Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Thursday, July 31, 2008

Israk Mikraj

Salam
Selawat kepada nabi Junjungan kita,Muhammad s.a.w. hamba Allah yang paling banyak zikirnya dan ibadahnya kepada Allah S.W.T


Pada 27 rejab, berlakunya peristiwa israk mikraj, dimana Rasulullah dibedah dan dibersihkan hatinya dan disucikan kemudiannya dibawa ke masjidil Aqsa, ditemani oleh malaikat Jibril dengan menaiki haiwan yang bernama buraq, peristiwa perjalanan Rasulullah ke masjidil Aqsa dari masjidil Haram, ini disebut sebagai peristiwa israk.

Dan kemudiannya Rasulullah di mikraj kan ke langit ketujuh untuk bertemu dengan Allah s.w.t.
dlm perjalanan menuju ke langit ketujuh. Baginda diganggu oleh suara yang aneh, dan bunyi itu seperti memberi salam. Rasulullah bertanya kepada malaikat jibril suara apakah itu, maka jibril menjawab itu adalah suara jin2 Arifit.
Baginda juga dibawa oleh malaikat Jibril melalui neraka untuk meninjau keadaan penghuni neraka. antara keadaan dan kejadian yang disaksikan oleh Rasulullah adalah:

  • Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah menyaksikan kejadian satu kaum di mana kepala mereka dihantukkan ke batu hingga pecah lalu mereka merasa kesakitan, kesengsaraan dan keperitan. Setelah itu kepala tersebut bercantum semula seperti sedia kala lalu dihantukkan lagi hingga pecah dan perbuatan tersebut berterusan tanpa hentinya. Mereka inilah kumpulan manusia yang semasa hidupnya di dunia lalai dari menunaikan ibadat sembahyang serta mereka ingkar dan melalai-lalaikan suruhan Allah.
  • Baginda melihat orang yang perutnya sebesar rumah iaitu bagi mereka yang memakan riba.
  • Baginda juga melihat manusia yang mulutnya atau bibirnya seperti bibir unta dan dimasukkan bara api. Golongan ini pula adalah mereka yang memakan harta anak yatim.
  • dan banyak lagi....
Peristiwa israk mikraj adalah titik permulaan solat fardhu 5 waktu. dimana Allah s.w.t menurunkan perintah supaya Rasulullah dan pengikutnya untuk menyembah Allah dengan bersolat 50 waktu sehari. Rasulullah menerima arahan Allah seadanya. tetapi apabila Rasulullah dalam perjalanan kembali ke bumi, baginda bertemu dengan nabi Musa a.s. Selepas mendengarkan apa yang diperkatakan oleh Allah kepada Rasulullah, Nabi Musa menasihatkan agar Rasulullah memohon kepada Allah agar meringankan suruhan tersebut kerana khuatir umat manusia tidak larat menunaikan kewajipan tersebut. Maka Rasulullah bersama malaikat Jibril naik semula bertemu dengan Allah dan menyatakan hasrat baginda. Allah merestui permintaan baginda dan mengurangkan sedikit daripada bilangan solat( ada yang mengatakan dikurangkan 10, ada yang mengatakan dikurangkan 5) , sekali lagi Rasulullah menerima keputusan Allah seadanya. Dalam perjalanan balik, baginda bertemu lagi dengan Nabi Musa yang sememangnya terkenal dengan keberanian beliau. Nabi Musa menasihatkan lagi Rasulullah agar meminta agar Allah mengurangkan lagi bilangan solat fardhu tersebut. Kejadian itu berulang kali terjadi sehinggalah Allah s.w.t mengurangkan solat fardhu tersebut daripada 50 sehari kepada 5 kali sehari. Selepas dikurangkan kepada 5 kali sehari, Nabi Musa meminta Rasulullah untuk berjumpa lagi dengan Allah agar dikurangkan lagi jumlahnya, tetapi Rasulullah enggan berbuat demikian kerana baginda berasa malu.
Apabila Rasulullah sampai kembali ke masjidil Haram, baginda menceritakan apa yang dilalui oleh baginda kepada umatnya dan bukan umatnya kerana baginda ditanya oleh mereka kemana hilangnya Rasulullah sebentar tadi?
Apabila mendengarkan cerita yang dikisahkan oleh Rasulullah, maka orang kafir mencelanya dan mengatakan baginda semakin tidak siuman selepas diangkat menjadi rasul manakala umat baginda ada yang ragu2 dan ada yang goyah imannya dan turut mengatakan baginda itu seorang pembohong. Hanya seorang sahaja umat Rasulullah yang mempercayai cerita yang dikisahkan oleh Rasulullah, iaitu Abu Bakar, dan kerana itu lah Abu Bakar digelar "As-Siddiq". Beliau mempercayai semua kata2 Rasulullah tanpa ada perasaan ragu2.
Kemudian diwirayatkan datang kepada Rasulullah seorang yang mengakui dia pernah melihat masjidil Aqsa dan dia hafal setiap sudut dan ukiran yang ada pada Masjidil Aqsa, dan kemudian orang itu meminta Rasulullah buktikan dengan menceritakan kepada beliau ciri-ciri yang terdapat pada Masjidil Aqsa. Kebetulan sewaktu Rasulullah berada di Masjidil Aqsa, keadaan adalah gelap gelita kerana waktu malam, baginda hanya sempat bersembahyang disana. Tapi dengan pertolongan Allah, dikatakan dinampakkan Masjidil Aqsa didepan Rasulullah , ada juga yang mengatakan Jibril memberitahu Rasulullah ciri2 yang ada pada Masjidil Aqsa. Dengan itu Rasulullah menjawab soalan si pengembara tersebut. Mendengarkan itu, ada yang semakin kuat kekuatan imannya dan ada yang semakin kafir.

