Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Thursday, October 2, 2008

Salam Aidilfitri

Alhamdulillah.... Alhamdulillah....Alhamdulillah....
Syukur kepada Allah ya Rahman ya Rahim kerna menghadiahkan mereka yang "menang" dlam berpuasa di Ramadhan.

Hampa.... Sedih... Menyesal.... inilah kata-kata yang patut kita lemparkan kepada diri kita sendiri atas pemergian Ramadhan kecuali bagi mereka yang benar-benar pasti bahawa diri mereka telah beribadah secukup dan sebaik mungkin yakni tanpa lalai.

Sedangkan even Rasulullah dan para sahabat baginda tangisi pemergian Ramadhan, kerna merasakan diri mereka belum bersedia untuk meninggalkan Ramadhan. Kerna merasakan ibadah mereka pd bulan penuh kerberkatan, dan pengampunan ini blum mencukupi. Mereka merasa diri mereka sangat rugi.

Begitulah Rasul dan para sahabat, generasi kitab Quran pertama. Zaman dimana Islam yang digenggam erat mereka suci daripada bida'ah. Di mana tanpa keraguan Iman mereka jauh lebih hebat daripada kita.

Jadi adakah patut kita berasa gembira Ramadhan tlah berakhir? Jika jawapan diantara kita tetap "Ya" , ketahuilah balasannya apabila tiba waktunya masa kita yang berakhir.

Eh?? hehe. Ak terpesong jap dari tajuk... sory zahir and batin.. :)

Hm... raya taun ni tak semeriah taun lepas. sbb taun lepas dah balik kampung (nun di lawas..), so taun ni masing2 keluarga dan saudara-mara beraya di kampung masing2 (kampung belah suami@ isteri keluarga tu),
jap.... sensi skit ngan perkataan MARA ni....nape kau tolak pemohonanku.....? isk3.... hehe
taun ni tak banyak family raya kat Kuching ni, ade famili raya kat lawas(major), sibu, miri, tanah semenanjung(ade pakcik@makcik kawin orng semenanjung)... walau under famili yang agak besar (nenek bagi lahir kat 18 ke 20 org anak, x ingat plak, tp 2 tak survive....innalillah), jadi tak hairanlah ak tak ingat sumer name pakcikk/makcik ak. apetah lagi nak ingat dlam susunan.... rase mcm blaja sejarah plak....

Geli gak hati tngk suasana menjelang raya kat kawasan rumah/kampung ak ni.
  • ramai je tak kesah tue mude dok duduk kat tepi jalan sambil mengibarkan "bladder" basikan ngan motosikal (diorang buat service tuka bladder kat tpi jalan) dlm usaha diorang mengumpul duit raya. antara tmpt yang paling biasa jadi mangsa ialah stesen bas...
    Dasyat diorang ni, siap ade lampu kelip yang mcm polis buat roadblock tuk menarik perhatian orang...
  • sesi jual beli mercun di rumah kuning (sbb rumah tu dlu warna kuning, tp skarang dah tuka kaler...)
  • orang sumer cbuk cat rumah, masak lemang, baiki atap, potong rumput, pasang pelita. (biasa la orang kita, ske je buat keje last minute. "cpat! esok luse dah nak raye oi...." . Ni antara dialog kegemaran)
  • semangat bdak2 kampung, (dah praktis jalan ramai2. haha.tak bleh blah)
Tapi yang sedihnya.....
  • bilangan orang kat surau lepas isya' berkurang (harap diorang semayang kat rumah la..)
  • ade je imam yang percepatkan bacaan sbb nak cpat bagi abis (tp, yerla, janganla cpt sangat, sampai ade je makmum tak sempat amik mood..)
  • remaja2 ronda2/lepak2 dgn moto@keta dgn alasan kononnya menyambut raya.
  • Bunyi dentuman mercun yang hampir non-stop sampai jam 3-4 pagi. (main tu takpe la... tp tak leh ke tunggu malam lepas raye ke, sbb bunyi mercun tu menenggelamkan takbir raya dr surau2.
  • syarikat talian hanpon busy, sampai ade je umat manusia tak dpat nak anta msg. (tak pun bagi la skit diskaun, bleh msg banyak skit. hehe)
lebih kurang cmtu la suasana di kampung ak, korang cmne? citer skit. hehe nak gak tau suasana kampung lain.

