Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Wednesday, July 30, 2008

ayat ayat cinta

Salam...

baru semalam aku habis membaca novel pertama yang ak baca. hehe. Slalu je tngk orang yang banyak membaca ni mcm lebih matang dari orang lain. Ak perhatikan orang yang banyak membaca ni slalu konfiden dengan apa yang diorang cakapkan. So, ak pun nak cube la jinak2 kan diri dengan hobi membaca ni. ( kononnya nak bersedia tuk 1st year nanti, sbb sumer subjek membaca kan? hehe)

Ayat-ayat cinta. mmg citer yang bagus. dlm bentuk movie ataupun buku, due2 pun bagus.
Tapi mmg ketara yang novel jauh lagi best jalan citer die berbanding dgn movie sbb dlm movie tu ditambah skit "dramatization" untuk menarik lagi perhatian penonton.

kalau mase tngk movie ak hanya tersenyum masa Aisyah ber-ta'aruf dgn Fahri, mase baca novel tu ak bleh rasa perasaan malu tu sampai ak sendiri rasa ak sedang ber-ta'aruf. tu. kah3. jiwang2 sensorang plak mase bace part tu. haha.baru ak paham naper sahabat ak yang sorang tuh bergolek2 senyum sensorang mase baca atas tilam. hehe.

Crita ni mmg menunjukkan ciri2 keperebadian yang patut ada pada seseorang muslim dlm menjalani kehidupan di zaman skarang. mmg mengajar para pembaca dan penonton untuk lebih
berusaha. untuk lebih bersabar, tenang, menghargai apa yang ada, dan tidak lalai walaupun harta yang banyak ada di tangan.

Ak mmg sangat setuju dgn pendapat si pengarang (Habiburrahman Saerozi), kita sepatutnya risau kalau kita mempunyai kekayaan . ade kisah para sahabat Rasulullah, dimana pada hari tu , sedang Rasulullah menyampaikan pidato( pesanan), seorang daripada yang hadir berdiri dan sedang mencari tmpat untuk duduk kerana sebelah tmpt duduknya tlah diduduki oleh seorang yang kelihatan fakir. Rasulullah bertanya kepada beliau , dan beliau menyatakan sbb beliau berdiri, kemudian Rasulullah mengarahkan beliau meminta maaf kepada si fakir. Si kaya tadi meminta maaf dan ingin memberikan sejumlah hartanya sebagai tanda maaf, tetapi si fakir menolak dgn tegas dngn mengatakan, " aku takut apabila aku menerimanya, aku akan menjadi seperti kamu". Banyak lagi kisah2 pada zaman Rasulullah dan zaman selepas baginda kisah2 seperti ini, sehingga ada yang menangis kerana ketakutan kerana menerima harta yang banyak. dari sini jelaslah harta yang banyak, iaitu melebihi dari apa yang kita perlukan akan membawa kita kepada pemborosan dan pembelanjaan mengikut kata2 nafsu jika tidak mempunyai iman yang cukup kuat.
adeh, menyimpang plak ak. hehe

Ayat2 cinta juga mengingatkan kita mcm mana sepatutnya cinta sesama manusia dalam islam. dan crita ini juga menambah keyakinan ak dan beberapa sahabat ak tentang percintaan selepas perkahwinan. tngklah zaman skarang, banyak remaja cbuk mencari pasangan diorang, carik pasangan masa remaja mereka yang bergelar "boyfriend" dan "girlfriend". ak akui, dulu ak pun pernah terasa nak carik gak. masa tu ak nak spm, ntah nape ak tetiba terasa nak carik sorang teman, then ak stat angan2 ak ngan die blaja sesame, then dapat keputusan cemerlang. (chewah... angan2 tak bleh blah. kah3!).
Tapi lepas disedarkan oleh sahabat ak. dan mmg terbukti, bercinta sebelum bernikah membawa kepada dosa. Buktinya? tngkla pasangan skarang, pegang2 tangan, malah ada yang lebih dari tu. hingga terikut2 budaya barat, dimana ada yang bertukar2 pasangan. Walaupun pasangan tu menjaga kelakuan mereka, akan ada keinginan wujud diantara mereka untuk berpegangan tangan, dgn fikiran untuk lebih romantis...ish3, ringkas sungguh fikiran sebegini.
berdoalah kita agar tidak tergolong dalam golongan ini. ameen....

banyak komen yang ak dengar dari sahabat ak. dan kebanyakan mereka(lelaki) mengatakan "kalau dapat isteri mcm Aisyah tu, ..." , kebanyakan mereka mengidamkan isteri yang baik seperti Aisyah, termasuk ak sendiri. Siapa lah yang tidak menginginkan seorang isteri solehah sehingga sanggup bermadu semata2 ingin menyembuhkan seorang pesakit. besar sungguh pengorbanan Aisyah. Tetiba, ak terfikir, kita asyik nak pasangan hidup yang sempurna, yang baik2, yang soleh2, tetapi layakkah kita menerima pasangan yang kita idam2kan ?
" Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik"
inilah ayat yang sering ak dngar dan sememangnya benar. kalau kita inginkan pasangan yang "sempurna", kita sendiri pun harus berusaha untuk menyamai kedudukan "sempurna" itu. bukankah tidak adil bagi pasangan kita untuk dia yang soleh menerima kita yang langsung jauh dari sifat sebegitu. barulah adil. Allah mengasihi umatnya yang berlaku adil.

tapi beringatlah, janganlah kita merubah diri kerana selain daripada Allah. kerana perubahan bukan kerana-Nya tidak dirahmaht-Nya dan tidak akan bertahan lama.

Hm... banyak lagi yang boleh dipelajari dari citer ni. alamilah sendiri.mmg secara tidak langsung kita akan merasa betapa rendahnya diri kita hidup didunia ini.betapa Agungnya Allah.
/ps, bleh dwnld citer ni kat ares, (movie ngan e-novel). sampai ni jer lah komen ak untuk novel ni, (dah lewat dah ni. kate nak tido awal, hehe).
segala yang baik itu dari Allah, selainnya dari ak

2 comments:

Azlin Halim said...

salam..
huahua..dh belajar membaca sekarang..bagus2!..sgt setuju novel lagi best dari cerita.. dan sangat banyak kisah2 teladan yg patut dijadikan contoh dari novel tu..

berpegang dgn prinsip 'bercinta lepas kahwin'- korang jangan nak buat gosip bukan2..walaupun mungkin betul..tapi itu soal hati..kita yang mengawal hati kita sendiri agar tidak tersasar jauh dari apa yang perlu kita laksanakan..jodoh dan pertemuan ditangan Allah,kita manusia hanya berusaha untuk menjadi yang terbaik
(hehe..aku tahu ko faham maksud ayat kat atas tu)

Noor Shaafi Haziq b Musa said...

'-,-". ni ape ni....
btul2, tak baik gosip2, sbb gosip membawa kearah proses mengumpat, dimana dosa mengumpat lebih besar dari dosa membunuh...
setuju, "jodoh itu rahsia tuhan"- ayat2 cinta. kah3.
hek leh kate orang, die sendiri? hehehe (ak tau believer faham maksud ayat ak kat atas tu)