Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Thursday, December 11, 2008

Pengajaran dari dialog: Inikah Kita?

Situasi 1 : Buang sampah

Remaja A: Eh, nape ko buang sampah keluar kenderaan?

Remaja B: Ala... rilek la, sampah kecik pun.. kurang2nyer ade gak kerje untuk tukang sapu sampah tu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Situasi 2: Parking kereta

Remaja A: Eh, takper ke kite parking cni? line kuning tu...

Remaja B: Ala... kejap je, bukan lame pun, kite pg minum petang je. takdernye polis nak saman2 kat cni. jom.

kembalinya dari minum petang...

Remaja B: Huih!! polis ***** mane yang saman keta aku ni!?, Saje je polis ni saman aku, tgh takde duit la tu. Slalu orang parking sini takde kene saman pun.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Situasi 3: Tepati waktu

Remaja A: tak bolehke korang ni datang ke kelas awal skit? menganggu kelas je.

Remaja B: ....(buat-buat tak dengar)

Selepas beredarnya remaja A...

Remaja B: eh, C. poyo jer si B tu kan? Ape je beza sangat datang awal dengan datang lewat skit. miss introduction je pun, bukan isi penting.

Remaja C: Ntah, bukan salah kita pun, nape perlu hentikan kelas nak tunggu kita masuk duduk? teruskanlah jer kelas. salah lecturer la. saje je nak hentikan kelas, nak bagi student lain tngk muke kite, nak malukan kite la tu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Situasi 4: meminta-minta

Remaja A: Eh, beg duit penuh nampak? dapat la belanja aku minum masa lunch nanti...

Remaja B: boleh... untuk ko, takder hal lah.

Di kaunter pembayaran...

Remaja A: eh, B, ke...ko nak belanja aku makan sekali? aku makan skit jer tadi, bukan slalu ko blanja aku....

Remaja B: hm...yerlah2.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang....

Pernah bukan antum sumer mengalami atau berdepan dengan situasi-situasi diatas? atau situasi2 yang hampir sama keadaanya? Sedih bukan? mungkin juga ada yang geram melihatnya. Sakitnya hati bagai ditusuk pisau2 yang tajam bila berhadapan dengan situasi sebegini, terutama bila melibatkan mereka yang seakidah dengan kita.

"rilek la..peraturan dunia je.. bukan peraturan Tuhan pun.."

panas sungguh telinga mendengarkan kata2 sebegitu keluar dari mulutnya yang pernah melafazkan kalimat syahadah.

Cuba bayangkan,perasaan si tukang sapu sampah melihat tiada sampah untuk di sapu di satu daripada 5 tingkat di sebuah banggunan yang selalu dikunjungi manusia. mungkin dalam hati kecilnya berkata "huh...kurang sikit kerja aku harini, kurang sikit pandangan yang memandang aku dengan penuh kehinaan yang perlu aku hadapi hari ni.. Alhamdulillah..."

Cuba bayangkan, seseorang sedang memandu, tiba2 perjalanannya yang lancar bertukar sesak, sakit telinganya mendengarkan bunyi hon. Walaupun hairan mengapa pemandu kereta yang berada di hadapan membunyikan hon. Si pemandu cuba bersikap optimis. hati kecilnya berkata " mungkin ada accident kot kat depan, innalillah...astaghfirullah...". Rupa2 nya, kesesakan lalu lintas tadi disebabkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang meletakkan kenderannya di tepi jalan...

Cuba bayangkan, apakah perasaan seorang guru jika kelas nya perlu dilewatkan atau tergendala kerana terdapat pelajar yang lewat masuk kelas sedang terhegeh2 mencari tempat duduk. Bukankah kita diperintahkan untuk menjaga hati para ilmuan?

Dan bukankah Allah dan rasulNya telah melarang kita daripada bersikap meminta2 dikala kita mampu?

Cetek sungguh fikiran mereka ini.
tidakkah mereka sedar, bahawa mereka sedang mengkotori maruah agama? apakah kesan2 perbuatan mereka kepada orang lain? bahkan mungkin ada juga yang tidak menyedari bahawa mereka sedang menzalimi diri sendiri.

Ya, sememangnya fitrah manusia itu pelupa, tapi bila datang kebenaran dihadapan mata, mereka menolaknya, dan mengatakan merekalah yang benar.

Dukacitanya, ada dikalangan kita yang tinggi ilmu pengetahuannya bersikap seperti remaja A. Dan mereka yang jahil bertanya seperti remaja B....

Adakah kita hanya Islam sewaktu kita berdakwah?

Bersama kita berdoa agar tidak tergolong dalam golongan masyarakat sebegini...

Allahualam...


ps/ sungguh, ana terasa seperti tidak layak untuk menulis post kali ini. Tapi inilah kebenarannya. JOM, KITA MAJU KEHADAPAN DALAM MENDAPATKAN REDHA ILAHI!.

sgala yang baik itu dari Allah dan selainnya dari diri kita sendiri, Akuilah.

Monday, December 8, 2008

Pengajaran dari dialog: terdiam dan terpaku

Alkesah.... terkesahlah due orang remaja sedang membincangkan tentang apa yang telah mereka lalui dalam kelas. Remaja ketiga pulak memasang telinga mendengarkan perbualan tersebut...

Jejaka D: Kelas harini best kan?

Jejaka E: Blok kali ni tiap hari best kelas die.

Jejaka D: Harini mcm lagi best, trutama die bagi peluang kita untuk guna "ohp" untuk menjawab soalan. Berbanding dengan slide, lagi faham tngk "ohp".

Jejaka E: btul, walaupun classmate kite tadi penjelasannya agak kurang, tpi aku dapat tangkap the flow of the story.


dan tanpa segan dan silunya.....

Jejaka C: Uih, classmate kite yang bagi penerangan tu gelabah giler, jalan tersekat-sekat, tangan berketar-ketar. knape la sampai cmtu skali.

Jejaka E: eh...jejaka C, tk baik lah...

Jejaka C: takde la... mase lepak ngan die, die ok je, tp mse presentation tadi satu kelas nampak die gelabah.

Jejaka E: (dengn nada bergurau) , jejaka C, bukan ade hadith ke yang mengatakan mengumpat lebih teruk dari berzina? hahaha.

Jejaka C: ......

Jejaka E: Eh, nape diam? gurau jerlah, its ok, it ok, aku tak ambik serius la tadi.hehe


Uh... Makan dalam tu... Jejaka C terus berdiam diri dn mengakui kesalahannya kepada rakannya di samping menerangkan wujudnya cara umpatan yang halal. Tetapi, pemerhati ttp merasakan tidk senang diri kerana Jejaka E, mengapa perlu dia tarik balik kata-kata kebenaran yang keluar dari mulutnya?

Astaghfirullah... sememangnya kita manusia, fitrahnya pelupa dan lalai...

sgala yang baik itu dari Allah dan selainnya dari diri kita sendiri, sedarlah