Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Tuesday, May 26, 2009

Yang ku rindu...

Ya Rab...

aku rindu...

aku rindu pada sebuah keluarga
sebuah keluarga yang diredhaiMu,
sebuah keluarga yang redha akan Kamu.


aku rindu...

akan seorang sahabat,
sahabat yang sentiasa menasihat,
yang menasihat dengan kata-kata dan akhlak,


aku rindu...

akan diri ini,
ketika imanku tinggi,
ketika ku mengadu pada-Mu,


Aku rindu...

akan ramadhan,
jiwaku tenang, terasa kasih
dikelilingi pintu kebaikan


Aku rindu...

akan kekasih-Mu
disetiap kali mendengar pesanannya,
setiap kali mengikut sunnahnya

dan aku rindu akan kamu Ya Rab.
maafkanlah diri ini,
yang selalu meninggalkan Mu,
yang ingkar arahan-Mu,
yang kurang bersyukur,
dan sgala kelemahan yang ada.

Friday, May 22, 2009

Pengajaran dari dialog; Malu dgn siapa?

2 orang sahabat sedang dalam perjalanan ke warung untuk mengisi perut yang lapar. Tidak jauh dari warung tersebut kelihatan sebuah surau.

dalam perjalanan menuju ke warung...berkumandanglah suara azan..

Remaja A : eh, azan maghrib la.

Remaja B : Ops, berenti jap.

Remaja A : eh, nape?

Remaja B : Malu ler.., masuk waktu maghrib, orang pergi surau kite plak pegi makan. ko tak malu ke kalau orang nampak?

Remaja A hanya terdiam.

-----------------------------------------------------------------------------------------------


Dari kisah di atas, kita tahu bahawa remaja A adalah seorang yang pemalu sifatnya. Tetapi adakah sifat malunya itu selari dengan sifat malu yang dituntut dalam islam?
dimana sudah tertera didalam hadith riwayat al-bukhari bahwa malu itu menghasilkan kebaikan dan malu itu juga sebahagian daripada iman.

Sebilangan besar diantara kita mempunyai sifat sebegini. Dimana kita malu terhadap manusia tetapi tidak kepada tuhan.

Kita malu jika kejahilan kita disaksikan oleh orang sekeliling kita. takut turun "saham". Ada yang berpura-pura malu agar mendapat pujian, ada juga yang sanggup untuk meninggalkan solat fardhu kerana malu untuk bersolat di lewat waktu.

Sungguh, ketika itu kita telah lupa, bahwa Allah sedang memerhatikan kita dan Allah sedang membaca isi hati kita.

"Dan janganlah engkau kira bahawasanya Allah lalai dari perbuatan orang-orang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh mereka sampai pada hari di mana mata mereka terbelalak (melihat beratnya azab)"
[Surah Ibrahim, ayat 42]

Atau dalam keadaan itu kita sedar bahwa apa yang kita lakukan itu salah tetapi tetap meneruskannya.

"Dan sesungguhnya manusia itu amat ingkar tidak bersyukur kepada Tuhannya. Dan sesungguhnya manusia itu menjadi saksi (mengetahui) akan keingkarannya."
[ Surah Al-'Adiyat, ayat 6-7]

"Apakah engkau mengetahui orang yang mempertuhankan hawa nafsunya dan Allah membiarkan ia sesat sesudah ia tahu. Dan Allah menutup rapat pendengaran dan hatinya dan Dia tutupi pandangan mereka? Maka siapakah yang dapat memberinya peunjuk selain Allah. Apakah mereka tidak mengambil pengajaran?"
[ Surah Al-Jatsiyah, ayat 23]

Jika kita sedar kita pernah melakukannya, maka segeralah bertaubat.

“Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” [Surah An-Nisa’, ayat 110]

Tanamkanlah sifat malu pada diri kita sepertimana sifat malu yang ada pada Rasulullah s.a.w. yakni malu kepada Tuhan bukannya kepada insan.

Bersama kita amalkan. :)

P/S ;
Ya Tuhan, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri, kerana itu ampunilah aku...
[al-qasas, ayat 16]

Friday, May 1, 2009

Ape kes?

Assalamualaikum....

"Heh" , keluhan keluar dari mulut ana bila membaca post ana yang lepas. Yang kononnya berhenti menulis blog utk 2-3 minggu utk mencari "bahan" utk dikongsikan bersama.

ana mengeluh, sedih, marah... ana biarkan target ana itu menjadi suatu angan-angan. Jika diimbas kembali, sepertinya ana tiada usaha langsung untuk mencapai apa yang ana sendiri harapkan.

"al imanu yazidu wa yankus"
iman itu kadang2 naik, kadang2 turun.

Rasanya, beberapa minggu ni, iman ana berada di tahap yang rendah. Cukup rendah sehingga ana merasakan diri ana "terhalang" daripada melakukan kebaikan dan cukup mudah untuk melakukan kemungkaran.

Syukur kepada Allah azza wa jalla. kerana Dia memberi ana sedikit ruang waktu untuk ana beruzlah, sedikit masa untuk ana bermuhasabah diri.

InsyaAllah, dengan izin-Nya, ana akan terus cuba untuk memperbaiki diri ana.

Bersama kita berdoa agar Allah menyentuh hati kita agar kita kembali ke jalan yang di redhai-Nya...Ameen...

"Maka Dia mengilhamkan jiwa itu kepada kejahatan dan ketakwaannya"
[Asy-Syams, ayat ke-8]