Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Friday, July 11, 2008

untuk aku dan kamu

Fikirkan kembali, untuk apa kita hidup?, belajar?
Yakinlah bahawa Allah memberi kita ujian dan cabaran hidup supaya kita lebih bersedia,
bersedia untuk menghadapi dugaan hidup,
dugaan menghadapi sifat2 mazmumah manusia,
dugaan melawan bisikan syaitan dan nafsu.

Yakinlah Dia tidak akan memberi kita beban yang tak dapat kita pikulkan.
Yakinlah setiap yang melanda kita ada hikmahnya,
Berdoalah agar kita diberi hidayah,
agar kita dilindungi,
agar ditempatkan bersama-sama orang yang beriman,
agar disucikan, ditenangkan, dan dilapangkan dada dan minda,

Dan, janganlah kita berpaling tadah apabila menerima kebenaran,
janganlah melalaikan diri dengan melakukan perkara yang sia-sia,
janganlah meninggikan diri, merasakan diri lebih hebat,
janganlah mencela, membazir, dan berlaku zalim.

Ingatlah, kita sentiasa diperhatikan, setiap gerak langkah kita dihitung.
Kita tidak dapat lari dari berbuat dosa,
Kita sentiasa berkesempatan menghasilkan pahala,
Syaitan dan nafsu sentiasa mengintai peluang,...

Adakah kita ISLAM secara terpaksa atau secara rela?
Bangunlah dari tidur! Sedarlah dari termenung!
Jangan biarkan cita-cita itu suatu angan-angan.
kembalilah ke jalan yang lurus, ke jalan yang dirahmati-Nya,
ke jalan-jalan yang telah dilalui oleh kekasih -Nya,
sementara kita masih ade masa, sementara kita masih muda,
kerana sebaik-baik taubat adalah remaja yang bertaubat....

No comments: