukan memaksa.
Allahualam...
:)

Anonymous said...

by author:Hm... "manusia yang tak kemana" tu lah yang ana risaukan. JIka kita sedar bahwa mereka berlaku tidak adil, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkannya,

anonymous:sbb itulah sy berpesan supaya...

berusahalah dalam membaiki mana-mana perkara yang tak sedap mata memandang,telinga mendengar,dan hati utk menerima.

maybe ada slh fhm dlm membaca ni.

sekian,wslm.

Noor Shaafi Haziq b Musa said...

:), memang jelas2 ana slah faham. hehe. sory2.
xpe2, moga2 kita dapat pengajaran dariNya. :) thanks.