persekitaran kian sepi,
mereka lena dibuai mimpi,
sedang aku berbaring rimas,
diatas katil dan bantal yang selesa.
Sukar bagiku melelapkan mata,
kerana fikiran tidak tenang,
mengenangkan diri yang banyak berdosa,
sengaja berdosa dan tidak.
Sebak didada tiada tertahan.
badan bergetar kerana ketakutan,
sakitnya hati bagai direjam,
kerana diri merasakan kemurkaan-Mu.
Ya Allah ya Rabbi,
aku takut akan Kamu,
aku tidak ingin dimurkai-Mu,
tidak ingin dibutakan-Mu.
Tetapi aku ingkar padaMu,
selalu saja berbuat dosa,
walau sedar diri diperhatikan
oleh Engkau yang Maha Melihat.
Aku sering melafazkan taubat,
tetapi aku tetap ingkar,
aku sedar perbuatanku salah,
tetapi tetap aku teruskan.
Mengenangkan dosa-dosa yang lepas,
bagaikan butiran pasir di pantai,
badanku lemah jiwaku merana,
Tuhanku, maafkanlah daku..
aku takut seksaan neraka-Mu,
aku idamkan nikmat syurga-Mu.
Aku berjanji akan berusaha,
menjadi muslimin yang bertaqwa,
tetapkanlah iman dan pendirianku,
bantulah aku dalam perjalanan.
kerana aku tidak berdaya,
meneruskan hidup tanpa kasih-Mu.
kerana aku ingin menjadi kekasih-Mu...
"Ya Allah,
sungguh aku berlindung kepada-Mu dengan ridha-Mu dari murka-Mu,
dengan kemaafan-Mu dari azab-Mu,
dengan keutamaan-Mu dari kejahatan siapa pun selain-Mu,
dan Engkau dari Engkau sendiri,
Sungguh aku tidak dapat menghitung pujian atas diri-Mu
sebagaimana Engkau sendiri yang memujinya"
-[ Aisyah Radhiyallahu 'anla meriwayatkan, bahawa Rasulullah pernah membaca doa ini sambil menangis ketika sujud menunaikan sembahyang malam ]-

No comments:
Post a Comment