Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Monday, September 15, 2008

Ramadhan dan sibuk

Salam Ramadhan….

Hui…. Nampaknya ak dh cipta rekod baru kat blog ni. Beza antara post ni dengan post yang lepas hampir 2 minggu. Pelajar medic la katakan… hehe.

Dah hampir 2 minggu ramadhan berlalu. Rugilah orang yang mensia-siakan harinya dengan perkara2 yang biasa dilakukannya sebelum datangnya bulan ramadhan. (Ak harap ak tak termasuk dalam golongan-golongan yang rugi).

Rasa ringan je badan nak beribadah, rasa lebih tenang, sabar, khusyuk dan memacam lagilah. Bnyk sangat kelainan yang ak dapat rasa. Alhamdulillah….

Minggu ni kitorang masuk block baru, block psychology. Isi pelajaran block ni best gak, tapi cara pengendalian kelas membuatkan ak slalu ngantuk dan ak dapat lihat ramai yang setuju dengan pendapat ak dikelas. (lagi2 buat dkat auditorium, mmg hampir stengah dari batch ak tido…)

Harap keputusan block anatomy ak ok. Tak expect banyak sbb ak tak study banyak. Hehe, walaupun ak dapat tips dari seniors, tapi ade gak kantoi. Adeh… (tu la, sikap sambil lewa sangat..hehe)

Hm…. Skali lagi, ak rasa tak terlalu lewat bagi ak untuk mengingatkan diri ak dan kita semua untuk berpuasa dengan sabar dan ikhlas. Inilah dialog2 yang biasa ak dengar trutama di waktu petang hari bulan ni.

“ Bile la nak bukak pose ni, lapar ni….”

“Hui, hausla… jeles plak nampak orang makan ice-cream tu.”

Jagalah diri kita dari berkata sedemikian. Kata-kata sebegitu hanya akan keluar dari mulut orang yang tidak ikhlas dalam puasanya, dan merasakan ibadah puasa ini suatu bebanan yang terpaksa ditanggung. Malu kepada manusia, ttp sombong kepada Tuhan yang Esa.

Terimalah tanggungjawab kita sebagai umat islam, walaupun bagi kebanyakan kita , kadang2 ibadah ni menyusahkan kita, Astaghfirullah….

Umar al-Khattab pernah menangis dihadapan Rasulullah kerana melihat keadaan Rasulullah yang tidur hanya beralaskan tikar kasar dari daun-daun kurma sehingga nampak bekasnya pada tubuh badan Rasulullah.

Rasulullah berkata

“Ada apa denganmu wahai Umar? “,

Umar menjawab

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya Kisra dan Kaisar, raja Parsi dan Rom, musuh-musuh Allah, hidup mereka bergelumang emas dan perak. Pakaian mereka dari sutera yang paling baik, sedang engkau ya Rasulullah, kekasih Allah, hidup seperti ini.”

Rasulullah bersabda

“Wahai anak al-Khattab, masihkah engkau ragu atau tidak rela jika bagi mereka adalah dunia, sedang bagi kita adalah akhirat?”

Umar berkata

“Ya, aku rela”

Lihatlah, sedarlah, betapa kecilnya pengorbanan yang telah kita lakukan berbanding Rasulullah dan sahabatnya. Dengan itu, saya menyeru agar kita semua untuk menerima Islam dengan redha, dan jalankan tanggung jawap kita sebagai seorang penganut Islam yang sejati. Yang bercakap dengan lidahnya, yang membenarkannya didalam hati, dan membuktikannya melalui amalan….

Segala yang baik itu dari Allah S.W.T dan yang selainnya itu dari diri kita sendiri… Allahualam.

No comments: