Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Saturday, January 31, 2009

Tolong jika peduli, boikot jika mampu

KFC, McD, Nestle( miloku, selamat tinggal...hehe), danone, maggi, dll....
antara makanan seharian yang biasa sesetengah dari kita ambik sebelum ni tanpa kita sedar syarikat2 ini adalah antara yang membiayai kaum yang dilaknat Allah.

Terkadang ana berfikir, bijak sungguh mereka ni, cane diorang bleh dpt kamceng ngan syrikt2 besar ni. Dan mcmmane diorang ni masih bleh hidup mewah, sedangkan mereka tgh berperang. Dan mcmmane diorang dapat banyak support untuk melakukan kezaliman secara terang-terangan.

Mungkin inilah yang dikatakan istidraj. Pemberian nikmat2 dunia dari Allah agar mereka semakin jauh dari kebenaran. sudah ternyata ramai diantara kaum ini telah dikunci pintu hatinya oleh Allah sehingga mereka begitu membenci golongan yang bergelar muslim.

Kita pulak disini terlalu selesa, terlalu selesa sehingga melupakan mereka yang sedang susah. Mereka yang sedang dizalimi. Dan apabila datang kepada mereka berita tentang mereka yang susah di Palestin, ada yang mengatakan ada yang mengendahkannya, ada yang tersedar dan terus bangun dari keadaan selesa tadi, dan ada yang berasa susah hati. susah hati bukan kerna saudara mereka sedang dizalimi, tetapi susah hati kerana akan datang waktu dimana mereka perlu mengeluarkan sedikit dari harta mereka untuk mengisi bekas-bekas yang bertulis "Bebaskan Palestin".

Pernah sahabat saya menasihati seorang rakannya untuk turut memboikot restoran2 yang menyokong yahudi. Dan ianya menjadi suatu pembahasan. Sejak itu, jika telinganya terdengar perkataan boikot, dia akan lantas berkata "jangan sembang pasal makanan, sensitif".

Banyak lagi alasan yang dikeluarkan daripadab para pecinta dunia ini apabila mereka dinasihatkan untuk tidak membantu yahudi dan membantu saudara sendiri.

jadi, Kepada kamu yang berada diluar sana. kamu yang mempunyai ego yang tinggi. Kami tidak ingin menndengar seribu satu alasan dari kamu.

Tolonglah mereka jika kamu peduli, dan boykott jika kamu mampu.

bantulah mereka! tiada alasan untuk tidak berbuat apa-apa. berdoalah untuk mereka, dermalah untuk mereka, sedarkanlah mereka yang masih jahil.

ketahuilah, semakin tinggi jawatanmu, imanmu, pengaruhmu, semakin tinggi tanggungjawab kamu.

Dan ingatlah kita, lakukan semua ini demi Allah. dan lakukannya dengan cara yang betul. kerna niat tidak mengahalalkan cara.

Allahualam...

segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala selainnya dari diri kita sendiri. Akuilah!

Friday, January 30, 2009

Hanya dimulut dan dihati, tapi tidak diamalkan

Salamun Alaik

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ”
Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang , saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam”.

Sudah biasa bukan korang semua melihat, terbaca atau terdengar hadith di atas sepanjang berita berkumandangan tentang serangan rejim zionis terhadap mereka yang tiada daya di Palestine?

Ana yakin ramai yang paham isi knadungan hadith tersebut dan ana dengar ramai yang semangat melaungkan “ hancur! Hancur! Hancur zionis!” dna seumpamanya. Dan ana lihat, ada juga yang apabila disebutkan ttg Israel dihadapannya, raut wajah mereka berubah, hati mereka penuh benci.

Alhamdulillah, sekurang2nya ada yang masih lagi peduli terhadap apa yang berlaku di Palestine, dan mereka ini banyak membantu dalam menguatkan lagi semangat anti-israel.

sayangnya… kebencian mereka terhadap rejim zionis hanya ada bila mereka bersuara dan bila mereka tersedar. Tapi, bila diperhatikan amalan perbuatan mereka, sepertinya mereka telah lupa apa yang telah mereka laungkan semalam, lupa apa yang telah mereka lihat di kaca tv sebentar tadi.


Baru dua hari lepas ana berhadapan dengan sitausi begini.
Waktu tu, ana sedang menunggu flight untuk kembali ke S’wak bersama seornag sahabat ana. Kami sampai awal 2 jam. Jadi kami mengambil keputusan untuk sarapan pagi di food court yang berdekatan.

Sedang kami sibuk berbual, 2 buat keluarga berjalan disebelah kami mencari tempat duduk. Topik perbuala kami terus berubah, masing2 kami berkata “aku ingin mempunyai keluarga seperti itu”. Mana tidaknya, si suami memakai jubah dan ketayap, manakala si isteri menutup aurat dengan penuh dan menutup wajahnya. Anak2 mereka juga berpakaian sama dan kelihatannya mereka dididik dengan baik.

Selang beberapa minit, Ana terkejut dengan apa yang ana lihat. Ana terlihat keluarga yang kami respek tadi sedang berada dihadapan kaunter sebuah restoran. Ana berkata dengan sahabat ana “ eh, takkan die tak tau restoran tu termasuk dalam list boyott?”.

Kemudian ana cadangkan, “memandangkan kita dah berpakaian free palestine ni, jom kita saje lalu-lalang di hadapan mereka untuk mengingatkan mereka, mungkin mereka lupa” , sahabat ana terdiam. Dan berkata “kite kene tegur diorang, ana rasa mcm tak puas hati”. Ana berkata” betulke nak tegur? “ kemudian sahabat ana bangun dan meminta ana tunggu sebentar dan menegur si suami. Ana faham, kalau ana ikut bersama, ana hanya akan mengganggu perbualan mereka, dan hal ini mmg perlu dibincangkan one-on-one dlm sitausi ini.

Rupa-rupanya, mereka tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi. Mereka salah faham tentang mengapa peperangan ini tercetus. Dan, Alhamdulillah, hanya ditegur sekali, mereka menerimanya dengan baik.



Di saat itu, betapa ana mengharapkan ilmu dan keberanian yang ditunjukkan oleh sahabat ana ada pada diri ana.
Banyak pengajaran yang ana dpat dari pengalaman tu, dan ana kongsikan agar kamu juga mendapat sedikit sebanyak. :)


segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala selainnya dari kita. sedarlah.

Wednesday, January 28, 2009

Gembira + Sedih...

Akhirnya, dah kembali ke S'wak.
rasanya seperti 4-5 bulan tak balik tapi hakikatnyer bak kata ibu "mengade2, kan raya tu dh balik" (translate ke bahasa smenanjung).

Gumbira2. :)

Tapi perasaan sedih ttp ada. Perasaan yang mengingatkan diri ana sebelum masuk CUCMS ni.

Ya Allah, berilah petunjuk kepada kami yang jahil seperti mana Engkau memberi petunjuk kepada orang2 sebelum kami..

Ameen...

Aku kembali menulis..:)

Assalamualaikum,

Dh sebulan ana tk update blog ni. Ana tidak menulis bukan kerna tiada tajuk, bukan kerna tiada masa, tetapi kerana ana ada habit yang tak bape bagus, menangguh kerja. Hampir setiap kali ana connect dengan internet ana terfikirkan untuk mngupdate blog, tapi hati kecil ana berkata, “ hm…malam ni la”,

“a…petang ni free, petang ni la tulis.”.

Ana ingin berubah, sentiasa ingin berubah kearah kebaikan. Sentiasa ingin maju kehadapan, dan kalau boleh, ana ingin mempengaruhi orang2 disekeliling ana untuk maju bersama.

Huh, terlalu banyak kisah yang ana lalui sepanjang sebulan ini, I’Allah ana akan kongsikan antara yang terbaik buat antum semua. Semoga kita bersama mendapat pengajaran.. :)