begitulah kisahnya peristiwa Israk Mikraj.
banyak tauladan yang boleh kita contohi, antaranya adalah
  • ikhlaskanlah hati kita dalam berbuat ibadah, iaitu hanya kerana Allah s.w.t.
  • Tanamkanlah sifat malu dalam diri kita sepertimana Rasulullah, malu menghadap Allah sedang Allah sentiasa mengkabulkan permohonan baginda.
  • Jagalah perlakuan dan amal perbuatan kita seharian kerana Allah telah menyediakan azab yang pedih bagi sesiapa yang mengingkari arahan-Nya.
  • Dirikanlah kewajipan solat lima waktu seperti yang diarahkan oleh Allah s.w.t, kerana walaupun Allah telah mengurangkan jumlah bilangan solat tetapi Allah s.w.t tetap mengekalkan ganjaran pahala untuk 50 solat bagi sesiapa yang mendirikan solat 5 kali sehari, begitu pemurahnya Allah. syukur pada-Nya.
  • Inilah tanda kebesaran Allah s.w.t, dan hanya orang yang dibutakan, ditutup mata hatinya tidak akan menerima kebenaran dan kekuasaan Allah yang telah terbukti.
  • “Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” -| Maksud surah al-Isra':1 |-
banyak lagi hikmah2 dan pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa Israk Mikraj ini. ambillah ia sebagai iktibar bagi memajukan diri kita terutama dari segi iman. Moga Allah memberi keampunan dan hidayah-Nya kepada kita. Ameen...

ps/ jika terdapat sebarang kesalahan pada post ak, sila bagitau.

1 comment:

Noor Shaafi Haziq b Musa said...

perlu diberi perhatian yang kisah bahawa rasulullah melakukan "tawar-menawar" dengan Allah adalah kisah yang dilabelkan sebagai israk iliat. dimana kesasihannya tidak dapat dipastikan lagi. tapi apa yang penting adalah kita ambil pengajaran dari kisah tersebut. Allahualam...