Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Wednesday, July 9, 2008

Gembira + Sedih + Risau

Wuw, aku dah balik S'wak, dan kali ini ntuk sebulan, bukan seminggu. Sudah lame sangat rasanya berada dkat tanah semenanjung. Banyak bende dah target nak dibuat waktu cuti ni, dan ak akn cube usaha tuk mencapai target tu. Biasala manusia, cepat lalai, kate nak buat, last2 tak buat2. hehe, (sendiri terasa) ngan slalu tangguh2 kerja ( ni lagi la). hehe. Hm.. ak rasa nak kongsi skit citer yang agak menarik ni. hehe

Ahad malam tu, ak dah siap kemas sumer baju dalam beg2, dan ak rancang nak kemas bende2 lain tu isnin pagi and berangkat kol 2 dari cyberia sbb flight ak kol 5 ptg. So, ak pun tido la malam tu, sebelum tido set alarm kol 6, nak bangun pagi.

Bangun2 je pagi tu bukan kol 6, tapi kol 11!! adeh!, dengan penuh perasaan geram, ak tngk balik alarm yang ak set. Chit!, ak mmg set kol 6, tapi 6 petang. cuai tol. nape la ak tak perasan a.m ngn p.m tu. So ak bangun trus cpat2 kemas, letak sumer bende dalam kotak, dan selotape sesedap ak. hehe

Dah siap kemas barang sumer, tinggal lagi nak kemas rumah , hehe, mmg tak payah citer la, rumah budak bujang la katakan. hehe, kemas punya pantas pun tak sempat, house inspector dh sampai nak check ape yang rosak kat rumah. Masuk2 je trus tepuk dahi sambil gelak, "aduh, pening kepala aku" , pastu tanya kitorang , sempat ke korang nak kemas rumah ni lagi dalam sejam nih? aku senyum lebar je, hehe. mmg sumer tau tak sempat nyer, so bab2 membersihkan rumah tu diserahkan jer la kat cleaner.

Kitorang pun dah putus asa nak kemas rumah tu, so lepas house inspector dah pg, kitorang duduk lepak2 kat bawah, sambil main kad, makan kacang and citer balik kenangan masa mule masuk CUCMS ni, masuk rumah, masuk bilik. huhu, mmg lawak.

Lepas tu kitorang sume siap sedia baju and tuala sbb nak tumpang mandi rumah classmate kat ctu, sbb rumah kitorang takde air, tangki overflow sbb pelampung tangki tu pecah. abis mandi sumer, tngk2 jam dah pukul 3 stengah. abis~~ , then salam2 sebelum ak pergi airport.

Kawan ak tumpangkan ak pg airport, masa bertolak tu kol 3:45. kaunter check in kat airport tutup 45 minit sebelum masa flight, so ak kene sampai kol 4:15, hehe, hanya Tuhan jer tau mcm mane gelabah nya ak. dah la kitorang tak sure lagi jalan nak g airport L-CCT tu. bertambah gelabah la ak.

Sampai je kat airpot tu dalam 4:20, ak trus amik beg yang ak nak letak dalam kargo tu trus lari pg kaunter check in, sampai je kat kaunter tu, dah takde orang berbaris, pegawai yang jage kaunter tu pun dah berdiri tngk2, mcm nak tutup kaunter je, nasib baik ak sempat. Pastu ak jalan balik pg kete amik barang yang lain. beg galas ngan 2 kotak, kotak yang diamanahkan untuk ak bawak pulang ke kuching. Lepas amik barang tu, salam2 la ngan kawan yang anta ak tu, then die trus kan perjalanan nak anta sorang lagi kawan ak.

Then, mase nak masuk ke gate menunggu, ak kene tahan, die kate "Dik, kotak tak dibenarkan untuk hand luggage, kalau nk bawak kotak, kotak kecik jer boleh. Kami menghadkan seorang penumpang membawa satu je hand luggage". ntah nape, ak tersenyum kejap, tersengih. hehe.
Ak tanye 3-4 soalan kat pegawai tu then trus kol balik kawan ak tlg dtg balik simpankan kotak tu untuk ak kejap, sbb mase ak check balik kaunter check in tu, dah tutup, so tk bleh la letak kotak2 tu dalam kargo. Pastu bagitau mak ak yg kotak tu tak lepas, dan tak dpt la nak bawak balik kuching.

Dah lepas masuk gate menunggu tu, ak rasa letih gle sbb bawak kotak tu lari sana sini, ak pun pg la bli air kat ctu. masa nak beratur bayar tu, name ak kene panggil. hehehe, " kepada penumpang Noor Shaafi Hazie Musa, sila laporkan diri di pintu menunggu 8" ak tersenyum lagi dpn kaunter bayar tu, sbb ak tringat balik name ak pernah kene panggil gak masa nak balik raya,sbb tertido di luar gate menunggu. hehe. nasib baik terbangun.kalo tak, raya kat cyber je la. lepas bayar tu trus cepat2 gi gate 8. dan slamat sampai S'wak. hehe

Masa salam2 dgn sahabat2 ak tu, ak rasa sedih, ngan sebak, tapi ak tahan, tapi rasanya diorang perasan kot, diorang kate " ala... sebulan je, pastu jumpe lagi" hehe. And walaupan ak gembira yang ak dah dkat rumah, ak risau, risau ak hilang pegangan agama.. sbb gaya hidup adik bradik ak lebih kurng dengan ak sebelum ak disedarkan, sebelum ak dibimbing oleh rakan2. Sbb masa di cyberia, ade je yang sentiasa mengingatkan ak di kala ak lalai, "shaafi, dah solat blum?", dan kitorang saling mengingatkan. Sentiasa ada masa yang ak keliru, dan bincang ngan diorang pasal agama. Tapi kat cni, ak ajak solat, ade je alasan, Ak risau, kalau ak lalai, siapa nak ingatkan ak, parents ak cbuk kerja, ak risau, kalau ade persoalan, dengan siapa ak nak tanya, ak risau masa dihisab nanti, ak ditanya "mengapa kau tidak mengajak orang lain kearah kebaikkan?"dan yang paling ak risau ialah terpengaruh dan kembali ke jalan hidup ak yang lama. Ak berdoa agar ak tak kembali, agar pendirian ak teguh, agar ak dapat mempengaruhi yang lain. Ak harap dalam sebulan ni ak dpat bagi diorang contoh yang baik, agar kitorang sama2 sedar. tlg doakan ak....

2 comments:

abry_abrx said...

shapiee.. satu lagi awak kena ubah...
jgn melenggahkan masa.. sentiasa tepat pada masa...jgn asyik lmbt.. ok...anyway..u're bestfren to everyone..remember that~~

Noor Shaafi Haziq b Musa said...

hehehe, tu mmg kene ubah. eh? hehe, bagus la kalo anggap camtu. ameen~~.