Lastly, untuk peringatan sesama kita. Jangan terlalu gembira menyambut raya sampai tenggelam kembali iman yang dibina waktu Ramadhan. Jangan leka, dan jangan pulak kita tanamkan niat di hati kita ini pergi beraya ke rumah sedara untuk dptkan duit raya, tapi untk mengeratkan tali silaturahim...
sejujurnya, ak tlah lalai di hari pertama....astaghfirullah hal azeem....

segala yang baik itu datang nya dari Allah s.w.t, manakala yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri....

Monday, September 29, 2008

Daurah Pertama...

salam....
syukur ke hadrat Ilahi ak masih lagi hidup di bulan yang mulia ni. masih dapat menghirup udara yang dah tak berapa segar krna dicemari manusia munafik..( trasa kejap...).
Selawat juga keatas nabi junjungan kita, Muhammad saw. kerna atas usaha baginda kita bebas dari kekufuran dan berpegang kepada ikatan tali yang teguh.

bertarikh 13 ramadhan 1429 hijriyah (13 sept), ak menghadiri program daurah 1st ak. hehe, best gak sbb banyak (hampir sumer kot), ilmu baru yang ak dpat.

Btapa pentingnya kita mempelajari ilmu2 asas islam. haritu kitorang blaja satu daripada asas2 yang dikumpulkn oleh Imam Hassan Al-Banna. Al-Fahmu (faham). nasib baik ade antara housemate ak ade bli buku tu, harap tergerak la hati ni nak membaca nanti.. ameen...

ni antara pic2 yang ak sempat ambik dengan hp yang tak seberapa ni.... hehe (kamera rosak sbb jatuh... cuai tol...)




tempat kami menimba ilmu (pakej 2 hari 1 malam) :)



pintu masuk... (muke2 orang lewat sampai... sisters sume dh rilek2 kat dlam)
banglo (termasuk dlm pakej, hehe)
yang baju hitam tu tak puas hati sbb otomatik jadi ketua rumah.. hehe.

tgh lecture... (tringat mase giliran ak present, ak ketaq skit, hehe, tak biasa ckp dpn audience...
dh tu kene plak ngan asas 'uruf, ak faham tp tak tau mcmmane nak explain, bagi jer la sesape..)
sori kalo presentation ak aritu tak bape elok, or susah nak paham ...:)


Mase kene daurah tu, ak sangat tertarik ngan ape yang Prof Ikram bgtau...
yang maksudnya lebih kurang cmni ( hehe lupe dh ape yang prof ckp), kita kene tau dalil2 untuk ibadah seharian yang kita buat, sampai bila kita nak jadi pak turut je? orang tue suruh sembahyang, kita sembahyang, tngk orang sujud & rukuk dlm masa yang panjang, kita pun ikut je. solat qabliyah ngan ba'diah pun ikut citer orang je.

Imam Malik pernah berkata :
"Sesiapa yang bertasawuf tanpa mempelajari fikah dia menjadi munafik, Sesiapa yang mempelajari fikah tanpa bertasawuf, dia menjadi fasik. Sementara sesiapa yang menghimpunkan kedua-duanya (fikah dan tasawuf), dia telah mencapai hakikat."
(Petikan dari kitab Sairus Salikin)

Jadi, masihkah kita ingin menjadi Pak Turut? yang hanya mengikut kata dan perilaku manusia (yang sentiasa menambah-nolak amal ibadah mengikut nafsu mereka),dan bukan mengikut arahan dari yang Maha Esa dan sunnah Rasul-Nya?

alangkah indahnya kalau program daurah ni lebih kerap....

segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t, dan sgala yang buruk itu datangnya dari diri kita...

Saturday, September 27, 2008

My 3rd tag

1. Seven people to tag.
  • if u feel like u been tagged by me, then u are. hehe
2. Seven things I'm passionate about...
  • to know more about my deen
  • to get A for my next block.
  • having more friends
  • memorize a juzu' (mcm impossible je, but impossible is nothing.. hehe)
  • reading all the book i bought
  • to become a leader
  • to be more in peace. (tenang) hehe
3. Seven things I say TOO often...
  • assalamualaikum!
  • dusta!
  • pongi, hehe
  • bismillah
  • eh?, cmne ni? hm... ? and so on....
  • korang, aku, saya etc...
  • jom, ish3.., adeh, masyuk~~
4. Seven books I've Read recently...
  • ayat2 cinta, (the 1st novel that i read)
  • quran?? (considered book rite? holy BOOK)
  • some book about religion and motivation
  • anat and behavioral science and few others medic book. ( i'm turning into a quite "scematic" lately. hehe)
  • still in progress... hehe
5. Seven songs I can Listen to Again and Again...
  • coldplay
  • lagu nasyid yang bermakna, ( yang menyeru kita ke arah kebaikan)
  • zikir? ( sape la bleh jadi boring dnga ni)
  • classical song, instrumental
  • sory, not much variety in music from me.
  • .......

6. Six Things I learnt in the Past Year...
  • anatomy
  • behavioral science
  • my mistakes
  • how to save money and time (hehe)
  • to be a better person
  • and alot more, just can't recall. :)

saje nak tulis. hehe

Salam...

puasa dah nak abis. sumer dah cbukkan diri pasal raya.
mmg patut pun kita buat preparation untuk raya. tapi jangan plak tertinggal untuk beramal di akhir2 bulan ramadhan ni.

cam sedeyh plak lepas exam aritu, dnga diorang ckp,
"ak balik petang ni" , malam ni, kejap lagi, dan yang sewaktu dngnnya.
sumer dah muke semangat nak balik, nak sambut raya dengan famili yang tercinta.
sedeyh sbb pisah ngan sahabat handai. Oit diri, seminggu je kot?? hehe.
walau baru jumpe 2 bulan, tapi mcm ak dah kenal diorang betaun2, especially yang dari exfoundi, seusrah, serumah. (sentimental jap...) hehe.


kalaulah bleh sumer yang ak kenal berkumpul kat satu tmpt sama2. huh, mesti lagi best nak sambut aidilfitri ni.

adeh, nape takde idea plak nak tulis blog kali ni?? hehe, ari tu membuak2 jer idea. asyik tangguh je. ntah nape kebelakangan ni mcm malas nak main internet, tngk cite, dll. kadang2 mcm terbuang plak masa, (skarang pun ade rase cmtu gak), terasa hati berbisik "baca buku.... tambah amal..... ingat Allah " lagi2 time ramadhan ni.
sbb tiap kali ak bukak jer laptop, terlekat 1,2 jam. dah abis main, rasa bersalah plak.

oh,ade dah satu idea, hehe. psal my 1st raudhah.hm.. tulis kat post lain la. hehe
salam.....
segala yang baik itu dari Allah, dan yang buruk tu dari ak

Thursday, September 18, 2008

Lekas!!

Salam....

Ramadhan...
kami gembira akan kehadiranmu
kami sedih akan permergianmu
kaulah bulan yang termulia
bulan untuk kami tarbiyah diri
bulan untuk kami sedar diri
melipatkaliganda pahala kami
Ya Allah...
Terimalah amal ibadah kami
Terimalah taubat dari kesalahan kami
Terangilah hati kami dengan cahaya-Mu
berkahilah, rahmatilah kami di bulan ini
agar kami lebih beriman
agar kami lebih bertaqwa
agar kami, tidak hanya bergelar seorang muslim
Ameen....

Sedar tak sedar. Ramadhan dah tinggal lagi 11 hari. Kita sedang menghampiri 1/3 akhir ramadhan. Dimana Rasulullah s.a.w. selama 10 hari ini meninggalkan segala urusan baginda, termasuk keluarga baginda untuk beri'tikaf di masjid. Dan apabila baginda hampir dengan kewafatan, baginda menggandakan bilangan hari kepada 20 hari terakhir ramadhan.

MasyaAllah.....
Seorang yang telah dijanjikan Allah ampunan dosanya sebelum dan selepas.
Seorang yang telah dijanjikan Allah syurga termulia.
Tapi masih lagi beribadah, beramal, dan takut kepada balasan Allah s.w.t.
apabila ditanyakan, Baginda menjawab " Salahkah seseorang hamba Allah itu bersyukur?"


Mari kita menambahkan lagi amal ibadah kita,
mengejar malam lailatul qadar,
dan menjauhikan diri dari hal2 dunia yang tidak bermanfaat kepada kita.
Jangan beri alasan kepada diri sendiri.
Kita tahu bahawa membaca Quran itu menenangkan, Solat itu merehatkan,
zikir itu menginsafkan.

Mari, letakkan letakkan akhirat di hati dan dunia di tangan.

segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala yang buruk itu datangnya dari kita sendiri. Allahulam...