Pembuka kata



Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, kepada para Rasul, Para Nabi, Para Sahabat, dan kepada mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.


Saturday, October 4, 2008

Shaafi/Haziq.. ko dah ade "gerfren" tak?

Salam

Huhu, alhamdulillah... Harini ak berkesempatan keluar beraya ngan sahabat2 yang dah lame tak jumpe. Dan menjadi kebiasaan kami tuk berkumpul di tmn Ivy (tmn antara library DBKU ngan TASKA).
Hehe, bayangkank 5 orang berbadan sederhana ke besar secara puratanya brhimpit masuk ke keta kancil. hehe, sempat la beraye 4-5 buah rumah sahabat lain, nak teruskan, tapi ade yang kene balik atas sbb2 tertentu..esok ade lagi, tapi ak plak busy...sampaikan salam jerla....sedih jap...

hehe, skali lagi ak terpesong dari tajuk.....

kembali pada tajuk...

Soalan diatas selalu saja ditujukan kepada ak. dari sahabat dan ahli keluarga..(adeh....)
kadang2 ak trasa cm dah agak jemu ngan soalan berulang2 ni. Dan bila ak menjawab " takde", mereka akan reply "tipu ah", "hek eleh... ade tu..", "eh, malu2 plak nak bagitau.." , nak jawpan2 yang sewaktu dngnnya, yang menafikan jawapan dari ak.

Frekuensi soalan yang tinggi ni membuatkan ak berfikir, nape diorang nak tanye ak soalan cmni, and nape diorang nak nafikan jawapan dari ak? adakah jawapan ak bg soalan ini negatif bagi mereka yang bertanya? ak sendiri pun confuse bile fikir hal2 ni.
ade gak terfikir nak biarkan je bende ni, buang mase je fikir, tapi ade je yang mengingatkan ak.

Itulah... orang kite skarang, bagi mereka, tidak berkapel itu sesuatu yang aneh, tidak berdating itu sesuatu yang pelik, tak bercalling/msg sambil berguling2 tu sesuatu yang sukar untuk diterima.
Semua ini terjadi kerana kebiasaan kita, yakni budaya kita. kebiasaan individu mempengaruhi orang lain, dan terus mempengaruhi orang lain sehingga menjadi kebiasaan sebuah masyarakat, dan apabila seorang ahli daripada masyarakat itu tidak mengamalkan budaya yang mereka amalkan, die akan dianggap pelik, dan apabila si "pelik" merasa dirinya jauh dari masyarakatnya, dan jika pendirian dirinya tidak kuat, maka dia pun akan join sekaki.

dan ak rasa itulah jawapan bagi persoalan yang slalu bermain di fikiran ak. Mereka tidak menerima kenyataan yang ak bagi sbb ianya bertentangan dngan cara pemikiran mereka, budaya mereka.

Lagi sedih kalau antara mereka adalah yang mengaku islam. yang sering berkata tapi tidak berbuat dan membenarkannya di dlm hati. kadang2 ak hairan nape kita lebih memandang berat, dan risau ape pandangan orang terhadap kita dan menghiraukan ape pandangan Allah yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui? knape kita lebih takut akan si hamba daripada Sang Pencipta? Bagi ak, semua adalah kerana kebiasaan suasana sekeliling dlm kehidupan seharian kita. Ini berlaku kerana kebanyakan kita tidak tahu feqah dan dalil atas sesuatu hukum dan amal ibadah seharian kita. Dan ak rasa ini menyebabkan kita tidak serius dalam menjalankan arahan-Nya, dan mudah dipengaruhi.

Kepada mereka yang telah atau ingin bertanya soalan yang sama. Ak berikan jawapan ini dengan harapan berkurang lah frekuensi soalan ni.

Jawapan:
Sejujurnya, seikhlas hatinya, sebenar-benarnya, dan tanpa berselindung. Ak takde awek lagi, dan ak cube untuk tidak meng"ada""kan. Ak takde dan ak cube mengelakkan diri ak daripada ber"couple" ni sbb ak rasa ianya salah. Tak setuju dgn kate ak? cubela pergi carik tentang cinta antara manusia dalam islam, tak setuju gak ngan pandangan para ulama' ngan ustadz? hm.... tak tau la ape nak kate, sbb pandangan para ulama' ngan ustadz yang bertauliah adalah berdasarkan Al-Quran dan sunnah nabi. dustakan kate diorang, maka kamu tlah mendustakan sumber diorang. Paham2lah sendiri hadith ni

" barang siapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku".

Bukan maksudnya ak nak membujang sampai tua, dosa tu kalo niat taknak kawin. kawin pun sunnah gak. Bagi ak cukup sekadar kenal calon tu, dan die tau dan ak tau perasaan masing2. tunang then kawin. Alasan yang ak slalu dari ingin berkapel ialah nak lebih mengenal pasangan mereka. Mmg boleh, tapi kene jagalah batasan pergaulan. Sbb ak tau yang ak ni lemah, sbb itu ak tak nak ada terms "gf" dll, ni wujud. kang ade plak dosa yang terjadi. Ak pernah terbaca, malah berkongsi perasaan dgn bukan muhrim adalah sesuatu yang salah. kecuali kalau ade niat yang baik la, bukan yang saje2 tanye sbb nak layan nafsu.

Hm... harap terjawablah sudah persoalan ini. Ade pape lagi nak tanya? bagi kat komen or hantar msg kat fs.

sebenanyer, ade lagi soalan/statement yang ditujukan kpda ak, dan ak rasa ramai yang mengalaminya gak.

hoho, cuti je bnyk idea datang, ade 3-4 microsoft document on the way, tgh dlm usaha mencari ayat2 yang power,dari sumber2 yang diyakini sahih. hehe. leps tulis post ni terfikir lak nak tulis pasal perihal diri. hehe. ini antara sbb ak ske cuti di tmpat yang ade internet. (cyberia takde internetlagi.....) hehe.

segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t, dan sgala yang buruk itu datang nya dari diri ak sendiri. salam

3 comments:

Azlin Halim said...

dah lebih dua bulan kut kelas start..korang bole survive x de internet..kagum2!! (ala..salah satu sbbnye ade kolej yg menawarkan internet percuma 24jam dgn kelajuan yg seronok)..pegi la paksa abg tmnet tu pasang line..

hehe..soalan lazim tu shaafi.. usia ko kene tanye soalan tu..usia aku dh lebih advance sket soalan die..sampai berpinar2 kepala aku setiap kali dgr soalan tu..

Noor Shaafi Haziq b Musa said...

Hehe, tapi kat koleh tak de mood nak berblogging, hehe, bese kat rumah seblum tido or lepas asar. hehe. abang internet tu dh dikoll berkali2. dogil die tu.

hehe, ak tau tu soalan lazim, tapi ak post sbb diorang ni degil gak. haha.

hikari said...

yeap..
couldn't agree more with da topic..
too bad not many people understand bout love in our addin..