Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Sunday, November 2, 2008

Cermin Diri

Salam...
Bismillah ya Rahman ya Rahim

Baginda s.a.w. bersabda. Ertinya :

“Sesungguhnya Jibril 'Alaihis salam datang kepadaku, dia berkata :

"Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan tp tidak diampuni dosanya maka akan masuk neraka dan akan ALLAH jauhkan dia, katakan "Amin",

maka akupun mengucapkan Amin...."

[Hadits Riwayat Bazzar dalama Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 dishahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No. 500 dari Jabir bin Abdillah)]

dan rasulullah mengaminkan doa tersebut. (untuk membaca versi lengkap hadith ini, silalah rujuk blog ini.

Ramadhan sudah lama berlalu, dan syawal baru saja kita tinggalkan. Tetapi adakah kita sudah berhijrah selepas melalui Ramadhan? atau semakin jatuh iman kita?

Sudahkah kita lupa apa yang telah kita lakukan semasa melalui Ramadhan? apa yang kita kerjakan dan kejarkan ? apa yang kita dambakan?

Sungguh, ana merasakan diri ana berbeza berbanding dengan diri ana ketika menghadapi ramadhan. merasakan semakin jauh dari Tuhan...astaghfirullahal azim....

sentiasa menyesali kesalahan tetapi sentiasa mengulanginya, walaupun sedar Allah tidak pernah lalai dari apa yang kita amalkan.

Bersama kita perbaiki diri kita, jangan biarkan nafsu dan syaitan mengawal hati kita.
Bersama kita bangun dari mimpi dunia!.

segala yang baik itu datangnya dari Allah dan selainnya dari diri kita sendiri. Sedarlah.

No comments: