Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Friday, November 14, 2008

Nikmat-Mu..

Minggu lepas, kumpulan ana, M01 ade pergi buat lawatan tuk kelas CHET. Lawatan kitorang kali ni dkat Persatuan Orang Pekak Malaysia, Dengkil.

Kat situ, kami diarahkan menuggu di dalam sebuah bilik untuk presentation oleh puan pengerusi.
Selang beberapa masa, dua wanita masuk ke dlam bilik, seorangnya duduk dan seorang lagi berdiri di depan kami. Kemudian dia mengerak-gerakkan tangannya dan membuat mimik2 muka yang aneh. Masyaallah, rupanya pengerusi tmpt itu seorang pekak sejak lahir. bahkan semua pekerja disitu pekak.

Sepanjang presentation tu, ntah mengapa ana berasa sebak didada. Trutama bila dia menceritakan pengalamnya, dan bagaimana pandangan orang ramai terhadap mereka yang pekak.

Ana melihat hati mereka begitu bersih, menyapa kami penuh senyuman. Tidak ternmpak walau seorang daripada mereka memasamkan muka atau merasakan kehadiran kami suatu yang menyusahkan.

Lihatlah, betapa mereka redha akan keputusan Allah, hati mereka bersih kerana Allah menutup telinga mereka dari mendengar segala hiburan, dusta serta tomahan caci dari sekalian manusia.
bagi mereka, hiburan hanyalah vibration yang dihasilkan oleh bunyi yang boleh dirasakan melalui sentuhan.

Sesetengah dari kita, langsung tidak mensyukuri nikmat pendengaran yang diberi. mendekatkan telinga kearah perkataan dusta, hiburan berlebihan, dan gossip yang tiada penyudahnya. Menjauhkan telinga dari mendengar bacaan ayat quran, laungan azan, dan pesanan ilmu dari para guru.

Ana tersedar lagi, Allah tidak hanya memberikan ana nikmat mendengar, bagaimana dengan nikmat melihat? berfikir? berjalan? hidup dan islam?. Astaghfirullah.... bila difikirkan balik, begitu bnyak bilangan sehingga tidk terkira ana telah mengkufuri nikmat yang telah diberi oleh-Nya. segala nikmat yang diberi untuk kita supaya menjalankan arahanNya, lain pula yang dilakukan oleh kita. malah kita melakukan apa yang ditegah-Nya dengan nikmat2 yang diberi oleh-Nya.

Sedarlah kita akan kesalahan kita.Akuilah,
Jangan menipu sendiri dengan alasan. Akuilah
Adakah kau lupa, bahwa Allah maha mendengar, maha melihat lagi maha mengetahui?

Segala yang baik itu dari Allah dan yang selainnya dari diri kita sendiri. sedarlah

No comments: