Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Wednesday, August 6, 2008

Back To School~~

salam.

"Back To School", inilah slogan yang slalu di'banner'kan time2 hujung tahun dimana kanak2 kembali ke zaman persekolahan mereka selepas cuti yang panjang. Dan inilah yang dialami oleh kami (CUCMS-ians) pada hari khamis esok. hoho, tak sabar plak rasanya.

Sejak post aneh tu, tiap malam ak kepanasan... pelik2... harap ak slamat sampai cyberjaya, ameen... atau ianya terjadi sbb kebelakangan ni ak makan dengan kadar yang banyak? hehe.
yerla, kene tunggu lagi 3 bulan baru la bleh merasa masakan rumah yang free-of-charge. hehe
rindu plak makan kat kedai makcik kat terminal tu, hehe. makan ikan keli die.

Banyak yang ak lalui mase cutini, (tngk jer post bulan july tu, jauh beza bilangan post ngan bulan2 sebelumnya. hehe). tapi kalau ak nilai balik ape yang ak dah buat mase cuti ni, ak mcm banyak membuang masa. perasaan menyesal berasa sangat.

Tringat balik bende2 yang lawak, sedih, masam, manis mase kat S'wak ni trutamanya cara penerimaan saudara2 ngan sahabat2 ak tentang perubahan ngan penampilan ak.
Ak pun mcm ade rasa perubahan skit, dan Alhamdulillah ianya perubahan kearah yang baik.
Meh, ak citer skit ape yang jadi dari ak baru sampai airport sampai skarang ni.

Mase sampai airport tu, ak tngk jam. Hm... dah pukul 6 lebih. belum asar lagi ak nih. trus ak g surau. lepas amik wudhuk, ak carik la kiblat arah mane, ak tngk sejadah, banyak yang menegak(dari pandangan ak) and satu je yang melintang. Jadi, ak trus la buat spekulasi yang melintang tu sejadah yang orang pakai kalau jadi imam. ak gune la sejadah tu. tgh2 semayang. ak terdengar bunyi orang amik wudhuk, then die bersuara " salah kiblat", ak dengar, tapi ingatkan die main2 ke. lepas tu die ulang2 lagi. ak trus berhenti sembahyang then die tunjuk kiblat. rupenyer sejadah yang menegak tadi tu menuju ke kiblat, and ak sembahyang 90 darjah tersasar. Pastu ak trus tngk atas , sambil tu berkata pada diri, sengal tol, nape la ak tak tngk arah kiblat kat siling tu. ish3...
tapi ade pengajaran disebalik tu, dari situ kita dapat tahu yang orang sekarang suke sembahyang sorang2. dan dari situ ak dapat pengajaran. dan mmg benar, Allah akan memberi pertolongan atau hidayah kepada hamba-Nya yang berada dalam kesesatan. sbb lepas je ak baca ayat terakhhir dalam surah al-Fatihah, orang tu tegur.

Mase kene jemput oleh mak, ak kene tempias hujan lebat dari kl. hehe, hujan yang menimpa ak dalam bentuk hujah, sbb ak hampir kene tinggal kapal terbang mase kat kl tu. and sampai rumah masuk bilik. pastu ak senyum sambil berkata " mmg tak berubah, same je masa ak pergi taun lepas" hehe, bilik orang bujang la katakan.

Pastu tiap kali ak jumpe kawan ak , diorang sumer ckp, " nyoh... dah jadi ustat dah". and kalau jumpe kazen and auntie2 komen yang ak dapat, "dah bujang dah haziq eh...", " makin tinggi", "kenak kau berjanggut ziq? mcm orang tua", dan yang sewaktu dengannya.
mmg ak akui ak kadang2 terasa bangga plak dengan pujian2 tu. ak sedar, kalau kita sentiasa dipuji, kita akan merasakan diri cukup bagus, dan akan mudah sombong dan mula riya' dalam melakukan sesuatu. Rasulullah sendiri pernah risau apabila menerima pujian, dan sentiasa mengatakan bawaha Baginda hanyalah Rasul yang diutuskan oleh Allah sebagai peringatan dan pembawa berita gembira buat orang2 yang beriman. jadi, janganla kita terlalu mengharapkan pujian orang terhadap kita, dan apabila kita menerima pujian ingatlah Allah, dan berdoa kepada-Nya agar kita terhindar dari perangai2 yang hodoh. ameen....

Mase kat cyberia, ak dah terbiasa main ngan kucing yang kitorang namakan Ali. kucing tu ambik dari terminal, dan ak mmg seorang yang sangat suke kucing dan mcm rapat je ngan Ali tu, ak anggap kucing ni kawan, bukan haiwan (walaupun die mmg haiwan. hehe). Ak dah terbiasa kalo duduk bersila, so kucing tu bleh duduk atas "silaan"kaki ak. Ak terbiasa menyediakan ruang atas meja sbb kucing tu biasa tido atas meja ak, and ak pun dah terbiasa, belai2 kucing tu sebelum tido. kadang2 pagi tu, ak bangun ak tercari2. rasa cam sedih plak, and tercarik2 kucing kat kampung ni tuk main. hehe. tapi takjumpe...(Thanks to bdak foundi yang sedang menjaga kucing tu dgn sangat baik. kontrak ngan korang disambung sampai taun depan eh?? hehe. ak dapat rumah kat block A. susah nak jaga. hehe)

Petang2 and malam kadang2 teman ibu dalam kete. Baru ak tau betapa susahnya jadi PA kepada yb ni (hehe), hantar barang ctu la, cni la, jumpe orang tu ctu la cni la, jadualkan meetaing la. mmg tiap kali ak masuk kete tu paling cpat sampai rumah balik dlam mase 2 jam. and tiap 3-4 minit ade je orang kol ibu ak. Bebaru ni ade ikut ibu ak pegi ofis untuk bincang pasal nak buat pas masuk untuk persatuan SABATI, (persatuan isteri2 wakil BN, ntah, cm pelik je. hehe) complex rupenyer nak buat kad tu. design kene perfect la, font jangan besar sangat, kad jgan besar sangat. sumer kene perfect la. ish3... ak dnga dari perbualan ibu ak, banyak lagi yang kene arrange ni. lokasi dinner, bagasi, tmpt meeting sumer. beberapa malam ni asyik balik jam 10 mlm je. giler la. Smoga sumer berjalan lancar. Ameen....

Huh,banyak lagi nak tulis ni. tapi masa tak membenarkan plak. Dlm ramalan ak, ak takkan post dlm 3-4 hari ni. or mungkin gak tak bleh nak online.
esok dh stat orientation, tak sbar plak nak jumpe kwn lame dan baru. Ingat,
Allah mengasihi hamba-Nya yang menyambungkan silaturahim, dan tidak akan susah orang yang mempunyai ramai kawan. tidak ada dosa yang disegerakan oleh Allah kepada pelakunya selain pemutus silaturahim.
(sumer diatas diambil dari hadith2)

lihatlah. betapa Islam mementingkan persaudaraan, keuhkhwahan. antara golongan yang dinaungi Allah yakni dibawah perlindunganNya pada hari kiamat adalah golongan orang yang berkasih sayang, menjalinkan silaturahim atas nama-Nya dan untuk mendapat keredhaan-Nya.

ni ade lagi beberapa hadith yang berkenaan dengan persahabatan. Renung-renungkan lah, dan slamat beramah. :)

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.
(Riwayat Al-Tabrani)


Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
-Riwayat Muslim-


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
-Riwayat al-bukhari-



No comments: