Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Friday, July 25, 2008

Aku Penglipurlara

Salam,
terlebih dahulu salam dan selawat ke atas nabi junjungan kita, Muhammad s.a.w. kalau tidak kerana baginda, kita mungkin tidak dilahirkan Islam dan mungkin masih dlm kekufuran.

Ntah nape ak nak tulis post ni, mungkin sbb komen dari sahabat ak tentang blog ak. katanya seperti sebuah diary, perjalanan kehidupan seseorang. Mendengarkan komen ni, ak sendiri pun fikir, nape eh ak tulis pasal diri ak? nape ak tak cerita pasal orang lain?

Last2 terjawab jgak persoalan tu, ak menulis pasal diri ak sbb ak merasakan ak tak layak kritik orang lain, menasihatkan orang lain, menyeru orang lain kearah kebaikan, sbb ak sendiri bukan hebat mana pun, bukan baik mana pun, bukan alim sangat pun. ak sedar yang kita tak patut kritik atau nasihat orang lain drpd berbuat sesuatu.
cth: menasihat orang pg sembahyang, tapi sendiri tak sembahyang lagi. kate orang sembahyang tak betul tapi kita sendri sembahyang lagi tak ikut tertib. sbb tu la ak sering menasihatkan diri ak dan orang lain dgn menggunakan perkataan "kita" dan bukan "kamu, kau, "

ak sedar bende ni bila ak terbaca tafsiran ayat ni,

"patutkah kamu menyuruh manusia membuat kebaikan sedangkan kamu melupaka diri sendiri, padahal kamu membaca kitab. Tidakkah kamu memikirkannya? "
-[2:44]-

janganlah kita berpaling daripada kebenaran apabila ianya sudah berada di depan mata kita. kerana ianya adalah perbuatan golongan yang mementingkan diri sendiri. mereka takut kalau mereka menerima kebenaran ini mereka akan berada dalam kerugian. sesungguhnya mereka itulah dalam kerugian jika mereka mengetahuinya.

Ak tak nak tulis perihal orang lain sbb ak takut ak terbawa2 dan trus menceritakan keaiban orang lain, menyakitkan hati orang. bende ni slalu berlaku kat ak waktu bercakap, tgh ckp pasal seseorang, tak lame pastu, tajuk perbualan berubah jadi kritik mengkritik. Huh bnyk dosa tu...


"Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam."
[4:140]


Sememangnya kita manusia, tidak dapat melarikan diri daripada menceritakan hal2 orang lain, menceritakan keaiban seseorang, kecuali orang yang kuat iman dan pegangannya. kenapa kita perlu menceritakan keaiban orang lain, padahal ade banyak lagi tajuk perbualan lain yang jauh lebih berfaedah. apa yang kita dapat dari berbuat demikian hanyalah mengurangkan pahala dan mendapat dosa yang banyak. Innalillah....

Semoga kita diberi kesedaran oleh Allah s.w.t, supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang saling membenci, saling berdengki, dan bersifat "talam dua muka". Sesungguhnya Allah mengasihi umat-Nya yang menyambungkan silaturahim, yang adil dlm membuat keputusan, yang menjaga pertuturan katanya, yang sentiasa bertasbih kepada-Nya.

Jagalah perlakuan kita kerana Allah tidak sekali-kali lalai dari amal perbuatan kita.

Ak menceritakan ttg diri ak juga atas sbb ak ingin berkongsi pengalaman yang ak lalui, bende yang ak pelajari, yang boleh menyedarkan diri ak dan orang lain. Marilah kita bersama mengingatkan antara satu sama lain, sampaikan ayat2 Quran, hadith2, supaya kita sedar akan kesalahan yang telah kita lakukan yang selama ini kita merasakan ianya adalah perbuatan yang betul.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

"dan janganlah kamu mencampurkan yang benar dengan yang batil, dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran itu sedangkan kamu mengetahuinya"
-[2:42]-

sekali lagi, janganlah kita berpaling dari kebenaran.

" alangkah jahatnya (tindakan) mereka menjual diri sendiri dengan mengingkari (Al-Quran) yang diturunkan Allah disebabkan hasad dengki, bahawasanya Allah melimpahkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari kalangan hamba-hambaNya. Maka mereka mendapat kemurkaan yang berlipat ganda. Dan bagi orang-raong kafir itu seksaan yang hina"
-[2:90]-

Sekian, jika terdapat sebarang kesalaha dalam post ak ni tlg komenkan. Semua yang baik itu dari tuhan dan selainnya itu dari diri ak sendiri.

5 comments:

Azlin Halim said...

moga terus diberi kekuatan untuk menulis tentang kebaikan.. mencari kebenaran.. menjauhi kelalaian dan kemungkaran..

betul2..jangan mulakan untuk berkata tentang orang lain..kerana syaitan sentiasa ada untuk menunjukkan keburukan setiap insan itu walaupun kadangkala kita tidak berniat pun untuk mencarinya..

abry_abrx said...

aku setuju ngan ko shapiee.. mmg kita tak layak nak bercerita tentang org lain...

betol ko kata jika diri kita sendiri pun tak betol jgn lah bermimpi utk menasihati org lain..perbetulkan dulu diri sendiri barulah org lain..

aku still teringat , ada satu kwn ni..dier sebut menasihati org lain utk buat kebaikkan sedangkan dier sendiri tidak melakukan nya.. bila aku tanya dier, dier jawab.. "mmg aku masih lagi tak betol tp tak aku still ada hak nak nasihatkan org lain"

mmg dier punyai hak..tp ko belum layak utk nasihatkan org sebb org lain akan menilai diri kita sang pemberi nasihat..jgn hanya pandai bebicara tp tak bertindak... sedih tu...

Anonymous said...

salam.....
shafi... ape ko kate btol...
bkn aku menidak kan... cume bg pendpt.. tgk org skarang nie... sume x lari dari berkata tentang org len.. mmg kte x layak nasihat kan org len sedang kan kte pn x sempurna.. tp kdng tu, kte kene jgk nasihat kan org utk peringatan die dan kte jgk... klu org tu nasihat kn tp die x nk berubah ikut nasihat yg die bg tu, kte x ley wat ape la kn, tp org yg dinasihat kan tu blh fikir, ape yg dinasihat kan tu, klu baek, kte amik, buat pengajaran, pedoman, and fikir kegunaan nya.. kdng tu, org jht pn ade bg nasihat yg baek, wlupn die x buat, mungkin ade sbb2 tertentu yg die x dpt buat ape yg die nasihatkn, kte tgk jgk npe die jd cetu... kte manusia, kdng kte tau ape yg kte wat tu slh, tp ttp buat... yela, mungkin iman kte x cukup kuat...

hehehehe..... nway.. moge Allah kurniakan pahala berganda pada ko sbb tulis ke arah kebaikan secara x langsung ko berdakwah.. menyeru pd kebaikan... aku pn terasa penangan blog ko nie... huhuhu... TQ.. kongsi2 la segala ilmu yg ko ade ek..

Noor Shaafi Haziq b Musa said...

salam... agak terkejut gak ak tetiba je ramai komen nih. hehe. Alhamdulillah....

K.lin: ameen.... btul2, ak ingat tu.
abry: biasala tu, kekadang ak pun camtu, jgn tak tau. hehe

Anonymous:btul gak ape yang anonymous katekan. mmg ade banyak orang camtu, walaupun kita tngk die jahat, tp die slalu bagi orang nasiht, dan cume orang yang ade daya kesedaran tinggi(minoriti) je trima nasihat tu, walaupun sikap orang yang membri nasihat tu bertentangann dgn ape yang die nasihatkan. dan orang yang kurang daya kesedarn die (majoriti), susah nak trima nasihat dari orang cmtu, malah die mungkin akan lebih terdorong sbb merasakan orang yang menasihatkan die tu tak layak. So, sebaiknya, orang yang nak bagi nasihat tu tngk dlu dngan sape die nak bagi nasihat. hehe, panjang plak reply nih. (exited kot ?? ) keh keh keh. ape2 pun. syukran.
Moga Allah menyedarkan kita daripada trus berbuat kesalahn. ameen....

Azlin Halim said...

setuju dgn pendapat sang penglipurlara..tak ramai yang faham.. sungguh..tak ramai yang benar2 akan faham dan menerima..
so jadi keperluan utk org yg faham dan boleh terima, utk cuba terima teguran dan beri peluang dan masa kepada org yang menegur itu untuk berubah..tunjuk yang kita yakin setiap orang boleh berubah menjadi lebih baik..