Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Thursday, June 19, 2008

Tenggelam di lautan dunia...

salam,
terlalu banyak rasanya masa yang terbuang, sehinggakan masa tidur pun tidak mencukupi.
terlalu lalai dengan hal-hal duniawi. merasakan diri ini berhenti melangkah dan menoleh kebelakang dari jalan kebenaran. Hilang tumpuan dalam melakukan ibadah, perasaan tenang selepas solat sukar dicapai. Semua ini kerana nafsu. Nafsu untuk berhibur. Mengapa ada yang sanggup memaksa diri mencelikkan mata di pagi buta hanya untuk melihat perlawan bola? Sedangkan adalah jauh lebih baik jika waktu itu digunakan untuk berjumpa dengan tuhan?
Manusia memang cepat lalai dengan dunia hiburan...

Tapi beberapa hari lepas, aku merasakan diri ini telah ditegur. Ditegur semasa ingin memenuhi nafsu tidur. waktu itu, kelas tamat pada awal pagi, dan aku dengan sahabat serumah terus balik kerana ada yang mengantuk. sampai dirumah, terus baring diatas tilam. Terasa bosan berbaring kosong, teringat ada sahabat yang menyimpan banyak movie-movie yang katanya 'sedap' untuk ditonton. Jadi, aku terus bangun, dan transfer salah satu daripada berbelas-belas movie yang ada. Jam telah melepasi pukul satu setelah habis movie tersebut aku tonton. Terasa ngantuk, langsung melupakan waktu zohor sangat hampir. Aku berhasrat untuk tidur. Baru saja melelapkan mata, software athan melaungkan azan ke telinga melalui headphone yang masih dipakai. Tangan aku cepat saja mencapai touchpad dan menutup application window athan tersebut. Perkara yang selalu dibuat, padahal software athan itu diinstall untuk tujuan mengingatkan diri. Astargfirullah....
Walaupun window application ditutup, athan tetap berterusan. Muncul perasaan negatif dari hati kerana tidur diganggu. Tiba-tiba, perasaan bersalah menguasai diri. Aku berfikir sejenak, apakah perasaan ini?, mengapa setiap kali software ini melaungkan athan aku tutup? kemudian, baru aku sedar, nafsu dan syaitan telah menguasai diri. Air mata terus berlinang apabila sedar kesalahan diri, dan terus bangun menunaikan kewajipan.

Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah pernah bersabda;

diantara (tanda) kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tak berguna baginya."

Itulah perangai manusia, sering meminta pertolongan dari Allah, memohon hidayah, berdoa agar tergolong dalam golongan beriman, tetapi apabila Allah memberi pertolongan-Nya, manusia mengabaikkannya secara sengaja atau tidak. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha pengampun. Buatlah ibadah dan segala kebaikan ikhlas kepada-Nya, dan bukan atas dasar ingin menunjuk-nunjuk. Solatlah sebaik-baiknya bukan kerana orang sekeliling sedang melihat, tetapi kerana Allah yang maha melihat sedang memerhatikan.

Ali bin Abi Talib r.a. berkata:
Tanda orang yang riyaa’ itu ada empat iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas jika di hadapan orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan menguranginya jika dicela


Tetapkanlah pendirian kita, jangan berlaku riyaa'. Bersamalah kita beriman kepada-Nya. Bertaubatlah sementara masih ada kesempatan hidup di dunia, Sesungguhnya Allah maha pengampun. Sebaik-baik taubat adalah pemuda yang bertaubat.

Anas ra. berkata , Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman ;

"Wahai anak Adam selama engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, nescaya Akku ampuni segala dosamu yang telah lalu dan Aku tidak pedulikan lagi.

Wahai anak Adam jikalau dosamu membumbung setinggi langit lalu engkau minta ampunan-Ku, pasti engkau Ku-ampuni.

Wahai anak Adam andai engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku sedikit pun, pasti Aku mendatangimu dengan ampunan sepenuh bumi pula."
-hadith riwayat Tirmidzi-


Sama-samalah kita renung-renungkan kesalahan yang sering kita lakukan sama ada sengaja atau tidak. dan moga Allah mengampunkannya, ameen....

1 comment:

Anonymous said...

shaafi..nice post ..mengingat kan org.. =)