Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Sunday, November 9, 2008

1,2,3, wamy!!!....:)

Salamun alaik.

"wamy!!!"...laungan inilah menandakan selesainya muqayam kami di gunung angsi(N9) semasa sesi foto beramai-ramai.

boleh kata banyak pengalaman yang ana dapat dari aktiviti ini. Dan ana sungguh gembira kerana berjaya menemukan sahabat2 baru dari universitas-universitas lain. hehe.

bermula dengan perjalanan dari serdang (tmpt tu dah mcm markas tuk wamy), kami berkonvoi musafir ke gunung angsi dan sampai ke destinasi jam 8.00

walau keadaan tanah yang licin, becak, kami berjaya menawan gunung tu. Dan disetiap check point ada sedikit pengisian dari tazkirah ringkas.

malam tu rasanya adalah kali pertama ana berkhemah ditgh hutan dan bergilir-gilir menjaga kem. Mcm-mcm bunyi kedengaran, dan terkadang terasa chuak bila ana menyuluhkan lampu ke pokok-pokok.

Muqayam kali ini menyedarkan ana tentang betapa Allah menyayangi hamba-Nya. Allah memberi kemudahan kepada hambanya yang bermusafir, dan dlm keadaan darurat.
menjama'qasarkan solat, tayammum.

Alhamdulillah Allah menerangi hati ana untuk menyertai muqayam ni. Subhanallah.

segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang selainnya dari diri kita sendiri. sedarlah

No comments: