Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Friday, April 3, 2009

Pembaharuan...







Assalamualaikum...


Berkemungkinan 2-3 minggu mendatang blog ana ni tidak akan mengalami sebarang updates.
Ini adalah kerana skema lak...hehe:) ana ingin membuat sedikit pembaharuan.
Pembaharuan pada layout, tajuk, arrangement "add on", dan dari segi isi beserta labels.
(mase yang lame kerna kurang pengetahuan dalam mengedit/menukar layout. Juga mencari bahan dan tajuk)

Firman Allah;

"Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri."
[ar-Rad, 11]


Setelah "diketuk" beberapa kali, barulah ana sedar. Ana sebelumni (dan sekarang) terlalu bergantung dengan suasana disekeliling ana. Dimana ana merasakan diri ana mara dan mundur mengikut keadaan. (senang citer tak istiqamah dan pendirian yang lemah ler...:)). "ketukan" tu juga menyebabkan ana sedar bahwa sudah terlalu lama ana berada di takuk yang sama. Ana merasakan tahap spiritual ana tidak maju kehadapan kecuali sedikit.

Merasakan diri seperti seorang yang berjalan tanpa tujuan tetapi yakin bahwa Allah telah mentakdirkannya kesenangan hidup di dunia dan akhirat. Sungguh jauh fikiran ini dari kebenaran!. Adakah seseorang itu akan memperoleh keimanan hanya dengan bertawakal kepada Allah tanpa sebarang usaha dan doa? Allahualam...

Menyedari hakikat ini, ana sedar, ianya masa untuk berubah, berhijrah. Allah telah berulangkali memberi peringatan dengan berfirman dalam kitab-Nya bahwa Allah tidak akan mengubah seseorang itu sehingga dia merubah dirinya.

Ana sedar, ianya adalah suatu tugas yang sukar untuk dilaksanakan. jadi, ana mengharapkan ihsan dari yang membaca, doakan ana yek? :p